Genre seram masih merupakan genre filem kegemaran nombor satu bagi para peminat filem-filem Indonesia khususnya.
Salah satu genre seram yang kerap membuatkan penonton seram sejuk ketika menonton adalah dengan konsep filem dokumentari.
Di negara seberang, masih belum terlalu banyak filem seram yang mengusung konsep dokumentari. Namun, ada beberapa buah filem seram Indonesia yang berjaya membuatkan penonton berdebar dan ketakutan dengan konsep filem dokumentari ini.
Berikut ini adalah cadangan filem dokumentari genre seram dari seberang yang pastinya perlu anda tonton jika anda meminati filem dokumentari genre seram!
1. Keramat (2009)
Filem dokumentari Keramat ini menceritakan rentetan kejadian mistik yang dialami oleh kru filem semasa menghasilkan filem di Yogyakarta. Miea (Miea Kusuma) yang merupakan seorang pengarah bertolak dari Jakarta ke Yogyakarta untuk proses penggambaran filem.
Pasukannya terdiri dari pembantu pengatah yang bernama Sadha (Sadha Triyudha), Dimas (Dimas Projosujadi) selaku pengurua produksi, dan dua orang pelakon utama iaitu Diaz (Diaz Ardiawan) dan juga Migi (Migi Parahita).
Mereka juga membawa pasukan produksi, Poppy (Poppy Sovia) dan juru kamera yang bernama Cungkring (Monty Tiwa). Selama dalam perjalanan, mereka merakam aktiviti untuk dokumentasi.
Setelah tiba di lokasi penggambaran, Miea dan pasukannya mendapat pelbagai gangguan. Namun, semua itu tidak melunturkan semangat mereka untuk tetap melakukan urusan mereka. Miea dan pasukannya akhirnya tinggal di sebuah kampung terpencil yang terletak di Bantul atas arahan pemandu pelancong tempatan.
Di sana, banyak kejadian aneh mula terjadi kembali. Gangguan tersebut bahkan membuatkan Migi semakin lemah dan sering tidak sedarkan diri. Hingga pada suatu malam, pasukan produksi menemui Migi meracau dalam bahasa Jawa.
Paranormal setempat mengatakan bahawa Migi dirasuk roh halus. Mereka kemudian diajak pergi ke Pantai Parangtritis, lokasi pintu menuju alam ghaib. Paranormal itu menyuruh anggota pasukan produksi mengikutinya dan seorang demi seorang menghilang dari dunia nyata.
Semasa membuka mata, mereka telah berada di hutan lereng Gunung Merapi. Mereka akhirnya bertemu dengan ratu penguasa dunia roh. Dia berpesan bahawa mereka perlu pergi meninggalkan tempat tersebut sebelum matahari terbit. Jika gagal, mereka akan terperangkap di dunia roh selamanya. Perkara itu membuatkan seluruh anggota pasukan produksi kelam kabut melarikan diri.
2. Te[rekam] (2010)
Filem dokumentari Te[rekam] mengikuti kisah Olga Lidya, seorang model yang ingin menghasilkan filem seram. Dalam penghasilan filem ini, Olga mengajak Monique, seorang pelakon sinetron, dan Julia Perez, yang juga menjadi kawannya. Ketiga-tiga wanita itu akhirnya memutuskan untuk tinggal di sebuah rumah milik kawan Olga yang bernama Siska untuk menyiapkan filem seram mereka.
Olga meminta semua kegiatan mereka di dalam rumah itu dirakam menggunakan kamera. Dia mahu video itu dijadikan ‘behind the scene’ untuk filem yang akan mereka hasilkan. Olga memasang kamera hampir di setiap ruangan di rumah tersebut. Kejadian aneh mula menimpa mereka dan mereka menganggap bahawa yang mereka rasakan adalah paranoid semata-mata.
Tanpa mereka sedari, ternyata semua kamera yang dipasang telah merakam sosok makhluk ghaib yang menyeramkan. Mereka memutuskan untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi tidak semudah itu untuk keluar dari rumah tersebut. Kejadian aneh terus muncul dan membuatkan mereka sukar untuk keluar dari rumah tersebut.
3. Jurnal Risa by Risa Saraswati (2024)
Ditayangkan pada 11 Julai 2024, filem dokumentari Jurnal Risa by Risa Saraswati mengisahkan tentang salah satu momen pencarian yang mengerikan dalam video YouTube Jurnal Risa semasa kumpulan mereka sedang mengusir sosok Samex. Samex adalah hantu yang namanya tidak boleh disebut. Video tersebut pernah viral kerana YouTuber Prinsa Mandagie secara sengaja menyebut nama hantu tersebut.
Oleh sebab itulah, Prinsa dirasuk entiti yang pasukan Jurnal Risa sangat takuti. Situasi semakin menegangkan kerana kelakuan Prinsa makin aneh. Akhirnya, mereka terpaksa melakukan sebuah ritual. Jika tidak, nyawa Prinsa yang akan menjadi taruhannya.
Semua kejadian tersebut didokumentasikan secara real-time oleh kamera pasukan dokumentari dari pasukan Jurnal Risa.
Menampilkan suasana menegangkan yang dirakam secara langsung oleh para pelakon membuatkan filem dokumentari genre seram terasa seperti nyata. Oleh sebab itu, tema ini memang selalu berjaya membuatkan penonton seram sejuk dan sama-sama merasakan kengerian yang berlaku.
Adakah anda peminat filem dokumentari seram?
Baca lagi: Tarot, Filem dan Drama Korea Omnibus Memaparkan 7 Kisah Pendek Seram Misteri
Baca juga: 8 Filem Seram Thriller Tentang Penghambaan, Gangguan yang Memualkan