Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Drama Korea Penuh Fantasi tentang Dunia Paralel Komik

3 Drama Korea Penuh Fantasi tentang Dunia Paralel Komik

0

Salah sebuah drama Korea yang paling ditunggu-tunggu pada bulan Oktober 2024 ini adalah Spice Up Our Love.

Drama yang merupakan spin-off untuk drama Korea No Gain No Love ini mengusung genre fantasi dan mengisahkan tentang seorang penulis web novel dewasa yang tiba-tiba menjelma menjadi karakter utama dalam novelnya.

Jika tentang idea cerita, drama Korea memang kerap kali menampilkan pelbagai cerita anti-mainstream yang pastinya menarik untuk diikuti. Berikut ini adalah 3 buah drama Korea tentang dunia paralel di dalam komik. Paling terbaru Spice Up Our Love.

 

1. W: Two Worlds (2016)

503b6eae d51e 41ff a033 9a4b6dbdc250

W: Two Worlds merupakan drama siri pertama lakonan Han Hyo Joo selepas 6 tahun dia menyepikan diri dari dunia seni. Drama siri ini mengisahkan tentang Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) iaitu seorang doktor bedah jantung tahun kedua di sebuah hospital. Ayahnya adalah seorang penulis buku komik terkenal. Suatu hari, ayahnya menghilangkan diri dan dia bergegas mencari ayahnya di tempat kerja ayahnya.

Namun dia bukan menjumpai ayahnya, Yeon Joo mendapati dia berada di tempat yang berbeza di depan seorang lelaki yang bernama Kang Cheol (Lee Jong Suk) yang terbaring di lantai dan bermandikan darah. Ternyata Yeon Joo pergi ke dimensi yang berbeza dalam dunia komik dan bertemu dengan watak fiksyen iaitu Kang Cheol. Kang Cheol merupakan watak utama siri komik yang dicipta oleh ayah Yeon Joo.

 

2. Extraordinary You (2019)

c0f298ba e6b4 4709 b029 1db3e6ada2c7

Dalam drama Extraordinary You, watak Eun Dan Oh, pelajar sekolah menengah yang menderita penyakit jantung yang membuatnya tidak akan mampu menempuhi zaman remajanya. Namun, dia menyedari bahawa ada yang aneh dengan ingatannya, Dan Oh menyedari bahawa dia adalah watak dalam sebuah webtoon yang mana semua tindakannya telah ditentukan oleh penulis.

Dia juga terkejut apabila mengetahui bahawa dia hanya watak pembantu. Dengan sedikit pemahaman baru tentang dunia yang didiaminya, Eun Dan Oh nekad mahu mencari cinta sejati dalam alur ceritanya sendiri dan menghindari jalan cerita yang dirancang oleh penulis pada wataknya. Drama ini tayang pada 2 Oktober 2019 dan dibintangi Kim Hye Yoon, Rowoon, Lee Jae Wook, dan juga Kim Young Dae.

Baca juga: ‘Spice Up Our Love’, Genre Komedi Romantik Tetapi Hanya Untuk Tontonan 19+ Ke Atas

3. Spice Up Our Love (2024)

Drama korea

Drama tentang dunia paralel di dalam komik terbaru adalah Spice Up Our Love. Spin-off bagi drama No Gain No Love ini fokus pada Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun) seorang penulis web novel dewasa yang masuk ke dalam cerita yang ditulisnya. Di dalam web novelnya, dia menjadi karakter utama perempuan yang bernama Seo Yeon Seo dan bekerja sebagai pakar pemakanan di syarikat GB Electric.

Yeon Seo memiliki hubungan romantik dengan karakter utama lelaki, Kang Ha Jun (Lee Sang Yi). Dia adalah CEO GB Electric tempat Yeon Seo bekerja. Jalan cerita dalam novel mengikuti Ha Jun yang terkenal sangat cerewet dalam memilih menu yang dikembangkan oleh Yeon Seo dengan bersungguh-sungguh. Walau mengetahui ini hanyalah dunia dalam novel buatannya, Ja Yeon pada akhirnya mula memiliki perasaan terhadap Ha Jun keraha mereka sering berinteraksi.

Menggabungkan genre fantasi dan romantik, drama-drama Korea di atas berjaya menyajikan cerita dengan plot yang penuh teka-teki. Untuk untuk anda yang mahu menonton Spice Up Our Love, drama ini telah ditayangkan secara perdana pada 3 Oktober 2024 di platform penstriman Prime Video ya!

Baca lagi: 6 Siri Netflix Ini Kembali dengan Musim Baru pada Bulan Oktober 2024, Siri Mana Paling Anda Tunggu?
Baca juga: 7 Drama Korea Ini Tampilkan Kisah Personaliti Berganda, Buka Mata tentang Penyakit Mental

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here