Home News 3 Fakta “Eileen”, Filem Psikologikal Thriller Terbaru Anne Hathaway

3 Fakta “Eileen”, Filem Psikologikal Thriller Terbaru Anne Hathaway

0

Jika anda suka menonton filem dengan genre psikologikal thriller, pada penghujung 2023 nanti akan ditayangkan filem genre tersebut yang diadaptasi dari novel bertajuk Eileen.

Bukan hanya tampil dengan genre psikologikal thriller, filem Eileen muncul dengan babak romantik yang menyegarkan.
Dibintangi oleh pemenang anugerah Oscars, Anne Hathaway, membuatkan filem ini dinanti-nantikan oleh ramai peminat filem.

Beberapa fakta tentang filem psikologikal thriller bertajuk Eileen di bawah ini patut anda ambil tahu sebelum menonton filemnya di pawagam nanti.

 

1. Diadaptasi dari novel karya Ottessa Moshfegh dengan tajuk sama

ba1d0a84 5ab2 464f abb4 1ed26a76620bFilem berdurasi 98 minit ini diadaptasi dari novel yang dilancarkan pada tahun 2015 dan ditulis oleh Ottessa Moshfegh. Eileen merupakan novel pertama Ottessa Moshfegh dan berjaya memenangi anugerah berprestij Hemingway Foundation/PEN Award pada tahun 2016. Novel ini juga berjaya sebagai novel terpilih di Man Booker Prize pada tahun 2016 dan di National Book Critics Circle Award pada tahun 2015.

Novel ini mendapat banyak ulasan positif dari para pembaca. Eileen digambarkan sebagai novel yang suram dan mendebarkan, tetapi pada masa yang sama sangat indah serta menyenangkan. Melihat prestasi yang diperolehi dan premis perjalanan cerita yang menarik, pastinya adaptasi novel ini ditunggu-tunggu para pencinta filem.

 

2. Membawa genre psikologikal thriller, Eileen dibintangi oleh Thomasin McKenzie dan Anne Hathaway

EileenBerlatar 1960-an di Massachusetts, Amerika Syarikat, filem ini fokus pada seorang wanita muda bernama Eileen Dunlop yang bekerja di penjara. Suatu hari, penjara tersebut dikunjungi seorang kaunselor wanita baru yang glamor dan menawan bernama Rebecca. Rebecca tertarik dengan Eileen dan membantunya memperbaiki dan meningkatkan keperibadian dan perwatakan Eileen. Namun, semakin lama Rebecca mengheret Eileen kepada sesuatu yang lebih berbahaya.

Eileen digarap oleh William Oldroyd dan merupakan filem panjang keduanya selepas Lady Macbeth (2016). Beberapa orang pelakon yang membintangi filem ini adalah Thomasin McKenzie, Anne Hathaway, Shea Whigham, Marin Ireland, dan Owen Teague. Proses penggambaran sudah dilakukan pada akhir 2021 dan selesai pada Februari 2022 di New Jersey.

 

 

3. Eileen tayang di pawagam Amerika Syarikat bermula 1 Disember 2023

735d2993 9364 4f59 a067 d7bf93c48bafFilem ini sudah tayang secara perdana di Sundance Film Festival pada 21 Januari 2023 dan berjaya mendapat ulasan positif. Dua pelakon utama, Thomasin McKenzie dan Anne Hathaway telah berjaya membawa watak dengan baik dalam penceritaan filem yang penuh permainan, kejahatan, dan twist.
Sinematografi yang hebat juga berjaya memancarkan atmosfera romantik melodrama dengan elemen noir dan black comedy.

Filem ini bakal tayang di pawagam Amerika Syarikat bermula 1 Disember 2023. Adakah Eileen akan ditayangkan di pawagam Malaysia dan perkhidmatan layanan streaming? Kita tunggu maklumat seterusnya nanti ya!

Baca lagi: 7 Cadangan Filem Seram Psikologikal Netflix, Suram dan Mencemaskan
Baca juga: 10 Senarai Filem Tentang Palestin di Netflix, Banyak Adaptasi Kisah Sebenar