Siapakah 23 artis Korea dari keluarga kaya? Jom kita semak!
Terdapat beberapa artis Korea dari keluarga kaya. Sebahagian daripada mereka termasuk:
1.Lee Yi Kyung – Ayah kepada pelakon lelaki ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif LG Innotek, syarikat pembuatan dan pertahanan aero angkasa terbesar di Korea Selatan.
2. Kang Dong Won – Ayah kepada pelakon ini adalah naib presiden SPP Heavy Industries Co. Ltd. yang merupakan salah satu syarikat pembinaan kapal terbesar di dunia. Ayahnya memulakan kerjaya sebagai penyelidik pasaran industri berat.
3. Cha Eun-woo – Pelakon dan idola K-pop Cha Eun-woo dibesarkan dalam keluarga kaya dan bersekolah di Hanlim Multi Art School yang berprestij.
4. Kim Hee-ae – Pelakon Kim Hee-ae berasal dari keluarga kaya dan belajar di Universiti Ewha Womans yang berprestij.
5. Choi Si-won -Ayahnya merupakan bekas CEO syarikat pharmaceutical Boryung Medicine dan ibunya adalah pemilik jenama pakaian dalam terkenal. Keluarganya juga memiliki rangkaian Hyundai Department Store di Korea.
6. Umji GFRIEND – Ayah Umji adalah presiden kumpulan doktor gigi terkenal yang dikenali sebagai Moa Dentist Group. Kumpulan ini mempunyai 9 pejabat di Seoul.
7. Yoo Ah-in – Pelakon Yoo Ah-in berasal dari keluarga kaya yang memiliki perniagaan tekstil yang besar.
8. Tzuyu Twice – Ibu Tzuyu adalah pemegang saham utama di sebuah hospital di Taiwan. Ibunya telah banyak melabur dalam bidang pembedahan plastik di negara itu juga.
9. Jung II Woo – Ayahnya merupakan pengarah Akademi Kendo, sementara ibu Jung adalah seorang profesor di Korean National University of Cultural Heritage.
10. Sooyoung – Atuk Sooyoung adalah pemilik syarikat seni bina terkenal yang diberi kontrak untuk membina Pusat Kesenian Seoul. Ayahnya merupakan presiden sebuah syarikat perdagangan.
11. Park Hyung Sik – Ayah Hyung Sik adalah Ahli Lembaga Pengarah di BMW Korea, yang memegang antara jawatan tertinggi di syarikat itu.
12. PSY – Pada tahun 1955, ayah kepada penyanyi PSY mengasaskan syarikat semikonduktor yang dikenali sebagai DI, dimana kini PSY menjadi CEO kepada syarikat tersebut. sewaktu video muzik Gangnam Style dilancarkan, saham syarikat DI melonjak naik sehingga 8 kali ganda daripada nilai asalnya pada akhir tahun 2012.
13. Lee Min Jung – Ayah Lee Min Jung adalah CEO syarikat pengiklanan terbesar di Korea Selatan, sementara ibunya merupakan seorang pemain piano. Keluarganya tinggal di sebuah rumah besar bernilai kira-kira US $4 juta sejak dia masih kecil lagi.
14. Kim Tae-hee – Ayah dari Kim Hae Hee adalah ketua dari Hankook Union Transportation Company, sebuah syarikat yang memiliki keuntungan tahunan yang dilaporkan melebihi 15 million won Korea (US$12,9 juta).
15. Jung Hae In – Dia adalah cicit dari Jeong Yakyong, seorang tokoh terkemuka dan ahli genius di era Joseon, dan ibubapanya dilaporkan memiliki sebuah rumah sakit.
16. Yook Sung Jae – Bintang K-pop dari boyband BtoB dan aktor dalam drama hit Goblin dan Mystic Pop-up Bar ini, ayahnya adalah CEO sebuah syarikat semikonduktor, yang memiliki nilai aset jutaan dolar.
17. Lee Ji Ah – Bintang dari drama Korea The Penthouse ini ternyata lahir dari keluarga kaya raya. Keluarganya sememannya dah kaya raya sejak dari penjajahan Jepang dan menyumbangkan tanah untuk pembangunan Seoul Performing Arts High School.
18. Honey Lee – Ayah Honey Lee adalah pegawai tinggi di pejabat tinggi NIS, sementara ibunya adalah seorang profesor di Ewha Womans University.
19. Jennie Blackpink – Ibu Jennie adalah seorang Director dan pemegang saham utama di salah satu anak syarikat hiburan Korea, CJ E&M. Sang mama juga memiliki hobi mengoleksi mobil mewah, lho. Nggak heran ya, jika Jennie mendapat julukan anak tunggal kaya raya.
20. Gong Yoo – Pelakon, dari keluarga kaya dengan bapa yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya
21. Lee Jong-suk – Dari keluarga kaya di Suwon dengan seorang bapa yang merupakan seorang ahli muzik dan profesor terkenal
22. Lee Min-ho – Ibubapanya jutawan hartanah di Korea
23. Park Min-young – Artis Korea dari keluarga kaya seterusnya adalah Park Min Young, bapanya seorang doktor dan ahli perniagaan yang berjaya di Korea.
Selebriti ini semua telah mencapai kejayaan dengan cara mereka sendiri, walaupun mereka adalah artis Korea dari keluarga kaya dan berasal dari latar belakang yang istimewa. Kekayaan dan pengaruh keluarga mereka mungkin telah memberikan mereka sumber dan peluang, tetapi bakat dan kerja keras mereka menjadi teras kepada kejayaan mereka.
JOM JADI 20 ORANG TERPILIH MENDAPAT GIVEAWAY DARI KANG TAE OH!
1. Klik dan Follow Instagram official Glampalm di bawah ini:
2. LIKE & KOMEN post di IG Glampalm dan tulis “#GlamPink”
Dan anda hanya perlu tunggu pihak kami menghubungi anda untuk kami berikan giveaway yang berupa photocard “Kang Tae Oh” berserta tandatangannya dan cenderahati Glampalm bernilai RM65! Jadilah 20 followers yang bertuah itu! Ayuhh!!
Baca Lagi: Kdrama: 10 Pelakon Wanita Berusia Bawa Watak Utama Kdrama 2023
Baca Juga: 10 Selebriti Paling Kacak Di Asia Pada Tahun 2023