Home Anime 3 Filem Anime Stand-Alone dari Figura Ternama Ini Boleh Ditonton di Netflix

3 Filem Anime Stand-Alone dari Figura Ternama Ini Boleh Ditonton di Netflix

0

Kini kita sudah memasuki bulan Julai untuk tahun ini, tahun 2024 telah menampilkan banyak filem anime baru untuk ditonton. Namun, ada juga beberapa filem anime yang sebenarnya sudah ditayangkan pada tahun 2023, tetapi baru sahaja masuk ke di dalam katalog Netflix tahun ini.

Berikut dibawah ini adalah tiga buah filem anime stand-alone yang baru keluar di Netflix 2024. Jangan lupa masukkan ke senarai tontonan anda ya!

 

1. The Boy and the Heron (bakal ditayangkan)

AnimeThe Boy and the Heron merupakan filem anime karya Studio Ghibli. Filem ini juga merupakan karya pertama pengarah legenda Hayao Miyazaki dalam 10 tahun terakhir ini. Oleh sebab itu, para peminat anime sangat menantikan filem ini.

Ditayangkan pada 14 Julai 2023 di pawagam Jepun, The Boy and the Heron telah diumumkan pada 21 Mac 2024 akan ditayangkan di Netflix secara global, kecuali Amerika Syarikat dan Jepun. Sayangnya, tarikh tayangannya masih belum didedahkan. Sabar menunggu ya!

The Boy and the Heron mengisahkan tentang Mahito Maki, remaja lelaki yang menjalani kehidupan barunya setelah ibunya meninggal dunia. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seekor burung bangau. Burung tersebut boleh bercakap yang memberitahunya bahawa ibunya masih hidup. Masih tidak dapat menerima keadaannya sekarang, Mahito lantas melakukan pengembaraan demi mencari ibunya.

 

2. Maboroshi (15 Januari 2024)

f2d9f299 01ba 4537 a0bb a90014a9eb36Mari Okada dikenali sebagai penulis Anohana, Her Blue Sky, dan The Anthem of the Heart. Figura ini juga merupakan pengarah untuk Maquia. Mari Okada menggarap filem anime keduanya sebagai pengarah berjudul Maboroshi bersama MAPPA. Pada 15 September 2023, Maboroshi ditayangkan di pawagam Jepun. Filem ini sudah tersedia di Netflix sejak 15 Januari 2024 yang lalu.

Maboroshi menceritakan tentang remaja lelaki bernama Masamune Kikuiri yang tinggal di sebuah bandar yang terasing akibat sebuah insiden di kilang baja. Suatu hari, dia bertemu dengan Mutsumi Sagami, kawan sekelasnya, dan seorang kanak-kanak perempuan bernama Itsumi di kilang baja tersebut. Pertemuan mereka rupa-rupanya menyebabkan dunia berada dalam bahaya.

 

3. The Imaginary (5 Julai 2024)

7e082d40 e774 4736 8329 eff7c7bbee61The Imaginary diadaptasi dari novel bertajuk serupa karya AF Harrold. The Imaginary merupakan filem anime kedua Studio Ponoc. Studio Ponoc menaungi ramai figura veteran Studio Ghibli, termasuk Yoshiaki Nishimura, Hiromasa Yonebayashi, dan Yoshiyuki Momose.

The Imaginary diarahkan oleh Momose dan ditulis serta diterbitkan oleh Nishimura. Filem ini ditayangkan di pawagam Jepun pada 15 Disember 2023 selepas ditunda tarikh tayangannya pada pertengahan 2022. The Imaginary telah disahkan akan ditayangkan di Netflix secara global pada 5 Julai 2024 nanti.

The Imaginary menceritakan tentang Rudger, seorang Imaginary yang hanya dapat dilihat oleh penciptanya, Amanda Shuffleup. Namun, Rudger dalam bahaya. Bukan hanya hampir lenyap kerana dilupakan oleh Amanda, tetapi juga kerana dia diburu oleh Tuan Bunting, pemburu Imaginary. Rudger perlu mengembara untuk bertahan hidup.

Jadi para peminat anime, jangan lupa untuk menonton filem-filem ini di Netflix ya!

Baca lagi: Sukar Dilupakan, 6 Kuasa Luar Biasa Muzan Kibutsuji dalam Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba
Baca juga: Suicide Squad Isekai Versi Anime Hadir dengan 13 Episod