Home Kdrama/Kmovie 3 Drama Korea 2023 Berlatarkan Tahun 1980, Menarik untuk Ditonton

3 Drama Korea 2023 Berlatarkan Tahun 1980, Menarik untuk Ditonton

0

Bukan hanya jalan cerita yang unik yang berjaya membuatkan penonton terpukau, banyak drama Korea yang mengangkat latar tahun yang menggamit nostalgia, seperti tahun 80-an.

Walaupun drama Korea ini mempunyai jarak tahun yang sangat jauh dengan waktu kini, drama-drama tersebut masih mempunyai peminat tersendiri.

Para penonton dapat melihat kembali bagaimanakah gambaran kehidupan di tahun 80-an, contohnya seperti sistem pendidikan, pekerjaan, gaya pakaian, dan banyak lagi.

Ada beberapa drama Korea pada tahun 2023 ini yang menampilkan latar tahun 1980, berikut di bawah ini adalah senarai drama yang boleh anda tonton.

 

1. My Perfect Stranger

d286f91d 9970 4f55 bf47 bbe87815d916My Perfect Stranger merupakan drama Korea yang ditayangkan pada 1 Mei 2023, drama ini juga menampilkan kehidupan di tahun 80-an. Drama My Perfect Stranger menceritakan tentang Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) dan Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) yang melakukan perjalanan ke masa lalu, ke tahun 1987.

Disana, Yoon Hae Joon cuba mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan bersiri, dengan berbagai-bagai petunjuk yang dibawa dari masa depan. Baek Yoon Young pula berusaha mencegah ibu bapanya berkahwin.

 

2. Oasis

2d9375fb 5f8e 4907 bd83 df09123d22e9Drama Korea Oasis membawa latar tahun 1980, sebuah kisah tentang impian, persahabatan, dan cinta. Di sebuah bandar kecil dua orang sahabat, iaitu Lee Doo Hak (Jang Dong Yoon) dan Choi Cheol Woong (Choo Young Woo) cuba menjalani zaman sekolah menengah dan remaja, namun hubungan kedua-duanya berubah ketika Oh Jung Shin (Seol In Ah) berpindah ke sekolah mereka.

Ketiga-tiga mereka dengan cepat menjadi kawan rapat, namun seiring berjalannya waktu perasaan Lee Doo Hak dan Choi Cheol Wook semakin berkembang pada Oh Jung Shin. Perkara itu membuatkan munculnya persaingan cinta di antara mereka. Drama ini sudah ditayangkan pada 6 Mac 2023, dengan jumlah 16 episod yang boleh anda tonton.

 

3. Once Upon a Boyhood

Drama koreaDibintangi oleh Im Si Wan, Lee Sun Bin, Lee Si Woo, dan juga Kang Hye Won, Once Upon a Boyhood merupakan drama baru yang akan ditayangkan pada 24 November 2023 nanti.

Drama Korea ini menceritakan tentang Jang Byeong Tae (Im Si Wan), seorang pelajar di Onyang, Wilayah Chungcheong Selatan. Dia sangat berharap jika penindasan yang terjadi padanya berhenti dan berakhir.

Pada suatu malam keluarganya tiba-tiba berpindah ke Buyeo yang terletak di wilayah yang sama. Di sekolah barunya ada khabar angin bahawa seorang petarung terbaik di Asan dan memiliki gelaran Harimau Putih akan berpindah ke sekolah tersebut, namun para pelajar keliru dan percaya bahawa Jang Byeong Tae adalah orang tersebut. Disana dia juga terlibat dengan Park Ji Young (Lee Sun Bin), Jung Kyeong Tae (Lee Si Woo), dan Kang Sun Hwa (Kang Hye Won).

Menampilkan kehidupan yang cukup berbeza dengan sekarang, anda dapat melihat bagaimana kehidupan di tahun 80-an melalui drama Korea yang tersenarai di atas.

Baca lagi: 5 Fakta Menarik Penerbitan Goryeo-Khitan War, Drama Korea Paling Mahal
Baca juga: 10 Kdrama Tentang Kehidupan Suka Duka Anak Angkat