Home Artis Korea 3 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Dituduh Rampas Kekasih Orang, Kaki Sailang

3 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Dituduh Rampas Kekasih Orang, Kaki Sailang

0

‘Orang ketiga’ kembali menjadi topik panas di Korea. Menyusul gosip tentang percintaan antara Han So Hee dan pelakon lelaki Ryu Jun Yeol, bekas teman lelaki Hyeri! Khabar angin semakin memuncak kerana sebelum ini kedua-dua pelakon wanita itu disyaki saling sindir-menyindir melalui Story Instagram.

Sementara itu, Han So Hee nampaknya tidak bernasib baik. Pelakon itu sedang dicemuh di seluruh korea. Bukan hanya Han So Hee, sebelum ini dua orang pelakon wanita lain juga pernah dituduh merebut kekasih orang lain. Siapakah mereka?

 

1. Jo Yoon Hee

KoreaHubungan Jo Yoon Hee dengan Lee Dong Gun dihidu media pada bulan Februari 2017. Mereka dilaporkan terlibat dengan cinta lokasi apabila bekerjasama dalam satu projek drama iaitu Wolgyesu Tailor Shop (2016). Namun, hubungan tersebut dikatakan sebagai hubungan curang oleh orang ramai.

Masalahnya, seminggu sebelum gosip mereka memanas, Lee Dong Gun diberitakan putus dengan Park Ji Yeon anggota T-ARA selepas mereka menjalin hubungan selama dua tahun. Agensi menyatakan dua selebriti itu mengakhiri hubungan kerana jadual mereka yang padat.

Lebih mengejutkan, dua bulan kemudian pada Mei 2017 Jo Yoon Hee dan Lee Dong Gun dilaporkan sedang mendaftarkan perkahwinan mereka. Masih ditahun yang sama, di bulan September mereka mengadakan majlis perkahwinan. 3 tahun berlalu Jo Yoon Hee dan Lee Dong Gun rasmi bercerai. Banyak netizen yang kemudian berpendapat bahawa itu adalah balasan akibat perbuatan masa lalu.

Baca juga: 10 Pelakon Korea ini Berjaya Bawa watak Suami dengan Baik dalam Kdrama 2024 walau Mereka Masih Bujang

2. Kwon Mina

b5ffbb82 9eac 4c4b 8c08 028a03e0414fTuduhan kepada Kwon Mina terjadi tahun 2021. Waktu itu Mina sedang hangat mencanangkan hubungannya dengan teman lelakinya. Dia berkongsi sekeping gambar di Instagram peribadinya. Namun, hantaran tersebut terus menimbulkan kontroversi.

Gambar tersebut menjadi perbincangan hangat di laman Pann dengan tajuk “Teman lelaki kwon Mina adalah teman lelaki kawan saya yang curang”. Netizen yang membuka forum juga menghantar beberapa bukti tangkap layar perbualan DM antara Mina dengan teman lelaki kawannya.

Untuk meredakan keadaan, Mina membuat sebuah hantaran yang panjang. Dia membantah dakwaan bahawa dia merebut kekasih orang lain dan menjelaskan bahawa dia menjalin hubungan apabila teman lelakinya telah putus dengan bekas kekasihnya.

Baca juga: Han So Hee Kembali Menulis Kenyataan Panjang Lebar, Kecewa Ryu Jun Yeol Berdiam Diri

3. Han So Hee

893da4f2 4939 4ef4 8d78 b1ebf130abeeHan So Hee tertangkap sedang dilamun cinta oleh salah seorang netizen sewaktu dia sedang bercuti dengan Ryu Jun Yeol di Hawaii. Dalam hantaran netizen itu, dia mengaku terkejut melihat pelakon terkenal Korea itu sedang bersama di kawasan kolam renang sebuah hotel di Hawaii. Dengan menyertakan tanda pagar nama kedua-dua selebriti tersebut.

Tidak lama selepas itu, agensi Han So Hee dan Ryu Jun Yeol membantah gosip tersebut dengan menyatakan jika artis mereka sedang memenuhi jadual peribadi. Namun, situasi mengejutkan muncul. Bekas teman wanita Ryu Jun Yeol, pelakon wanita dan bekas anggota Girls Day iaitu Hyeri berkongsi sekeping gambar dengan tulisan “ini menarik.” Selepas itu dia juga berhenti mengikuti akaun milik Ryu Jun Yeol.

Baca juga: 22 Drama Korea Terbaik Dengan Rating Tertinggi 2023 Berdasarkan IMDb, Sudah Tonton Semua?

Situasi semakin tak terkawal kerana Han So Hee berkongsi meme di Instagram Story dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah tertarik dengan lelaki yang sudah mempunyai kekasih. Tetapi keesokan harinya, Han So Hee mengesahkan dia sedang hangat bercinta dengan Ryu Jun Yeol. Dalam hantarannya dia menyatakan bahawa hubungannya baru terjalin di awal tahun 2024. Han So Hee juga menjelaskan bahawa Hyeri dan Ryu Jun Yeol sudah putus di awal tahun 2023, namun berita baru disahkan ke media bahawa mereka putus pada November 2023.

Macam-macam bukan?!

Baca lagi: Hubungan Kandas Ditengah Jalan Selepas Umumkan Pada Orang Ramai, Nasib Sedih 7 Pasangan Artis Korea
Baca juga: Han So Hee Menarik Diri Dari Drama Adaptasi Webtoon ‘Delusion’ Di Mana Ryu Jun Yeol Sepatutnya Membawa Watak Utama Lelaki
Baca lagi: 7 Filem Korea Romantik Membariskan Artis Terkenal Bakal Tayang Tahun Ini