Home Kdrama/Kmovie 3 Kdrama Popular Tentang Balas Dendam Yang Digilai Ramai

3 Kdrama Popular Tentang Balas Dendam Yang Digilai Ramai

0

Kdrama Marry My Husband telah menjadi bualan hangat dan perbincangan di media sosial sejak tayangan perdana pada 1 Januari 2024. Kdrama Park Min Young dan Na In Woo tersebut menampilkan cerita dengan genre makjang yang dibaluti kisah penjelajahan waktu ke masa lalu dan disertai dengan kisah pembalasan dendam.

Lebih menarik lagi apabila Kdrama Marry My Husband ini mempunyai tema yang sama dengan 2 drama Korea yang juga tidak kurang popularnya iaitu “Perfect Marriage Revenge” dan “My Happy Ending”.

Bagi anda yang mungkin belum boleh “move-on” atau ada yang belum tonton lagi, mari baca ulasan dibawah tentang 3 Kdrama popular ini!

1. PERFECT MARRIAGE REVENGE (2023)

IMG 6137

Drama Korea “Perfect Marriage Revenge” telah menamatkan episod akhirnya pada 3 Disember 2023 lalu dengan dibintangi oleh Sung Hoon, Jung Yoo Min, Jin Ji Hee, dan Lee Min Young.

Perfect Marriage Revenge merupakan drama bergenre romantik, fantasi, serta diwarnai dengan adegan mencemaskan yang membawa penonton untuk menyaksikan aksi pembalasan dendam.

Perfect Marriage Revenge merupakan drama yang diadaptasi dari Webtoon bertajuk “Wanbyeokhan Gyeolhonui Jungseok” karya Young dan Lee Beom Bae yang diterbitkan melalui Naver pada 2021 lalu. Ia juga pernah menerima hadiah utama dalam Naver Earth 2019 dan melangkaui 9 juta penayangan ketika itu.

Ia adalah drama balas dendam Han Yi Joo, seorang wanita yang memilih perkahwinan kontrak untuk membalas dendam terhadap suami dan keluarganya.

Perfect Marriage Revenge menyoroti kisah seorang wanita bernama Han Yi Joo (Jung Yoo Min) yang merupakan seorang pelukis. Han Yi Joo telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga chaebol yang menjalankan perniagaan besar Hanwool Financial Group.

Walaupun dihujani dengan kekayaan, Han Yi Joo tidak dikasihi kedua ibubapa angkatnya. Dia selalu diketepikan oleh keluarganya, hingga akhirnya Han Yi Joo pun berkahwin dengan Jung Se Hyeok. Namun, Han Yi Joo mendapat tahu bahawa suaminya itu sebenarnya mencintai kakak tirinya, Han Yoo Ra.

Setelah mengetahui fakta tersebut, pada hari yang sama Han Yi Joo terlibat dalam kemalangan kereta dan meninggal dunia. Entah bagaimana Han Yi Joo terbangun dan menemukan dirinya kembali ke masa lalu ketika masih menjadi tunang kepada Jung Se Hyeok.

Dengan peluang kehidupan kedua yang diberikan, Han Yi Joo nekad ingin mengubah jalan hidupnya, dia pun mula mengatur strategi membalas dendam dan membatalkan pertunangannya dengan Jung Se Hyeok.

Sebagai gantinya, Han Yi Joo mendekati Seo Do Kook (Sung Hoon), yang merupakan cucu konglomerat yang bakal mengawini kakak tirinya itu. Han Yi Joo mencadangkan perkahwinan kontrak dengan Seo Do Kook walaupun harus menerima pelbagai risiko dan rintangan. Namun seiring berjalannya waktu, Han Yi Joo ingin perkahwinannya menjadi sah dari segi undang-undang.

Baca lagi: Adakah Episod Akhir 12 “Perfect Marriage Revenge” Sama dengan Webtoon?

2. MARRY MY HUSBAND (2024)

IMG 6136

Drama yang diadaptasi dari webtoon popular ini mengisahkan tentang Kang Ji Won (Park Min Young) seorang isteri yang sedang sakit tenat kerana penyakit kanser harus berhadapan dengan konflik rumahtangganya apabila suaminya Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) telah berlaku curang dan bermain kayu tiga dibelakangnya bersama sahabat baiknya sendiri, Jung Soo Min.

Si suami, demi mempertahankan hubungan skandalnya dan mengetahui bahawa dia bakal mewarisi harta kekayaan dari hasil insurans nyawa isterinya, sanggup membunuh isterinya. Akhirnya Kang Ji Won mati ditangan suaminya sendiri.

Namun satu kejadian aneh dan keajaiban berlaku setelah Kang Ji Won dibunuh, tiba-tiba dirinya kembali ke dunia masa lalu iaitu 10 tahun yang lepas pada tahun dia bakal berkahwin dengan Park Min Hwan.

Kerana ingatan serta memorinya masih ada tentang apa yang bakal berlaku di masa hadapannya kelak, Kang Ji Won bertekad untuk melancarkan misi membalas dendamnya terhadap suaminya itu. Dia mengubah penampilannya dan menjadi seorang wanita muda yang berani, cantik dan berkeyakinan tinggi.

Untuk misi membalas dendamnya, Kang Ji Won tidak bersendirian, dia telah menjalinkan hubungan dengan ketua jabatan yang bekerja di syarikat yang sama dengannya, Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) yang mana kemudian turut membantu Kang Ji Won dalam usaha membalas dendamnya.

Kdrama siri ini telahpun menamatkan tayangan episod akhirnya pada 20 Februari 2024.

Baca juga: 6 Pengakhiran Watak-Watak Jahat dalam Marry My Husband Versi Webtoon, Bakal Sama dengan Drama?

3. MY HAPPY ENDING (2024)

Kdrama

Kdrama ”My Happy Ending” juga dikenali sebagai My Happy End, ialah sebuah drama diselubungi misteri, diterbitkan oleh pengarah Jo Soo Won dengan genre thriller psikologi.

Kdrama My Happy Ending dibintangi beberapa bintang Korea terkenal seperti Jang Na Ra, Son Ho Jun, So E Hyun, dan Lee Ki Taek.

Seo Jae Won (Jang Na Ra) ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat perabot yang mempunyai jualan berjuta-juta dolar setiap tahun. Dia juga seorang pengaruh media sosial dengan lebih satu juta pengikut.

Bagi semua orang di sekelilingnya, Seo Jae Won (Jang Na Ra) nampaknya dikurniakan kehidupan yang sempurna, baik secara peribadi mahupun profesional. Secara profesional, Jae Won bukan sahaja Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perabot berjuta-juta dolar tetapi juga pengaruh media sosial yang sangat popular dan mempunyai sejuta lebih pengikut.

Sama-sama berjaya dalam kehidupan peribadinya, Jae Won telah berkahwin, mempunyai anak perempuan dan hidup bahagia dengan Heo Soon Young (Son Ho Jun), seorang pereka bebas, profesor reka bentuk perindustrian. Suaminya seorang yang baik hati dan sentiasa mengutamakan keluarga.

Tetapi kebahagian dan kejayaan dalam hidup Jae Won mula berubah menjadi tidak selesa selepas dia berhubung semula dengan rakan sekelas lama universiti, Kwon Yoo Jin (So Yi Hyun)

Setelah lulus dari jabatan seni yang sama, Yoo Jin dan Jae Won pernah rapat tetapi masa dan keadaan telah membawa mereka ke jalan yang sangat berbeza. Kini bercerai, dia melalui masa yang sukar dengan perceraian dan kerjayanya tidak lama lagi pudar. Selepas dia berhubung semula dengan Seo Jae-Won, dia iri dengan kehidupannya yang hampir sempurna.

Tidak lama selepas bersatu semula dengan Yoo Jin, kehidupan Jae Won yang sempurna mula runtuh apabila dia mengetahui orang yang paling rapat dengannya telah menyembunyikan kebenaran yang mengerikan.

Kecurigaannya tidak terhenti disitu sahaja, bapa tiri yang disayanginya juga berkemungkinan terlibat dengan kematian ibunya. Rakan sekerjanya Jae Won pula yang merupakan seorang pereka, Yoon Te O (Lee Ki Taek) ternyata adalah lelaki misteri yang telah mengintainya selama 7 tahun kebelakangan dan cuba membunuhnya.

Jae Wong dikhianati oleh orang yang dipercayainya, sangat disayanginya dan dia berhadapan dengan rahsia yang disembunyikan oleh orang sekelilingnya.

Sejumlah 16 episod, Kdrama My Happy Ending telahpun menamatkan tayangan episod akhirnya pada 26 Februari 2024.

Baca lagi: Episod 15 dan 16, “My Happy Ending”, Adakah Pengakhiran Bahagia Untuk Jang Na Ra?

Antara 3 Kdrama hebat diatas, yang mana satukah merupakan drama kegemaran anda? Kalau min, min suka ketiga-tiganya kerana masing-masing menampilkan keunikan dan plotnya tersendiri walaupun membawa tema yang sama.

Baca lagi: “Wedding Impossible’, Kdrama Adaptasi Novel Web Popular Tayang di Prime Video Bermula 26 Februari
Baca juga: Kdrama Baru tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa “Family Plan” Bakal Tayang 2024 Ini