Home Entertainment 3 Idola K-Pop Wanita Ini Membuktikan Kulit Mereka Sama Seperi Orang Biasa

3 Idola K-Pop Wanita Ini Membuktikan Kulit Mereka Sama Seperi Orang Biasa

0

Seperti yang kita tahu, ‘beauty standard’ untuk idola K-Pop adalah sangat tinggi, terutamanya artis wanita. Oleh itu, gambar dan video mereka akan di-edit dan pencahayaan yang bagus perlu ada supaya kulit mereka kelihatan sempurna tanpa sebarang cela.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak idola yang menghadapi masalah dengan kulit mereka dan tiada apa yang perlu dimalukan!

Melihat mereka juga mempunya jerawat, parut dan lain-lain membuatkan mereka kelihatan lebih real dan kita sebagai peminat juga boleh kaitkan masalah ini dengan mereka. Berikut 3 idola wanita dan masalah kulit mereka:

 

1. Eunchae (LE SSERAFIM)

unnamed 1 5

Eunchae, sebagai ahli termuda LE SSERAFIM, dengan cepat menerima pujian untuk visualnya yang segar dan menarik. Dan dia berhak mendapat pujian, kerana dia sangat cantik!

Dalam temu bual video pra-debut dengan ahli LE SSERAFIM, bagaimanapun, sesetengah orang menyatakan bahawa kulit Eunchae tidak begitu cerah atau berseri seperti yang muncul dalam teaser/ muzik video yang telah disunting.

Maknae LE SSERAFIM juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, apabila jerawat di belakang badannya kelihatan ketika melakukan persembahan di atas pentas.

Sekali lagi, ini bukan perkara yang perlu dimalukan dan ini sememangnya normal untuk remaja.

unnamed 2 4

2. Winter (AESPA)

unnamed 3 2

Dari sebelum debut, ramai orang tertarik dengan visual Winter. Tidak hairanlah dia menjadi visual kumpulannya itu juga!

Secantik-cantik Winter, dia tidak terlepas daripada masalah kulit, dan ia tidak mengapa! Masalah ini telah didedahkan semasa di MAMA 2021. Winter mempunyai  masalah jerawat yang kelihatan di wajahnya dan ia tidak dapat ditutup sepenuhnya dengan solekan.

unnamed 4 2

Isu ini mungkin disebabkan oleh tekanan dan sentiasa memakai makeup, yang cukup untuk membahayakan kulit sesiapa sahaja. Jerawat dalam situasi seperti itu adalah perkara biasa, dan tiada apa perlu dimalukan!

3. Sakura (LE SSERAFIM)

unnamed 5 2

Dengan mata yang besar, badan yang kurus dan seperti anak patung, tidak hairanlah Sakura menjadi visual rasmi kumpulan IZ*ONE.

Walau bagaimanapun, Sakura masih mempunyai ketidaksempurnaan! Dalam video pra-debut LE SSERAFIM yang sama yang disebut sebelum ini untuk Eunchae, beberapa peminat berkata Sakura mempunyai eye bag yang besar dan juga tulang pipi yang sedikit cekung, yang menyebabkan orang ramai bimbang jika dia bekerja terlalu kuat.

Dalam video lain yang disiarkan di saluran YouTube peribadinya, Sakura menunjukkan mukanya  tanpa solekan. Tanpa solekan, dia masih kelihatan sangat cantik dan awet muda.

Walau bagaimanapun, peminat memujinya kerana dia berani menunjukkan muka tanpa solekannya di YouTube, dan ini benar-benar menunjukkan bahawa dia seorang yang cantik luar dan dalam!

Sumber: [1]