Home Movie 25 Filem dan Siri Zombie Ini Tampilkan Plot Unik, Bukan Kisah Ngeri...

25 Filem dan Siri Zombie Ini Tampilkan Plot Unik, Bukan Kisah Ngeri Semata-Mata

0

Filem bertema thriller memang mampu memacu adrenalin dan membuatkan para penontonnya tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi jika filem tersebut mengangkat tema tentang zombie atau mayat hidup yang memakan manusia lain.

Pasti bukan hanya penuh babak tegang, tapi para penonton juga boleh merasakan kengeriannya juga.

Dibawah ini adalah 25 filem zombie menarik yang sememangnya mengerikan tapi juga mempunyai cerita yang unik dan sangat bagus.

 

1. Rec 3: Genesis (2012)

Filem seramDiarahkan oleh Paco Plaza, filem yang dibintangi oleh Leticia Dolera ini akan membuat anda merasa tegang dan senyum sendiri pada masa yang sama. Jika filem lain menggunakan seluruh bandar untuk dijadikan zombie, maka dalam filem ini anda tidak akan menemui kisah bandar diserang zombie.

Cerita dalam filem ini adalah tentang hari perkahwinan Clara dan Kaldo yang berubah menjadi bencana. Seorang demi seorang tetamu mereka berubah menjadi zombie. Di tengah-tengah pesta yang sepatutnya menjadi momen yang paling bahagia, akhirnya berubah menjadi yang paling mengerikan. Pengantin baru tersebut akhirnya berjuang bersama untuk tetap hidup bersama.

 

2. World War Z (2013)

Siri zombieKebanyakan filem zombie tidak mempunyai jalan cerita yang jelas dan hanya fokus tentang bagaimana ketakutan dan skor bunyi disampaikan dengan baik. Tapi dalam filem ini anda tidak akan kecewa kerana semuanya dikemaskan dengan sangat jelas.

Menceritakan tentang Garry Lane yang bertugas mencari formula menghapuskan virus zombie. Dia berjuang sendiriam dan meninggalkan isteri serta anaknya supaya seluruh dunia boleh diselamatkan. Pengorbanan, keberanian dan kepintaran Lane bakal membuatkan anda terpukau.

 

3. Train to Busan (2016)

Filem zombie Tayang pada tahun 2016, filem ini terus meletup pada zamannya. Bukan hanya kerana dibintangi oleh salah seorang pelakon paling diminati di Korea Selatan iaitu Gong Yoo, tetapi juga kerana cerita yang dikemaskan sangat tragis dan mengharukan. Filem ini menembusi box office dan mendapat keuntungan lebih dari 80 juta dollar.

Filem ini menceritakan tentang perjalanan ke Busan dengan menggunakan kereta api. Di dalam kereta api inilah semua penumpangnya berubah menjadi zombie yang memakan antara satu sama lain. Kisah seorang ayah, Seok Woo yang cuba menyelamatkan anaknya, Soo An. Cerita yang benar-benar penuh dengan kisah jerih keringat dan air mata.

 

4. Shaun of The Dead (2004)

0520e269 df62 43ad 8fa1 5236be243af1Diarahkan oleh Edgar Wright, anda akan melihat sesuatu yang baru dalam filem ini. Pasalnya, tidak seperti kebanyakan filem zombie lain, terdapat unsur komedi yang cukup kental dalam Shaun of The Death.

Ceritanya adalah tentang seorang lelaki yang bernama Shaun yang cuba menyelamatkan diri bersama kawannya Edi menuju ke tempat selamat untuk bebas dari kepungan zombie di bandar mereka. Dalam perjalanan inilah, anda bukan hanya akan merasa tegang tetapi juga tertawa kerana adegan komedinya.

 

5. The Crazies (2010)

aceb9286 4150 44ad a8c0 b8596b196e91The Crazies adalah filem gore yang tidak sesuai untuk anda yang takutkan darah. Diarahkan oleh Breck Eisner, filem ini menembusi box office dan berjaya mendapat keuntungan lebih dari 30 juta dollar selama tempoh tayangannya.

Ceritanya adalah tentang sepasang suami isteri yang berjuang bertahan hidup di tengah-tengah kepungan zombie di bandar mereka. David dan Becca dipisahkan kerana kehamilan Becca membuatnya memiliki suhu badan tidak teratur dan dianggap sudah dijangkiti. Anda akan melihat perjuangan penuh heroik David untuk bersama dengan isterinya lagi.

 

6. The Walking Dead (2010)

ccaea9a9 2cc1 41b5 bfad 0950fc5a447fSiri TV dari Amerika Syarikat ini memang sangat diminati sejak waktu tayangnya awalnya pada tahun 2010. Siri ini diangkat dari komik dengan judul sama yang bertemakan tentang zombie dan ditulis oleh Robert Kirkman. Dibintangi oleh pelakon ternama seperti Steven Ogg, Andrew Lincoln dan Norman Reedus.

Ceritanya adalah tentang sekumpulan manusia yang cuba bertahan hidup dari semua orang di bandarnya yang sudah berubah menjadi zombie.

 

7. Maggie (2015)

8486667c 9e68 4012 b291 723b89464d1fNama besar Henry Hobson menjadi penarik untuk tayangnya filem zombie ini. Tambahan pula, filem yang ditayangkan pada tahun 2015 ini turut dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger.

Hampir sama dengan Train to Busan, namun Maggie agak berbeza kerana yang berubah menjadi zombie adalah si anak. Anda akan merasa sedih, tegang, dan pilu pada masa yang sama apabila melihat ayah dan anak perempuannya yang perlahan-lahan berubah menjadi zombie.

 

8. Life After Beth (2014)

dafce899 35da 4a8e ad63 beacbd0e868bDiarahkan oleh Jeff Baena, filem yang ditayangkan pada tahun 2014 ini dibintangi oleh Aubrey Plaza ini merupakan filem zombie drama yang menceritakan tentang percintaan anak muda. Filem ini tentang Zach yang kehilangan kekasihnya akibat digigit ular. Bergelumang dalam kesedihan, tidak berapa lama kemudian, Zach bertemu lagi dengan kekasihnya. Tanpa dia sedari, Beth sudah menjadi zombie. Kesedihan yang dirasakan Zach bakal membuatkan anda rasakan sendiri.

 

9. 28 Days Later (2002)

46adf383 91e4 40d0 af62 61a7a5874f68Jim, seorang penghantar barang yang menyedari bahawa bandarnya iaitu London sunyi sepi. Setelah menyiasat, ternyata hampir sebahagian penduduk di kota London dijangkiti virus rabies yang luar biasa. Disebabkan virus ini, penduduk yang dijangkiti menjadi brutal dan memakan segala-galanya termasuk sesama manusia.

 

10. 28 Weeks Later (2007)

beca569c 966c 4605 8d97 07b1387f6587Sekuel dari 28 Days Later ini mengisahkan tentang usaha kerajaan yang sudah boleh mengawal penyebaran virus zombie. Manusia yang selamat dari serangan zombie pada peringkat awal, dikumpulkan dalam sebuah tempat. Sayangnya, ada seorang penduduk yang ternyata telah dijangkiti wabak zombie dalam kumpulan manusia terselamat.

 

11. Zombieland (2009)

43d09cbf d2f0 4bdc 839e 60c2aa53123a4 orang yang terdiri dari seorang pemburu zombie, dua bersaudara yang berfikiran licik, dan seorang pemuda bertemu tanpa sengaja di tengah perjalanan. Dalam filem ini keempat-empat mereka tersebut bekerjasama dan saling menjaga antara satu sama lain agar mereka tidak berubah menjadi zombie.

 

12. The Wailing (2016)

639df34a 2890 484d b8a4 e16f6dbcb9dcFilem ini memgisahkan tentang pembunuhan keluarga yang dilakukan oleh salah seorang anggota keluarganya sendiri di sebuah kampung terpencil di kawasan Gokseung. Khabarnya, pembunuhan ini disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh orang dukun Jepun dan membuatkan sesiapa sahaja yang dijangkiti menjadi seperti zombie.

 

13. Rampant (2018)

e7c59348 09dd 47db 954e 33e52858149fFilem ini mengisahkan tentang Lee Chung yang dilakonkan oleh Hyun Bin. Lee Chung baru sahaja kembali dari Cina dan datang ke Joseon untuk mengambil alih takhta Lee Young iaitu kedudukan putera mahkota. Dalam usahanya merebut takhta, dia perlu menyingkirkan Ja Joon dan iblis malam ataupun zombie yang tiba-tiba muncul kerana serangan penasihat kerajaan Ja Joon kepada kapal Eropa.

 

14. #Alive (2020)

061d1971 8a8b 4c6b 8cdc 74c8fb5f0da2Oh Joon Wo adalah seorang remaja yang selamat dari wabak zombie kerana dia tidak pernah keluar dari apartmentnya. Lama kelamaan Joon Wo tidak tahan di dalam apartment tersebut kerana segala bahan makanan dan air sudah terputus. Dia mencari cara untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan sekaligus bertahan dari serangan zombie.

 

15. Peninsula (2020)

22d269ef b391 405c b9ef f98c769361c5Filem ini mengisahkan tentangJung Seok (Dong Won Gang), seorang bekas tentera yang menerima misi untuk pergi mengambil trak berisi wang di kawasan penuh zombie. Adakah dia akan berjaya menyelesaikan misinya?

 

16. Dark Hole (2021)

IMG 6830

Drama Korea ini menceritakan tentang perubahan manusia menjadi mutan yang disebabkan oleh sedutan asap gelap misteri dari lubang pembuangan

 

17. The Odd Family: Zombie on Sale (2019)

IMG 6831

Seperti Zombie Detective yang dikemaskan dengan lawak jenaka, terdapat juga filem zombie Korea Selatan yang bertemakan komedi. Mengisahkan tentang Man Deok dan keluarganya yang bertemu seorang pemuda aneh (Jjong Bi) dan menggigitnya. Bukannya berubah menjadi zombie, tetapi dia berubah menjadi lebih muda dan bertenaga.

 

 

18. Cargo (2017)

IMG 6832

Cargo (2017) mempunyai jalan cerita yang menyentuh perasaan tentang seorang ayah yang berjuang untuk menyelamatkan anaknya walaupun telah dijangkiti virus yang boleh membawa maut.

 

19. Zoom 100: Bucket List of the Dead (2023)

IMG 6833

Diangkat dari sebuah manga popular, Zom 100: Bucket List of the Dead (2023) mengajak penontonnya untuk sama-sama berhibur dan bergelak ketawa.

 

20. Zombie School

IMG 6834

Filem zombie Korea bertajuk Zombie School ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar, iaitu ketika haiwan-haiwan ternakan di Korea Selatan terkena penyakit kaki dan mulut. Haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit kemudiannya dibunuh secara besar-besaran dan ditanam supaya penyakit itu tidak menular kepada haiwan ternakan yang sihat juga manusia.

Dalam filem ini, cerita dimulakan dari virus zombie yang berasal dari haiwan ternakan, iaitu khinzir yang terkena penyakit kaki dan mulut. Penyakit tersebut membuatkan khinzir-khinzir di ladang menjadi gila dan mati secara mendadak.

Melihat kejadian tersebut, para peternak memutuskan untuk membunuh semua khinzir yang terkena penyakit, kemudian menguburkan haiwan-haiwan tersebut dalam sebuah lubang besar. Namun, beberapa ekor khinzir berjaya melarikan diri dari lubang tersebut. Khinzir-khinzir tersebut lari menuju ke sebuah sekolah yang tidak jauh dari situ.

Binatang tersebut kemudian menggigit seorang guru di sekolah, dan dalam waktu singkat, guru tersebut berubah menjadi zombie. Para guru yang telah dijangkiti kemudian mengejar dan memakan murid-murid mereka. Murid-murid yang masih selamat perlu bersatu untuk bertahan hidup dari serangan guru mereka yang berubah menjadi ganas.

 

21. All of Us Are Dead (2022)

IMG 6836

Bakal ada musim kedua, All of Us Are Dead (2022) menampilkan kisah perjuangan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menghadapi serangan zombi dan raksasa di sekolah mereka

 

22. Happiness (2021)

IMG 6837Drama siri Happiness (2021) mengangkat kisah perjuangan para penghuni apartment dalam melawan makhluk zombi

 

23. Kingdom (2019)

IMG 6838Berlatarkan era Dinasti Joseon, Kingdom (2019) adalah kisah tentang wabak zombi yang bermula daripada sejenis tumbuhan yang bersifat abadi, wabak ini menyebabkan rakyat dan raja yang terjangkit berubah menjadi raksasa dan zombi yang sangat menakutkan!

 

24. I am A Hero (2015)

IMG 6839VIRUS ZQN yang mematikan telah menyerang Jepun! Semua bertukar menjadi mayat hidup yang lebih mengerikan dari Zombie biasa! Mampukah seorang kartunis manga biasa menjadi hero dan menyelamatkan dunia mereka dari ditakluk oleh mayat hidup yang dikawal oleh Virus ZQN itu??

Sebuah filem aksi komedi seram bertemakan “Penyebaran dan Penaklukan Virus Berjangkit” merupakan filem yang diadaptasi daripada manga yang bertajuk sama, mengfokuskan tentang satu virus misteri yang telah menyebar dan menjangkiti rakyat Jepun dengan begitu cepat sekali sehingga kerajaannya sendiri tidak sempat mengambil apa-apa tindakan pencegahan. 

Di saat inilah, muncul seorang kartunis manga dari rakyat marhaen biasa yang dipandang hina oleh rakan sekerjanya dan teman wanitanya sendiri, menjadi satu²nya warga Jepun yang bakal menjadi Hero untuk menyelamatkan tamadun manusia dari ditakluk oleh mayat hidup yang dikawal oleh Virus ZQN ini.

Menariknya Virus ini boleh mengubah bentuk manusia itu kepada sesuatu yang sangat menakutkan dan mengerikan mengikut personaliti manusia yang dijangkiti. Mereka malah boleh bercakap dan melompat setinggi 4 tingkat bangunan!

 

25. The Sadness (2021)

IMG 6840

The Sadness berlatarkan kisah virus misteri yang membuat orang menyakiti orang lain dengan kejam. The Sadness, yang dibintangi Berant Zhu, Regina Lei, Wang Tzu Chaing, dan Emerson Tsai, menonjolkan situasi apabila virus baharu melanda dunia. Sebaliknya, saintis juga keliru dengan fenomena ini. Virus itu merebak begitu cepat tetapi tiada siapa menjangkakan bahawa virus itu boleh membawa mutasi.

Kisah tentang serangan zombie dalam filem dan drama siri yang tersenarai di atas boleh membuatkan para penonton turut merasa cemas dan berdebar. Perlu mempersiapkan mental dan emosi untuk menonton filem dan siri ini semua kerana banyak adegan menakutkan dan mengerikan disajikan buat para penonton.

Baca lagi: 7 Filem Seram Komedi Korea Ini Menjadi Kurang Seram Kerana Adanya Adegan Lucu

Baca juga: 4 Anime di Netflix Ini Bawa Kisah Misteri dan Penyiasatan, Penonton Diajak Berfikir Bersama