Watak-watak anak chaebol yang berjiwa berjiwa iblis dan psikopat kembali hangat dibincangkan. Tambahan pula selepas watak Baek Ha Rin muncul dalam drama Pyramid Game. Menjadi orang kaya dengan kelakuan sadis dan kejam, membuatkan beberapa watak drama yang memiliki perwatakan sama juga kembali disorot.
Siapakah watak anak chaebol berjiwa psikopat dan kejam dalam drama Korea pada awal tahun 2024 ini? Semak ulasan lengkapnya di bawah ini!
1. Noh Seok Min – My Demon
Noh Seok Min (Kim Tae Hoon) adalah anak sulung dalam keluarga chaebol Mirae Group dalam My Demon. Dia pernah terlibat dengan kes langgar lari, dan menyebabkan ibunya tidak memberikan hak pewarisan syarikat kepadanya.
Dengan kedudukan yang tergugat dan tidak dipercayai oleh ibunya, Noh Seok Min kemudian cuna membunuh Do Do Hee (Kim Yoo Jung), anak angkat yang paling disayang ibunya. Dalam melakukan aksi kejahatannya, dia membebaskan penjenayah kelas pertama untuk menyerang Do Do Hee.
Tidak berhenti disitu, Noh Seok Min juga membunuh ibunya supaya dia dapat menerajui syarikat. Dia juga sanggup menyumbat anaknya ke penjara untuk menjadi alibi pada tindakan kejahatannya. Dia sanggup melihat hingga anaknya mati, Seok Min tidak pernah kelihatan menyesal.
2. Oh Yu Ra – Marry My Husband
Oh Yu Ra (BoA) merupakan calon tunang Yu Ji Hyeok (Na In Woo), cucu dari kepada keluarga chaebol pemilik U&K Food dalam Marry My Husband. Namun, tunangnya tidak menyukainya dan menolaknya.
Perkara itu membuatkan Yu Ra menyiasat alasan disebalik penolakan tersebut. Dia mendapati bahawa Yu Ji Hyeok mempunyai teman wanita bernama Kang Ji Won (Park Min Young). Selepas mengetahui kebenarannya, Oh Yu Ra segera mengarahkan orang bawahannya untuk mencari musuh Kang Ji Won.
Dia mengajak orang-orang yang membenci Kang Ji Won untuk berkomplot memusnahkan Ji Won. Bukan itu sahaja, jika mengalami kegagalan Yu Ra akan membunuh sekutunya yang bersamanya untuk melenyapkan bukti. Yu Ra juga pernah membunuh bekas teman wanita Ji Hyeok sebelum ini kerana alasan yang sama.
Baca lagi: Ryu Da In Mangsa Buli dalam Kdrama Pyramid Game
3. Baek Ha Rin – Pyramid game
Baek Ha Rin adalah pelajar Sekolah Baekyeon. Dia adalah cucu kepada pemilik sekolah dan anak tunggal keluarga chaebol. Statusnya bukan biasa-biasa membuatkan Ha Rin disegani oleh semua guru dan pelajar lain. Dia juga bertindak bebas sesuka hati tanpa batasan.
Namun, kebebasan itu membuatkan jiwa psikopatnya muncul. Ha Rin yang memiliki dendam masa lalu dengan kawannya Myong Ja Eun (Ryu Da In), kemudian membuat Pyramid Game untuk melihat Ja Eun terseksa. Dia menjadikan Ja Eun yang lemah berada di peringkat terendah F untuk menjadi target buli. Jika ada yang membantu, orang-orang Ha Rn akan bergerak untuk menyerang keluarga mereka.
Dalam menjalankan aksi kejahatannya, Ha Rin bertindak dengan halus supaya nama baiknya tidak tercemar. Dia menggunakan orang kananya untuk menyeksa pelajar di tahap F. Dia kerap menghukum Ja Eun jika membantah, dengan mencucuh rokok atau mancis di tangan. Ha Rin kelihatan serba tidak kena dan tidak senang duduk jika tidak ada murid yang berada di tahap F untuk menjadi mangsa bulinya. Pyramid Game boleh di strim di Viu ya!
Walaupun banyak villain dalam drama awal tahun 2024 ini, tapi 3 watak di atas mendapat perhatian kerana mereka mempunyai sikap kejam dan melakukan tindakan jahat yang luar biasa. Bagi anda, anak chaebol manakah yang paling kejam?