Home Entertainment 3 Filem Pilihan Dari India Minggu Ini Berdasarkan Kisah Benar

3 Filem Pilihan Dari India Minggu Ini Berdasarkan Kisah Benar

0
Berikut merupakan 3 Filem Pilihan Dari India berserta ulasannya:

1. KHUDA HAAFIZ (2020)

6F06C6A0 59C6 4A75 A1D3 B8B6BF2B7EFD

“KHUDA HAAFIZ” Diinpirasikan dari peristiwa yang pernah berlaku semasa berlakunya krisis ekonomi pada 2007-2008, seorang Jurutera yang isterinya telah hilang dalam keadaan misteri dan perjuangannya untuk mencari isterinya.

Dari India ke Noman…Kerisauan, tangisan, kesengsaraan dan kesakitan si suami yang berjuang mati-matian demi menyelamatkan isteri tercintanya!

“Tolonglah saya mencari isteri saya!”.. sambil si suami menangis teresak-esak merayu..”

Lakonan hebat Vidyut sebagai Sameer sememangnya tidak perlu disangkal lagi walaupun dalam filem ini dia membawakan karakter serta gaya yang berbeza dari kebiasaannya (Mula kenal Vidyut dari filem SANAK)

Kebahagiaan Sameer dan Nargis yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga menjadi titik hitam kepada mereka disaat mereka ditipu oleh agensi pekerjaan dan menyebabkan Nargis dijual dan dijadikan hamba pemuas nafsu!!

Kepelbagaian emosi yang ditonjolkan sepanjang filem ini pasti membuatkan sesiapa sahaja yang menikmati filem ini pasti tidak senang duduk! Apatah lagi digarap dgn aksi-aksi yang penuh berdarah yang begitu mengilukan!

Dapatkah Sameer menemukan Nargis dalam keadaan selamat?? Siapakah dalang disebalik semua ini??

 

2. NH10 (2015)

2762B197 3A0C 44DC A54A CFD9100EB2EA

“Kerana cinta tidak direstu..sepasang suami isteri dibunuh keluarganya sendiri!!”

“NH10” ini diinspirasikan dari kes pembunuhan sebenar berprofil tinggi yang pernah berlaku di India pada tahun 2007, melibatkan sepasang suami isteri dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka berkahwin bertentangan dengan tradisi kasta.

Di dalam filem NH10 ini, ia telah digarap dengan begitu baik sekali menjadi sebuah filem bergenre jenayah thriler yang pasti mencengkam emosi dan mendebarkan!

Dalam masa sama, menyeronokkan ketika dapat menyaksikan aksi-aksi hebat dan padu pembalasan dendam dari seorang wanita.

Apakah itu NH10?

Ia sebenarnya merujuk kepada lebuh raya India yang menghala dari Delhi ke sebuah kota mewah di Gurgaon dan kemudian lebih jauh ke kawasan terpencil Haryana, NATIONAL HIGHWAY 10 sejauh 403KM.

Di situ terdapatnya perkampungan dimana penduduk setempatnya hidup tanpa peraturan dan undang-undang. Mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa krompromi tanpa halangan dari pihak berkuasa walaupun jika perlakuan mereka sehingga melibatkan jenayah pembunuhan dan sebagainya.

Ngeri dan dahsyat sungguh bila memikirkan wujudnya kawasan seperti ini, seolah kita menempah jalan ke arah kematian sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tempat ini!

Di situlah, heroin filem ini Meera (lakonan hebat dari Anushka Sharma) menghabiskan sebahagian besar babak-babak daripada filem ini berjuang untuk hidupnya!

Percutian romantik sepasang suami isteri bakal bertukar menjadi tragedi hitam, meninggalkan titik noda hitam seumur hidup mereka!

Kisah bermula di sebuah kota bernama Gurgaon apabila suatu malam, ketika Meera (lakonan Anushka Sharma) baru kembali dari berpesta, dia telah diekori dan diserang oleh beberapa pemuda yang tidak dikenali.

Akibat kejadian tersebut Meera jadi trauma dan untuk menghiburkan hati Meera, Arjun (lakonan Neil Bhoopalam) membawa Meera pergi bercuti di sebuah kawasan percutian gurun yang belum pernah mereka jelajahi lagi..(ketika ini berbunga-bunga hati Meera merasa senang dan rasa dicintai)

Satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku ketika mereka sedang berhenti di Jalan Raya Dhaba untuk makan. Mereka ternampak seorang gadis dan lelaki diheret,dikasari dan dibawa pergi oleh sekumpulan lelaki.

Tidak lama setelah itu, satu persatu kejadian tragis menimpa Meera dan Arjun setelah Arjun menjadi saksi mata pembunuhan brutal gadis dan lelaki yang diculik tadi.

Maka bermulalah babak-babak klimaks yang penuh debaran yang boleh membuatkan kita merasa sesak nafas (sebab banyak sangat aksi lari ke sana ke sini, di kejar sana sini..) Memang mendebarkan sangatlah!

🔞Filem ini kurang sesuai ditonton bersama anak-anak sebab banyak aksi ganas dan kejam!

 

3. SOLD (2014)

387BCF0C CDF8 4397 9EC6 4ACDCD0D777C

SOLD senaskah kisah berdasarkan kejadian sebenar yang pernah berlaku kepada seorang gadis bernama Lakshmi di Nepal yang dijual oleh bapanya kepada makciknya kemudian dijual semula ke rumah pelacuran di Kolkata, India.

Lakshmi baru berusia 13 tahun ketika itu dan dia merupakan seorang anak yang sangat ceria serta baik, mempunyai ibu yang sangat menyayanginya. Namun bapanya seorang yang berat tulang!

Akibat kesusahan hidup keluarga Lakshmi, suatu hari bapanya bertekad untuk menjual Lakshmi kepada makciknya dengan janji akan menawarkan Lakshmi pekerjaan di India.

Berat hati memandang, berat lagi bahu memikul! Hati ibu mana tidak sedih terpaksa melepaskan anaknya dan akur dengan keputusan si Ayah yang tidak bertanggungjawab itu! Lakshmi berjanji akan kembali ke pangkuan ibunya sebaik sahaja dia dapat mengumpulkan duit yang banyak.

Sampai sahaja di India, apa yang dijanjikan makciknya ternyata dusta belaka malah dia dijual ke sebuah rumah pelacuran dan paling sadis..ramai lagi anak-anak gadis lain seusia dia juga dijadikan pelacur disitu!!

Mereka semua disiksa dan diberi layanan buruk sekiranya ingkar, paling menakutkan ada juga yang dibunuh kerana cuba melarikan diri!! KEJAM!!!

Sehinggalah suatu hari, diluar rumah pelacuran itu Lakshmi ternampak seorang wanita Mat Salleh (dilakonkan oleh Gillian Anderson, Heroin Series X-FILES) dan dia cuba memberi isyarat kepada Gillian bagi meminta bantuan. Tanpa berlengah Gillian terus mengambil foto Lakshmi dari jauh.

Apakah yang terjadi seterusnya? Siapakah gerangan wanita yang mengambil foto Lakshmi itu sebenarnya? Adakah Lakshmi dan gadis-gadis lain akan dapat menyelamatkan diri dari cengkaman “Rumah Neraka” itu??

Yang pasti filem ini bukanlah mudah untuk dihadam semua orang kerana banyak adegan dalam filem ini melibatkan exploitasi penjualan tubuh gadis² bawah umur di India.

🔞Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.

JUMPA LAGI DI ARTIKEL LAIN PADA MINGGU HADAPAN UNTUK ULASAN FILEM-FILEM BERDASARKAN DARI KISAH/KEJADIAN SEBENAR

Baca Lagi: Attack On Titan Anime Yang Paling Kejam

Baca Juga: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar