Home Artis Korea 3 Pelakon Korea ini Lakar Sejarah, Filem Pertama Lakonan Mereka Langkau 10...

3 Pelakon Korea ini Lakar Sejarah, Filem Pertama Lakonan Mereka Langkau 10 Juta Penonton

0

Untuk memperolehi sepuluh juta penonton di pawagam tentu bukanlah perkara yang mudah dicapai bagi sesebuah filem. Pencapaian tersebut menunjukkan bahawa filem yang berjaya menarik 10 juta penonton ini memiliki populariti yang sangat tinggi dan berjaya mencuri perhatian di pasaran.

Untuk pasaran filem Korea Selatan, memang sudah ada beberapa buah filem yang berjaya menembusi sepuluh juta penonton.

Namun, pada umumnya filem-filem tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon veteran dengan jalan cerita yang matang penuh dengan plot twist.

3 pelakon orang Korea dibawah ini sangat bertuah kerana debut pertama mereka dalam dunia filem sangat berjaya. Siapa sangka filem pertama lakonan mereka berjaya menarik lebih dari 10 juta penonton. Siapakah mereka?

 

1. Kim Soo Hyun

PelakonMemiliki populariti yang sangat tinggi selepas membintangi drama Dream High (2011) dan The Moon That Embraces the Sun (2012), Kim Soo Hyun debut dalam dunia filem dan layar perak melalui The Thieves (2012). Dalam filem ini dia bergandingan dengan pelakon-pelakon senior seperti Kim Yoon Seok, Kim Hye Soo, Lee Jung Jae, Jun Ji Hyun, dan lain-lain.

Filem bergenre aksi komedi ini berjaya mengumpulkan 12.9 juta penonton pawagam. Dalam filem ini, Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Zampano iaitu seorang pencuri profesional. Dia berkomplot dengan Popie (Lee Jung Jae), Yenicall (Jun Ji Hyun), dan Chewingum (Kim Hae Sook).

Filem tersebut membuatkan Kim Soo Hyun dicalonkan dalam kategori Best New Actor di 21st Buil Film Awards dan 33rd Blue Dragon Film Awards. Pelakon ini memenangi kategori Popularity Award di 33rd Blue Dragon Film Awards.

Baca juga: Kdrama Baru Knock Off, Menyaksikan Jo Bo Ah sebagai Cinta Pertama Kim Soo Hyun

2. Im Si Wan

ad8c7854 a96c 4d82 8b72 cc6022ec7476Im Si Wan memulakan debut lakonannya melalui drama The Moon That Embraces the Sun (2012) dengan membawa watak versi muda bagi watak Heo Yeom. Setahun kemudian, dia melakukan debut filem layar perak dengan turut membintangi The Attorney (2013). Dia membawa watak sebagai Park Jin Woo, seorang aktivis pelajar.

Filem ini diinspirasikan dari kisah benar kes Burim yang terjadi pada tahun 1981. Semasa pemerintahan Chun Doo Hwan terdapat 22 irang murid, guru, dan pekerja pejabat yang menyertai kelab buku telah ditahan tanpa waran kerana dituduh terlibat dengan Korea Utara.

The Attorney (2013) memenangi banyak anugerah khususnya dalam kategori Best Film untuk 50th Baeksang Arts Awards dan 35th Blue Dragon Film Awards. Semasa tayangan filem ini di pawagam, filem ini berjaya meraih lebih dari 11.37 juta jualan tiket.

Baca juga: Im Siwan menjadi Budak Kampung yang Naif dan Kelakar dalam “Boyhood”

3. Lee Do Hyun

c927d5e2 520c 4e04 9268 9aa631c14a3fExhuma (2024) yang baru-baru ini meletup dan menjadi bualan ramai merupakan filem debut layar perak dari Lee Do Hyun. Filem ini dibintangi bersama Kim Go Eun, Choi Min Sik, dan Yoo Hae Jin. Membawa genre okultisme, dalam filem ini Lee Do Hyun membawa watak sebagai dukun tampan bertatu yang bernama Bong Gil.

Filem ini ditayangkan di Korea Selatan pada 22 Februari 2024 dan mendapat 11.88 juta penonton.

Pada acara Baeksang Arts Awards yang berlangsung pada 7 Mei lalu, Exhuma (2024) memenangi anugerah untuk kategori Best Director (Jang Jae Hyun), Best Actress (Kim Go Eun), Best New Actor (Lee Do Hyun), dan Technical Award (Kim Byung In). Lee Do Hyun sendiri sebelum ini pernah menerima anugerah Best New Actor di Baeksang Arts Awards 2021 untuk penampilannya dalam drama 18 Again (2020).

Ketiga-tiga pelakon lelaki tersebut memang berbakat besar dan selalu menunjukkan lakonan mereka yang berkesan. Bahkan, projek lakonan yang mereka bintangi juga selalu viral dan meraih kejayaan besar.

Baca lagi: 8 Watak Isteri Impian dalam Drama Korea 2024, Baik Hati dan Penyayang
Baca juga: Knetz Tidak Tenang, BTS Kini Berdepan Siasatan Dakwaan Manipulasi Carta