Manhwa, iaitu komik dari Korea Selatan, semakin mendapat tempat di hati pembaca kerana jalan ceritanya yang menarik serta ilustrasi yang memukau. Ramai peminat manhwa memilih karya berdasarkan genre kegemaran mereka atau penulis yang mereka minati.
Salah seorang pengarang terkenal dalam dunia manhwa ialah Solche, yang dikenali dengan kisah-kisah watak lelaki utama (ML) yang memiliki sifat ‘red flag’ tetapi tetap tergila-gilakan watak utama perempuan (FL). Konsep ini menjadikan karyanya penuh dengan ketegangan, konflik emosi, dan kisah percintaan yang sukar diduga.
Berikut adalah tiga manhwa karya Solche yang wajib masuk dalam senarai bacaan anda!
1. Bastian
Seperti tajuknya, manhwa ini mengisahkan Bastian Klauvitz, seorang kapten tentera laut yang kaya raya tetapi bukan dari golongan bangsawan. Demi mencapai cita-citanya, Bastian membuat perjanjian perkahwinan kontrak dengan Odette von Dysen, seorang puteri bangsawan yang jatuh miskin tetapi masih memiliki darah keturunan diraja.
Namun, dalam perkahwinan ini, Bastian bersikap seperti seorang diktator, manakala Odette terpaksa menurut segala arahannya demi memastikan kontrak mereka berjalan dengan lancar. Mereka bersetuju untuk bercerai selepas dua tahun, dengan Bastian memberikan pampasan kepada Odette.
Tetapi, adakah mereka benar-benar akan menamatkan hubungan itu, atau perasaan mereka akan berubah sepanjang tempoh perkahwinan tersebut?
Tarikan utama: Hubungan kontrak yang penuh dominasi, ketegangan emosi, dan persoalan sama ada cinta boleh tumbuh di tengah kawalan yang ketat.
2. The Problematic Prince
Karya kedua ini mengisahkan Erna Hardy, seorang gadis desa yang pergi ke ibu kota dengan harapan dapat mendapatkan pertolongan daripada ayahnya untuk menyelamatkan rumah peninggalan datuknya. Namun, bukan bantuan yang dia terima, tetapi pengkhianatan, ayahnya menjadikannya sebagai barang dagangan dalam ‘pasar perkahwinan’.
Secara tidak sengaja, Bjorn Dniester, bekas putera mahkota yang digelar ‘Cendawan Beracun Diraja’, tertarik dengan Erna. Bjorn menggunakan Erna sebagai alat untuk menjauhkan diri daripada bekas isterinya, seorang puteri diraja yang mahu kembali kepadanya.
Dari hubungan yang bermula atas dasar manipulasi, adakah Bjorn dan Erna akan menemui cinta yang sebenar?
Tarikan utama: Penuh dengan politik diraja, permainan kuasa, dan hubungan yang kompleks antara dua individu dari dunia berbeza.
3. Cry, or Better Yet, Beg
Manhwa terbaru Solche ini bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang mendebarkan, tetapi juga dilukis oleh pelukis terkenal, VAN JI, menjadikannya satu karya dengan ilustrasi yang memukau dan berkualiti tinggi.
Kisah ini mengikut perjalanan Leyla Llawellyn, seorang gadis yatim piatu yang membesar di Arvis, wilayah yang dimiliki oleh Kekaisaran Berg. Kehidupannya di Arvis terasa seperti syurga, sehinggalah dia bertemu dengan Matthias von Herhardt, penguasa wilayah tersebut.
Di mata orang lain, Matthias ialah seorang lelaki yang sempurna. Namun, di sebalik imejnya yang elegan, tersembunyi sifat obsesi yang menakutkan. Arvis yang dahulu terasa seperti rumah bagi Leyla kini berubah menjadi sangkar emas yang menjeratnya.
Adakah Leyla akan menyerah kepada Matthias yang dominan dan penuh obsesi, atau dia akan mencari jalan keluar?
Tarikan utama: Kisah obsesi, kuasa, dan cinta yang berbahaya, dengan hero yang mempunyai sifat mengawal tetapi tidak dapat melepaskan gadis yang dicintainya.
Ketiga-tiga manhwa ini menampilkan watak lelaki utama yang mendominasi tetapi tetap setia, sanggup berbuat apa sahaja demi wanita yang mereka cintai. Dengan gabungan kisah penuh emosi, konflik, dan percintaan yang rumit, manhwa karya Solche memang sukar untuk dilepaskan.
Antara ketiga-tiga manhwa ini, yang mana satu menarik perhatian anda?