Home Entertainment 3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal

3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal

0

Pelakon-pelakon drama bersiri TV Korea Selatan menjadi kegilaan ramai dan sangat popular di seluruh dunia ketika ini.

Pesona mereka tidak dapat dinafikan apabila setiap drama TV lakonan mereka mencapai rating tertinggi setiap minggu.Mereka bukan sahaja ditonton oleh peminat Korea Selatan sahaja, malahan mereka turut dinanti-nantikan di depan skrin oleh seluruh dunia.

Peminat-peminat mereka bertambah saban tahun seiring dengan lambakan Kdrama berkualiti yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sambutan baik dari para peminat ini juga merupakan salah satu sebab setiap produser TV mahukan khidmat mereka sebagai pelakon utama dan sanggup membayar mereka semua dengan jumlah bayaran yang sangat lumayan.

Sangat banyak Kdrama yang menjadi tumpuan di seluruh dunia, sebagai contoh siri Netflix Squid Game yang telah mencatat rekod penstriman luar biasa hebat buat platform Netflix. Squid Game baru sahaja satu contoh yang dipetik, realitinya banyak lagi siri Kdrama ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia.

Kecemerlangan Kdrama telah menghasilkan ramai pelakon berbakat besar dengan bayaran lumayan dan mereka mengumpul harta kekayaan dengan mempamerkan pesona dan bakat besar mereka.

Berikut merupakan nama-nama besar dalam industri drama siri TV dari Korea Selatan dan jumlah bayaran yang mereka terima dan mereka bertiga ini merupakan pelakon drama Korea dengan bayaran termahal:

A86472B2 D245 440A B99A D2812C6AECD01) Kim Soo-hyun
Pemenang dua anugerah Grand Bell Awards (anugerah paling berprestij di Korea Selatan) ini adalah antara nama paling besar dalam industri hiburan di Korea Selatan. Kim Soo-hyun melakar nama sebagai aktor paling mahal di negara itu apabila dia menerima bayaran sebanyak USD 423,000 untuk 1 episod One Ordinary Day pada tahun 2021.

One Ordinary Day merupakan sebuah remake dari siri BBC iaitu Criminal Justice.
Kim Soo-hyun memulakan kariernya melalui drama bersiri Kimchi Cheese Smile pada tahun 2007 dan terus menempa nama dalam beberapa siri drama popular lain seperti Dream High (2011-2012), Moon Embracing The Sun (2012), My Love From The Star (2013-2014).

 

4D38EA6A 0B5F 4FB8 823D 8DD4CD4BFB5D2) Lee Jung-jae
Lee Jung-jae lebih aktif berlakon dalam filem berbanding siri drama TV. Walau bagaimanapun, sesekali aktor itu muncul di kaca TV, para penonton pasti terpaku dan terpesona. Lee Jung-jae membawa kejayaan besar kepada siri Netflix 2021 iaitu Squid Game.

Populariti melampau dan luar biasa Squid Game menjadi punca Lee Jung-jae memenangi anugerah pelakon terbaik di Critic Choice.

Pelakon hebat ini dilaporkan telah dibayar sebanyak USD 248, 000 untuk 1 episod dalam drama siri Squid Game. Walaupun tanpa Squid Game, Lee Jung-jae tetap merupakan salah seorang pelakon terhebat di Korea Selatan. Filem-filemnya kebanyakan mencipta rekod komersial terbaik dan memberangsangkan. Antara filem-filem lakonannya ialah Over the Rainbow (2002), New World (2013), The Face Reader (2013) dan juga Deliver Us from Evil (2020).

6719C43D 8557 4334 A31B EC6EDB375F8A

3) Song Joong-ki
Song Joong-ki bersinar-sinar dalam siri drama Vincenzo (2021). Pada tahun yang sama pelakon ini juga sukses dan mendapat pujian tinggi untuk lakonannya dalam filem Space Sweepers. Song Joong-ki dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD 170, 000 untuk 1 episod bagi drama siri Vincenzo.

Antara drama dan filem yang dilakonkan oleh aktor kacak ini ialah A Werewolf Boy (2012), The Battleship Island (2017) dan juga Arthdal Chronicles (2019).

Baca Lagi: Paris Hilton Dan Suami Umum Kelahiran Anak Pertama

Baca Juga: Bruce Willis Menderita Penyakit Afasia