Drama Korea Marry My Husband (2024) merupakan adaptasi dari sebuah webtoon terkenal yang bertajuk sama karya Sung Sojak dal LICO. Seperti kebanyakan adaptasi webtoon yang lain, versi drama selalu menampilkan beberapa perbezaan sebagai fan service bagi pembaca-pembaca webtoon.
Baca juga: Bagaimanakah Versi Webtoon Marry My Husband berakhir? Samakah Dengan Versi Dramanya Nanti?
Dengan pelbagai variasi cerita, para pembaca karya original juga boleh mendapatkan sensasi ingin tahu tentang perkara-perkara yang sebelum ini tidak wujud dalam Webtoon.
Untuk anda yang ingin tahu, berikut ini adalah beberapa perkara dalam versi drama Marry My Husband yang tidak wujud dalam versi webtoon. Penambahan cerita dan adegan dari pasukan produksi drama ini membuatkan konflik semakin menarik.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Trauma Yu Ji Hyeok terhadap kemalangan yang terjadi pada masa depan
Dalam drama Marry My Husband, Yu Ji Hyeok (Na In Woo) tercampak ke masa lalu kerana sebuah kemalangan jalan raya. Dia meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Selepas itu, ayah Kang Ji Won (Park Min Young) datang dan memberikan hadiah kepada Yu Ji Hyeok yang berupa perjalanan kembali ke masa lalu.
Selepas kembali ke tahun 2013, Yu Ji Hyeok menyedari bahawa terdapat beberapa takdir yang tidak akan berubah, termasuk kematian. Kebenaran ini membuatkan Yu Ji Hyeok merasa ragu-ragu untuk menentukan sikap dan peranannya pada Kang Ji Won. Dia berfikir bahawa hidupnya tetap akan berakhir 10 tahun lagi dan tidak mahu Kang Ji Won merasa kehilangan.
Berbeza dengan versi drama, dalam webtoon, Yu Ji Hyeok tidak mengalami kemalangan. Dia sedang dalam perjalanan pulang dari majlis pengebumian Kang Ji Won, kemudian pemandu teksi membawanya ke masa lalu. Pemandu teksi itu tidak lain dan tidak bukan adalah ayah Kang Ji Won. Kerana tidak memiliki bebanan perasaan, Yu Ji Hyeok mencintai Kang Ji Won dengan sepenuh hati tanpa rasa ragu-ragu.
2. Perbezaan sikap Yu Han Il dan politik syarikat
Dalam versi webtoon, datuk Yu Ji Hyeok, Yu Han Il (Moon Sung Geun) hanya muncul sebentar sebagai seorang datuk yang penyayang yang menggantikan peranan bapa bagi cucunya itu. Dia sangat menghormati Kang Ji Won dan bersyukur kerana wanita itu boleh mengubah sikap cucunya. Yu Ji Hyeok yang pada awalnya berkelakuan seperti robot tanpa perasaan dan kini cucunya itu mampu memberi ekspresi dengan baik selepas mengenali Kang Ji Won.
Namun dalam versi drama, Yu Han Il melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap Kang Ji Won. Dia juga pernah merasa tidak senang dan serba tidak kena apabila Yu Ji Hyeok dengan lantang mengaku menyukai wanita itu. Pada waktu itu, Yu Han Il merancang untuk menjodohkan Yu Ji Hyeok dengan wanita lain atas alasan kepentingan perniagaan.
Di episod 10, Yu Han Il memutuskan untuk berjumpa dengan Kang Ji Won. Dia akhirnya merasa terpesona dengan kebijaksanaan wanita itu. Namun dari segi politik perniagaan, perkahwinan pilihan keluarga untuk Yu Ji Hyeok tetap tampak sukar untuk untuk dihentikan.
3. Perkahwinan yang diatur untuk Yu Ji Hyeok
Dalam versi drama, Yu Ji Hyeok dipaksa untuk berkahwin oleh datuknya dengan seorang wanita yang bernama Oh Yura. Oh Yura adalah anak kepada rakan perniagaan Yoo Han Il. Perkahwinan mereka merupakan perkahwinan politik demi kepentingan syarikat. Oh Yura akan menjadi villain dalam Marry My Husband.
Namun, Yu Ji Hyeok mungkin akan menolak aturan perkahwinan ini. Konflik dengan Oh Yura dan keluarganya belum terjadi. Namun dengan adanya watak baru ini, konflik baru tentunya akan muncul.
Perkara ini berbeza dengan versi webtoon, dimana rintangan kisah cinta Kang Ji Won hanya muncul dari Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) dan Jeong Soo Min (Song Ha Yoon) sahaja.
Tiga perkara baru ini membuatkan jalan cerita drama siri Marry My Husband semakin menarik. Jangan lupa untuk Marry My Husband yang ditayangkan di Prime Video ya!