Home Kdrama/Kmovie Movie 3 Filem Aksi Korea Paling Dinantikan Tahun Ini, Plot Penuh Kejutan

3 Filem Aksi Korea Paling Dinantikan Tahun Ini, Plot Penuh Kejutan

0

Pelbagai filem aksi Korea baru bakal menggegarkan layar perak tahun ini dengan aksi mendebarkan dan plot cerita penuh kejutan.

Bukan sahaja menampilkan adegan pertarungan yang hebat, ketiga-tiga filem aksi ini juga membariskan pelakon terkenal dan kisah yang dijamin membuat penonton tidak senang duduk sepanjang tayangan.

Nak tahu filem aksi apa yang patut ada dalam senarai tonton anda? Mari kita lihat ulasannya!

1. New Generation War: Reawakened Man

Filem aksi

Seok Hwan (Koo Kyo Hwan) ialah pemuda biasa yang tidak pernah gentar melawan ketidakadilan walaupun hidupnya sendiri penuh kesukaran.

Namun, semuanya berubah apabila dia dibunuh oleh lintah darat ketika cuba melindungi jirannya. Anehnya, dia hidup semula tiga hari kemudian dengan kuasa misteri,  kemampuan untuk bangkit semula setiap kali mati.

Menyedari keistimewaan ini, Seok Hwan mengambil keputusan untuk menumpaskan kejahatan di sekelilingnya dengan cara yang luar biasa. Filem ini menjanjikan aksi yang penuh adrenalin dan plot epik yang sukar dilepaskan.

2. The Great Flood

IMG 9667

Apabila banjir besar melanda dunia dan menenggelamkan bandar, An Na (Kim Da Mi) dan Hee Jo (Park Hae Soo) berjuang untuk terus hidup di dalam apartmen mereka yang semakin ditenggelami air.

An Na, seorang penyelidik AI, terpaksa bekerjasama dengan Hee Jo, ahli pasukan keselamatan yang mempunyai misi misteri untuk melindunginya.

Namun, ada rahsia besar di sebalik usaha menyelamatkan An Na, apa sebenarnya yang membuatkan Hee Jo sanggup mempertaruhkan segalanya demi dia?

3. Night Heat

Filem aksi

Tae Kang (Woo Do Hwan), bekas juara tinju yang kini menjalani kehidupan keras di Bangkok, terjebak dalam situasi genting apabila dia dituduh membunuh secara salah.

Hidupnya yang serba susah semakin sukar apabila dia dipenjarakan tanpa bukti kukuh.

Tidak mahu menyerah kalah, Tae Kang menyusun strategi bijak untuk membersihkan namanya dan melaksanakan misi balas dendam. Dalam kehangatan kota Bangkok, aksi penuh mendebarkan ini pasti membuat penonton terpaku sehingga babak terakhir.

Inilah tiga filem aksi Korea yang harus anda nantikan tahun ini. Antara semua, yang mana satu paling menarik perhatian anda?

Baca lagi: Drama Unmasked: 5 Rahsia Dendam Han Do, Kenapa Dia Benci Manusia?
Baca juga: 7 Drama Korea Bertema Perubahan Diri yang Wajib Ditonton, Pilihan Terbaik untuk Peminat Who is She