Jenayah rogol beramai-ramai yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah di bandar Miryang, Korea Selatan pada tahun 2004 lalu masih berbekas di hati masyarakat Korea Selatan dan mereka masih mengingati kes tersebut hingga ke hari ini.
Jumlah mangsa dikhabarkan mencapai seramai 41 orang pelajar perempuan, manakala para perogol pula dianggarkan sekurang-kurangnya seramai 120 orang pelajar lelaki. Mangsa yang pada waktu itu yang sepatutnya dibela telah mendapat layanan buruk dari pihak polis, tekanan dari pihak penjenayah juvana itu sendiri, dan akhirnya para progol itu tidak dihukum dengan selayaknya.
Dari kejadian sebenar kes rogol di Miryang, syarikat produksi filem Korea kemudian mengangkat kisah tragis ini untuk diadaptasi dalam sebuah filem dan juga drama. Berikut dibawah ini adalah tiga buah filem Korea dan drama Korea yang diadaptasi dari kes tersebut.
1. Han Gong Ju (2014)
Filem Han Gong Ju ditayangkan pada tahun 2014 dengan dibintangi oleh Chun Woo Hee sebagai pelakon utama dan diarahkan oleh Lee Su Jin. Filem berdurasi 112 minit tersebut mengisahkan tentang Han Gong Ju bersama seorang kawannya yang mengalami episod ngeri dalam hidup, diperkosa oleh kumpulan pelajar sekolah menengah di rumahnya sendiri.
Filem Han Gong Ju menarik perhatian masyarakat. Filem Korea ini berjaya meraih pelbagai anugerah di peringkat global dan juga lokal, hingga nama Chun Woo Hee meledak naik. Anugerah yang mereka terima diantaranya adalah anugerah di 18th Busan International Film Festival, 18th Fantasia International Film Festival, dan 35th Blue Dragon Film Awards.
Baca lagi: Pagi Tua, Malam Berubah Muda, Kdrama Fantasi Miss Night and Day 15 Jun Ini Menampilkan Eunjin Apink
2. Signal (2016)
Signal merupakan Kdrama tvN bergenre thriller misteri yang dibintangi oleh Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, dan Jo Ji Woong. Kisah drama ini fokus pada detektif yang cuba memecahkan kes jenayah misteri melangkaui garis masa yang sangat berbeza.
Kes-kes dalam filem ini juga diadaptasi dari kisah benar, seperti kes penculikan kanak-kanak (1997), pembunuhan bersiri di Hwaseong (1986-1991), dan juga kes rogol beramai-ramai di Miryang (2004).
Signal merupakan salah sebuah drama Korea popular yang sangat diminati hingga ke hari ini. Kdrama ini berjaya meraih berbagai-bagai anugerah di 52nd Baeksang Arts Awards, tvN10 Awards 2016, dan 5th APAN Star Awards.
Baca lagi: Sophon Sakdaphisit Merupakan Pakar Filem Seram Thailand, Ini 7 Filem Seram Popular Arahannya
3. Georgia (2020)
Filem pendek bertajuk Georgia digarap oleh pengarah Jayil Pak dan dibintangi oleh Lee Yang Hee serta Lee Chae Kyung. Menceritakan tentang perjuangan ibu bapa dari kalangan bawahan dalam mencari keadilan untuk anak mereka yang mengakhiri hidup selepas dirogol oleh kumpulan pelajar sekolah menengah.
Filem berdurasi 30 minit ini pernah ditayangkan di Jogja Asian Film Festival (JAFF) 2021 dan screening di YouTube pada 12-13 Disember 2021.
Baru-baru ini, kes rogol berkumpulan Miryang 2004 kembali menjadi fokus perbincangan setelah seorang YouTuber Korea Selatan mengaku akan mengungkap identiti para perogol kepada orang ramai seorang demi seorang.