Home Dari Kisah Benar 23 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton

23 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton

0

Filem Korea berdasarkan kisah benar menjadi salah satu filem Korea yang sangat diminati. Ini adalah kerana filem-filem ini menampilkan pelbagai peristiwa jauh sekali dari kesan romantis yang kerap ditemukan dalam filem Korea.

Filem Korea berdasarkan kisah benar hadir untuk mendokumentasikan pelbagai peristiwa yang pernah terjadi di Korea, baik secara politik ataupun kehidupan sehari-hari yang melibatkan perilaku jenayah dan kejahatan.

Selain itu, filem korea berdasarkan kisah benar ini turut hadir dengan pelbagai latar dan plot sehingga semakin membuat kisah-kisah tersebut lebih beragam.

Berikut 23 filem Korea berdasarkan kisah benar yang wajib menjadi tontonan anda!

 

1. SILENCED (2011)

Filem korea berdasarkan kisah benar

Filem Korea berdasarkan kisah benar pertama pilihan kami adalah “Silenced” yang dikeluarkan pada tahun 2011. Dalam filem ini, Kang In Ho (Gong Yoo) merupakan seorang guru di sekolah kanak-kanak cacat pendengaran. Kang In Ho mendapat tahu bahawa terdapat kanak-kanak malang di sekolah tersebut telah menjadi mangsa dera secara s€ksual oleh kakitangan di sekolah tersebut.

Kang In Ho akhirnya mengambil tindakan sendiri untuk melindungi kanak-kanak tersebut dan berusaha untuk mendedahkan skandal memandangkan semua yang terbabit di sekolah itu hanya mendiamkan diri sahaja.

Filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu Mi, Kim Hyun Soo dan ramai lagi.

Filem ini berdasarkan novel “The Crucible” yang mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku di Gwangju InHwa School for Deaf pada awal 2000-an. Penayangan filem itu telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara, yang akhirnya membawa kepada pengukuhan hukuman baharu yang lebih ketat terhadap salahlaku penderaan s€ksual kanak-kanak di Korea.

 

2. THE LAST PRINCESS (2016)

IMG 3030

Filem Korea berdasarkan kisah benar kedua adalah “The Last Princess”. Selepas kematian Raja Joseon, seorang puteri Korea terakhir yang merupakan satu-satu waris Raja Joseon (lakonan Son Ye Jin) telah dibawa ke Jepun sebagai tebusan. Ketika itu, Korea sedang dijajah oleh Jepun. Sebagai waris keturunan raja yang ada, Puteri tersebut harus bergelut untuk mencari jalan pulang dan membantu Korea mendapatkan semula kemerdekaannya.

Dibintangi oleh Son Ye Jin, Hae Il Park, Kim So Hyun, Kim Jae Wook dan ramai lagi.

Filem ini adalah berdasarkan novel “Princess DeokHye” oleh karya Kwon BiYoung. Filem ini merangkumi kisah kehidupan puteri terakhir empayar Korea dan Pemerintahan penjajah Jepun pada 1910-1945, selain itu ia juga diselitkan beberapa babak berunsurkan fiksyen bagi memberi impak dan kesan cerita yang lebih dramatik.

 

3. HOPE (2013)

IMG 3019

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dir0g0l dengan kejam oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam perjalanan ke sekolah. Selepas peristiwa itu, kanak-kanak itu hidup dengan trauma dan terlantar di hospital dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Filem Korea berdasarkan kisah benar ketiga pilihan kami ini dibintangi oleh Lee Ra, Sol Kyung Gu, Uhm Ji Won dan ramai lagi.

Peristiwa sebenar ini berlaku pada tahun 2008 apabila seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang dikenali dengan nama “Na Young” telah dipukul dan diserang secara s€ksual oleh seorang pedofil mabuk Choo Doo Soon di tandas gereja. Selepas perbuatan ganas itu, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun yang diringankan kerana keadaan mentalnya, walaupun terlibat dalam beberapa kes rogol.

 

4. A TAXI DRIVER (2017)

IMG 3020

Seorang pemandu teksi yang bergelut dengan masalah kewangan bertembung dengan seorang warga asing yang sanggup membayar sejumlah besar wang untuk tambang ke GwangJu. Pemandu itu tidak tahu bahawa penumpang itu sebenarnya seorang wartawan dan mereka berdua akan memasuki bandar yang sedang dibawah kawalan pihak tentera akibat rusuhan pemberontakan.

Dibintangi oleh Kang Ho Song, Jung Do Hur, Ryu Jun Yeol, Thomas Kretschmann dan ramai lagi.

Filem Korea berdasarkan kisah benar keempat dalam senarai ini menceritakan kisah sebenar kehidupan Jurgen Hinzpeter, seorang wartawan Jerman, dan Kim Sa Bok, seorang pemandu teksi yang berpangkalan di Seoul. Mereka terlibat dengan Pergerakan Pendemokrasian GwangJu 1980.

 

5. HAN GONG JU (2014)

IMG 3021

Filem Korea berdasarkan kisah benar kelima ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah bernama Han Gong Ju yang datang dari keluarga bermasalah. Kedua ibubapanya telah bercerai dan ibunya pula berkahwin baru dan tidak mengakui Gong Ju sebagai anaknya. Ayahnya pula seorang kaki minum, sering mabuk dan jarang meluangkan masanya untuk Gong Ju.

Namun satu tragedi gelap telah meragut zaman remajanya apabila dia dan kawan baiknya telah menjadi mangsa r0g0l oleh sekumpulan pelajar lelaki ketika mereka diberi ubat tidur.

Dibintangi oleh Chun Woo Hee, Jung In Sun, Kim Choeyongjun dan ramai lagi.

Kisah benar tentang kes rogol berkumpulan sekolah menengah Mi Ryang 2004 apabila 41 pelajar lelaki sekolah merogol bergilir-gilir beberapa gadis berbeza dalam tempoh 11 bulan.

 

6. MY FIRST CLIENT (2019)

IMG 3024

Jeong Yeop ialah seorang peguam muda yang mempunyai impian untuk mendapat pekerjaan di sebuah firma guaman di Seoul. Impiannya akhirnya tercapai tetapi dia harus mengenepikannya apabila dia mula menjalinkan hubungan baik dengan dua adik beradik yang selalu menjadi mangsa dera ibu tiri mereka.

Filem Korea berdasarkan kisah benar keenam pilihan ini dibintangi oleh Choi Myung Bin, Yoo Sun, Lee Dong Hwi dan ramai lagi.

Filem ini memaparkan kes penderaan kanak-kanak dari Chilgok, 2013. Ibu tiri kepada 2 orang adik beradik yang masih kecil. Si ibu tiri memukul seorang si adik dengan kejam sehingga meninggal dunia, kemudian si ibu tiri memaksa si kakak mengaku melakukan pembunuhan itu.

 

7. MIDNIGHT (2021)

IMG 3025

Kyun Mi ialah seorang wanita OKU cacat pendengaran yang bekerja sebagai penterjemah bahasa isyarat. Suatu hari, ketika dia dalam perjalanan pulang selepas waktu kerja, dia secara tidak sengaja telah menyaksikan seorang gadis dibunvh. Selepas itu, dia pula menjadi sasaran baru pembunuh bersiri tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Wi Ha Joon, Jin Ki Joo, Kim Hye Yoon, Park Hoon dan ramai lagi.

Kisah benar dari watak pembunuh bersiri ini diambil dari sebuah kes “Yoo Young Chul” seorang pembunuh bersiri Korea Selatan yang terkenal, dikenali sebagai “The Raincoat Killer”. Dia telah membunvh lebih 20 mangsa dan memakan sebahagian daripada mereka.

 

8. WAY BACK HOME (2013)

IMG 3026

Song Jeong-yeon (lakonan Jeon Do-yeon) seorang ibu dan isteri yang sangat bahagia bersama suaminya, Jong Bae (lakonan Go Soo) dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila rakan baik Jong Bae bvnvh dir! dan meninggalkan banyak hutang atas nama Jong Bae.

Mereka menjadi papa kedana sekelip mata sahaja dan hidup mereka mula berubah, mereka kehilangan segala-galanya, simpanan semakin susut dan terpaksa pindah dan menyewa bilik yang kecil dan sempit.

Suatu hari kawan Jong-bae menawarkan pekerjaan kepada dia namun pekerjaan itu hanya boleh dilakukan oleh perempuan sahaja. Jong Bae terpaksa menolak tawaran itu dan diketahui oleh isterinya. Disebabkan desakan hidup, tanpa pengetahuan Jong-bae, Jeong-yeon menerima pekerjaan itu bagi wakil suaminya. Setiba sahaja di lapangan terbang France, Jeong-yeon di tahan kerana menyeludup dadah!

Ini adalah kali pertama filem Korea dirakam di Caribbean, serta filem pertama menampilkan pengawal dan banduan sebenar sebagai watak pembantu. Penggambaran berlangsung selama tiga minggu di penjara wanita di Martinique .

Kisah benar ini berlaku pada 30 Oktober 2004, Jang Mi Jeong telah ditangkap di Lapangan Terbang Orly di Perancis kerana menyeludup beg pakaian berisi 17 kilogram (atau 37 paun) kokain tanpa mengetahui isi kandungan sebenarnya.

Selepas ditangkap di Orly, Jang dipenjarakan berhampiran Paris selama tiga bulan sambil menunggu perbicaraan. Kemudian, selepas didapati bersalah, dia dihantar ke penjara di Martinique yang ditadbir Perancis di Carribean. Dia akhirnya kembali ke Korea dua tahun kemudian pada 18 November 2006.

 

9. THE CART (2014)

IMG 3031

Cart merupakan debut D.O EXO di layar perak. Filem ini menceritakan tentang pekerja kontrak yang sebahagian besarnya adalah pekerja wanita yang tiba-tiba diberhentikan dan cuba untuk melawan eksploitasi syarikat. Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini mengangkat isu wanita yang sukar mendapat pekerjaan sepenuh masa di Korea Selatan.

Sesuai dengan genre yang selalu ditampilkan oleh pengarah filem ini, Boo Ji-Young yang memang dikenali dengan usaha beliau mengetengahkan isu-isu sivik dan sosial kemudian diserap ke dalam filem beliau. Malah hasil karyanya kebanyakkannya diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Dalam filem ini, kita akan melihat bagaimana kesemua pekerja kontrak ini bekerja dengan bersungguh-sungguh, jujur dan menjaga etika pekerjaan mereka.

Dalam filem ini, D.O membawa watak sebagai Taeyoung, anak kepada salah seorang pekerja kontrak yang memperjuangkan haknya. Melalui filem Cart, D.O dicalonkan sebagai pelakon baru terbaik di Asian Film Awards ke-9. Bukan hanya itu, dia juga menyumbangkan suaranya menerusi lagu Scream yang menjadi soundtrack filem tersebut.


10. VOICE OF MURDERER (2007)

IMG 3050

Filem ini mengisahkan anak lelaki Han Kyung-bae, seorang pembaca berita terkenal yang diculik oleh seseorang tanpa jejak. Penculik tersebut segera menghubungi Oh Ji-sun dan meminta 100 ribu dollar sebagai tebusan. Kyung-bae dan Ji-sun bersama polis segera menyusun strategi untuk menyelamatkan anaknya yang diculik.

Filem Voice of a Murderer ini merupakan adaptasi daripada kisah sebenar yang berlaku pada Lee Hyung-ho yang hilang pada 29 Januari 1991. Biarpun penculik menuntut pampasan daripada kedua ibu bapa mangsa, mayat Hyung-ho ditemui 44 hari selepas kehilangannya dan dipercayai dibunuh dua hari selepas kehilangannya.

Suspek kes ini tidak pernah tertangkap dan kes tamat tempoh pada tahun 2006 selepas  tempoh statute of limitaion berakhir selepas 15 tahun.

 

11. THE CASE OF ITAEWON HOMICIDE (2009)

IMG 3048

Filem The Case of Itaewon Homicide adalah filem korea berdasarkan kisah benar dari kes pembunuhan yang berlaku di Itaewon pada tahun 1997. Kejadian tersebut mengejutkan Korea Selatan apabila seorang pelajar kolej, Cho Jung-pil ditemui meninggal dunia di restoran Burger King. Dibarisi pelakon hebat seperti Jang Keun-suk dan Jung Jin-young, filem penuh debaran ini berjaya mengutip jualan tiket pecah panggung $3.3 juta.

 

12. ESCAPE FROM MOGADISHU (2021)

IMG 3047

Escape from Mogadishu merupakan adaptasi dari peristiwa benar ketika dua wakil kedutaan dari Korea Selatan dan Korea Utara terperangkap dalam Perang Saudara di Somalia pada akhir 1980-an dan awal 1990-an. Filem ini mengisahkan usaha dan kerjasama dari dua kedutaan tersebut untuk melarikan diri dari konflik tersebut. Kerjasama tersebut menjadi peristiwa yang mengagumkan di tengah-tengah kondisi negara yang mempunyai hubungan diplomatik tidak baik.

 

13. DARK FIGURE OF CRIME (2018)

IMG 3046

Dark Figure of Crime merupakan filem yang diadaptasi dari episod ke-869 dari Unanswered, sebuah program televisyen penyiasatan Korea Selatan, yang menceritakan kisah benar yang terjadi di Busan. Dalam program tersebut diceritakan bahawa pembunuhan itu tidak pernah dilaporkan, mayat tidak pernah ditemukan, dan penyiasatan juga tidak pernah terjadi.

Filem ini mengisahkan Kim Hyung-min, seorang detektif Busan yang tidak peduli dengan kenaikan pangkat, tetapi mempunyai dedikasi tinggi untuk menyelesaikan kes yang ditanganinya. Dia berjumpa dengan Kang Tae-oh, seorang pemberi maklumat yang ternyata membawa Hyung-min kepada sebuah kes pembunuhan korban tanpa identiti.

14. NORTHERN LIMIT LINE (2015)

IMG 3045

Northern Limit Line berkisah ketika Kopral Park Dong-hyuk yang baru saja menjadi anggota Angkatan Laut Republik Korea ditugaskan di kapal patrol PKM 375. Di tengah hingar bingar Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama Jepun dalam penyelenggaraan Piala Dunia FIFA, 2002, Korea Utara mengerahkan kapal pukat ikan dengan pengintip untuk melintasi Garis Batas Utara yang menjadi garis perbatasan laut. Kapal PKM 357 akhirnya menangkap seluruh penumpang yang dipenuhi dengan pengintip tersebut sehingga akhirnya dibebaskan atas arahan pemerintah.

Sebulan kemudian, kejadian pengintipan yang dilakukan oleh Angkatan Laut Rakyat Korea berulang kali masuk dalam perairan Korea Selatan. Situasi semakin tegang sehingga 29 Jun 2002, pertempuran Yeonpyeong kedua dimulai dengan serangan mendadak terhadap PKM 357 oleh kapal patrol Korea Utara. Filem ini mengisahkan kisah perjuangan para angkatan tentera laut yang turut menjadi korban dalam pertempuran tersebut.

 

15. THE CLASSIFIED FILE (2015)

IMG 3044

The Classified File merupakan cerita yang diadaptasi berdasarkan kes penculikan 33 hari di Busan pada 1978. Filem ini mengisahkan Eun-joo, seorang gadis yang tiba-tiba hilang. Sehinggalah dua minggu kemudian, polis mengandaikan bahawa Eun-joo sudah meninggal dunia.

Namun, ibu Eun-joo tidak percaya begitu saja. Dia akhirnya pergi ke Kim Joong-san, seorang peramal terkenal dan menyatakan bahawa anaknya masih hidup. Peramal Joong-san kemudian membawanya kepada Gong Gil-yong, seorang detektif veteran dan segera menemukan Eun-joo. Dengan segala upaya memecahkan teka-teki, dua orang tersebut harus berhadapan dengan hal yang tidak pernah dibayangkan sebelumnya.

 

16. THE ATTORNEY (2013)

IMG 3043

The Attorney merupakan filem yang diadaptasi dari kisah benar kes Burim pada 1981 yang menyebabkan 22 orang yang terdiri dari pelajar, guru, dan para pekerja pejabat dipenjarakan tanpa surat perintah atas tuduhan palsu. Saat itu, Korea Selatan berada di bawah rejim Chun Doo-hwan.

Filem The Attorney mengisahkan Song Woo-suk, seorang peguam yang pada awalnya hanya bekerja untuk mencari wang, tiba-tiba berubah pandangan setelah melihat Park Jin-woo yang disiksa secara brutal. Woo-suk kemudian menjadi peguam yang membela nasib para mangsa tersebut.


17. THE CHILDREN (2011)

IMG 3042

Filem Korea berdasarkan kisah benar seterusnya ialaha “The Children”, ia mengisahkan lima orang kanak-kanak yang pergi ke Gunung Waryong pada 26 Mac 1991 untuk menangkap katak. Namun, mereka tidak pernah kembali dan dinyatakan hilang tanpa jejak. Sebelas tahun kemudian, pada 2002, tulang-tulang yang kanak-kanak yang hilang dahulu, ditemukan di gunung yang sama.

Sejak penemuan tersebut, pihak polis memutuskan untuk menyiasatnya. Hasil dari penyiasatan menyatakan bahawa pada malam kanak-kanak tersebut menghilang, ada seorang pemuda misteri yang juga naik ke gunung tersebut. Pemuda tersebut kemudian ditangkap dan hampir melarikan diri.

 

18. MEMORIES OF MURDER (2003)

IMG 3041

Memories Of Murder berkisah tentang tiga detektif yang sedang membongkar serangkaian pembunuhan brutal dan misteri di sebuah desa kecil. Mereka hanya memiliki sedikit petunjuk, mereka tahu si pembunuh hanya membunuh saat hujan, saat mangsa mengenakan pakaian merah, dan saat lagu tertentu dipasangkan di radio.

Filem yang juga menjadi filem terbaik Bong Joon-ho setelah Parasite ini hadir dengan sangat baik dari sisi komedi ke misteri dan kadang-kadang ke horor.

 

19. 71: INTO THE FIRE (2010)

IMG 3040

Filem dari kisah benar ini adalah mengisahkan sekumpulan 71 tentera pelajar Korea Selatan semasa perang korea yang terkorban dan dibunuh pada 11 Ogos 1950 semasa pertempuran Pohang-dong. Perang tersebut berlaku selama 11 jam dimana mereka mempertahankan sekolah menengah gadis Pohang yang merupakan titik strategik untuk melindungi perimeter Sungai Nakdong dari bedilan askar Korea Utara.

 

20. THE BATTLESHIP ISLAND (2017)

IMG 3039

“Battleship Island” yang juga dikenali sebagai Gunkanjima atau “Pulau Kapal Perang” yang terletak di Pulau Hashima dibeli oleh Kumpulan Mitsubishi pada tahun 1890 semasa revolusi perindustrian Jepun dan memulakan operasi perlombongan arang batu bawah air tidak lama kemudian untuk menyediakan bahan api pembinaan kapal negara Jepun yang semakin berkembang ketika itu.

Beribu-ribu buruh dari Korea Selatan dan China DIPAKSA bekerja di Pulau Hashima pada awal abad ke-20. Ini kemudiannya menjadi titik perbalahan yang mengancam pengiktirafannya sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada kemuncaknya, pulau itu merupakan tempat paling padat dengan penduduk di Bumi dengan lebih 5,000 orang tinggal di kawasan seluas 16 ekar. Dan setelah itu, Pulau itu ditinggalkan pada tahun 1974 apabila rizab arang batu telah habis dan ia menjadi tanah kosong konkrit yang tandus.

BATTLESHIP ISLAND atau NERAKA DIMUKA BUMI yang pernah digelar oleh orang Korea Selatan ini dibintangi oleh barisan pelakon yang cukup dikenali. Soo Joong-ki sebagai Perisik rahsia Park, Hwang Jung-min sebagai seorang duda anak satu pemain muzik, So Ji-sub sebagai gengster Korea dan ramai lagi.

Dalam filem ini mengfokuskan kisah tentang seramai 400 rakyat Korea Selatan yang dipaksa menjadi buruh kasar, manakala kaum wanita dan anak² kecil dijadikan pelayan/pelacur.

 

21. THE CHASER (2008)

IMG 3052

Berdasarkan pembunuh bersiri Korea Selatan, Yoo Young Chul turut mengaku dirinya seorang kanibal. Dia mengaku telah membunuh 21 orang yang terdiri daripada pelacur dan lelaki tua yang kaya. Dia melakukan jenayah tersebut antara September 2003 hingga Julai 2004. Ketika soal siasat, Yoo menerangkan bahawa motif utama adalah wanita tidak boleh menjadi seorang pelacur dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan adalah salah.

 

22. TOXIC (2022)

IMG 3424

AIR MURDER @Toxic merupakan filem yang penuh tragis diadaptasikan dari kejadian sebenar yang melibatkan kematian berjuta-juta nyawa akibat dari bahan cecair pelembab udara (Air Humidifier) yang pernah berlaku di Korea Selatan antara tahun 1995-2011. Difahamkan sebanyak 10juta botol terjual ketika kejadian itu.

Kisah tragis ini dijadikan sebuah filem bagi mendedahkan kepada dunia tentang kesengsaraan dan kesakitan mangsa serta keluarga mereka yang telah kehilangan yang pastinya menjadi parut yang tidak akan hilang selama-lamanya.

Di dalam filem ini kita akan dipertontonkan bagaimana perjuangan seorang suami dan ayah untuk mendedahkan realiti penyakit maut yang peliknya hanya berlaku ketika musim bunga dan akan menghilang ketika musim panas.

Penyakit maut ini merupakan pembunuh senyap yang berjangkit melalui penyebaran di udara dan akhirnya membawa kematian yang penuh tragis setelah beberapa bulan.

 

23. NEW TRIAL (2017)

IMG 3027

Filem Korea berdasarkan kisah benar terakhir pilhan kami ini pernah menjadi salah satu kes paling kontroversi di Korea Selatan adalah berdasarkan kisah jenayah sebenar yang berlaku pada 10 Ogos tahun 2000 dimana seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Hyun-woo (lakonan Kang Ha-neul) telah dituduh atas pembunuhan seorang pemandu teksi.

Mengikut situasi sebenar, Hyun-woo merupakan saksi kejadian pembunuhan tersebut. Oleh kerana kelemahan, kecatatan dan kekerasan sistem perundangan ketika itu, Hyun-woo disoal siasat bertubi-tubi dan dipaksa untuk mengaku atas kesalahan tersebut agar kes ini dapat ditutup dengan segera.

Akibat depresi, Hyun-woo terpaksa mengaku dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun untuk kesalahan yang tidak dilakukannya. Hyun-woo dibebaskan namun kerana trauma dia selalu memencilkan diri akibat rasa tertekan sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan Joon-young (lakonan Jung-woo) seorang peguam yang ketika itu sedang diulit dengan masalah hutang.

Pada awalnya, peguam ini berniat kurang baik dan cuba mengambil kesempatan ke atas kesempitan dan kesusahan Hyun-woo. Peguam ini menerima kes Hyun-woo sebagai batu loncatan dan demi kepentingannya sendiri. Namun semakin dia siasat dan membuka semula fail-fail lama kes milik Hyun-woo, dia merasa ada sesuatu kejanggalan dan ada yang tidak kena dengan kes ini.

Filem ini berdasarkan “Kes pembunuhan Yakchon Junction,” seorang remaja Hyun Woo dituduh secara palsu membunuh pemandu teksi dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Sudahkah anda tonton semua filem yang disenaraikan diatas?

 

Baca lagi: Jo Bo Ah, 6 Kdrama Menarik Dibintanginya
Baca juga: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023
Baca lagi: 16 Filem dan Drama Korea Bertemakan Jenayah Penipuan, “Con Artist”