Home Filem/drama Jepun 3 Drama Jepun Bawa Kisah Dunia Kewartawanan, Pengorbanan Mengejar Kebenaran

3 Drama Jepun Bawa Kisah Dunia Kewartawanan, Pengorbanan Mengejar Kebenaran

0

Kerjaya wartawan yang penuh dengan cabaran sering kali diangkat dalam drama, tidak terkecuali drama Jepun.

Dunia kewartawanan yang dekat dengan kisah hidup, konflik, dan politik juga semakin menarik untuk disaksikan, tidak kira kisah itu fiksyen atau kisah sebenar.

Jika anda suka menonton drama Jepun tentang dunia kewartawanan, dibawah ini adalah 3 pilihan drama Jepun yang sesuai untuk anda. Anda akan menonton betapa hebatnya setiap watak berjuang dalam mendedahkan kebenaran.

 

1. The Journalist (2022)

 

Episod: 6
Durasi: 50 minit
Platform tayang: Netflix

Drama jepun

The Journalist adalah drama Jepun tentang dunia keeartawanan yang menarik untuk ditonton. Drama ini menggambarkan betapa kompleksnya industri media di Jepun. Namun, sisi inilah yang sebenarnya menjadi daya tarikan.

Anna Matsuda merupakan watak utama dalam The Journalist. Dia dikenali sebagai seorang wartawan yang berani dan bertanggung jawab. Bahkan, dia juga berani mendedahkan kebenaran di sebalik kes rasuah oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Keberanian Anna ini cukup berisiko. Anna perlu menghadapi banyak musuh. Hidupnya juga penuh ancaman dan selalu dalam bahaya.

 

2. Sanctuary: Seiiki (2023)

 

Episod: 8
Durasi: 52 minit
Platform tayang: Netflix

IMG 7341

Drama Jepun tentang dunia kewartawanan yang tidak kurang hebatnya seterusnya adalah Sanctuary: Seiiki. Uniknya, drama ini menampilkan dunia dua kerjaya sekaligus iaitu dunia sumo profesional dan kewartawanan.

Seorang lelaki yang bernama Kiyoshi Oze terkenal kerana kenakalannya. Namun, siapa sangka Oze berbakat sebagai peggusti sumo. Kisah dalam drama ini semakin menarik dengan munculnya karakter Kunishima. Dia adalah seorang wartawan surat khabar yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang sukan tradisional Jepun ini. Melalui drama Sanctuary: Seiiki, anda akan mengetahui banyak sisi tentang profesyen wartawan dan ahli sumo.

 

3. Tokyo Vice (2022)

 

Episod: 8
Durasi: 56 minit
Platform tayang: Prime Video

514d4ca5 0f70 4843 92bc a1f46fd7ae7a 1

Cadangan drama Jepun tentang dunia kewartawanan ini juga sangat menarik untuk ditonton. Tokyo Vice ini terdiri dari dua musim. Musim kedua ditayangkan pada tahun 2024 ini. Tokyo Vice ialah tentang kisah sebenar Jake Adelstein, seorang wartawan Amerika yang bekerja di syarikat media Jepun.

Tokyo Vice berlatarkan akhir tahun 1990-an. Ceritanya fokus pada Jake yang perlu menyesuaikan diri dengan budaya kerja Jepun. Di satu sisi, dia juga menghadapi pelbagai kes jenayah yang turut melibatkan yakuza.

Demikian 3 drama Jepun tentang dunia kewartawanan yang boleh anda tonton untuk dijadikan hiburan dan peneman waktu lapang anda.

Baca lagi: 5 Drama Thriller Thailand Penuh Teka Teki, Kisah Jenayah Berat dan Misteri Pembunuhan
Baca juga: 10 Drama Jepun Tema Survival Yang Menarik untuk Ditonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here