Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Your Honor”, Kisah Dilema Moral Antara...

3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Your Honor”, Kisah Dilema Moral Antara Tugas dan Pertalian Darah

0

Apakah yang akan terjadi jika seorang hakim yang terkenal kerana sangat jujur dan selalu menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan tapi akhirnya terpaksa berpaling tadah dan berusaha menutup kes undang-undang dan jenayah yang melibatkan anaknya sendiri?

Itulah intipati utama premis cerita Your Honor, drama Korea yang baru sahaja ditayangkan di ENA pada 12 Ogos 2024 baru-baru ini. Siri ini terdiri daripada sepuluh episod dan akan disiarkan dua kali seminggu pada hari Isnin dan Selasa di ENA dan Genie TV. Setiap episod akan berdurasi satu jam.

Drama Korea terbaru “The Honor”, antara drama yang ditunggu-tunggu peminat siri thriller. Drama ini mengisahkan dua bapa dari dunia berbeza yang akan melakukan apa sahaja untuk anak lelaki masing-masing.

Kedua bapa ini memutuskan untuk menjadi raksasa untuk anak-anak mereka. Song Pan Ho (Son Hyun Joo), yang merupakan seorang hakim, menutup tindakan jenayaha anaknya, Song Ho Young (Kim Do Hoon).

Song Ho Young secara tidak sengaja melanggar Kim Sang Hyun (Shin Ye Chan OMEGA), anak kepada Kim Gang Heon (Kim Myung Min). Sementara itu, Kim Gang Heon sedang memburu siapa yang menyebabkan anaknya mati. Dalam dua episod pertama yang telah ditayangkan, setiap watak utama telah ditunjukkan jenis konflik yang mereka hadapi.

Setakat ini belum ada maklumat lebih lanjut mengenai platform streaming yang menayangkan Your Honor, tetapi untuk tayangan di Malaysia, drama Korea ini boleh ditonton secara atas talian di platform Astro Go.

Sebelum itu, mari sama-sama lihat beberapa perkara menarik tentang drama Korea terbaru ini.

1. Digarap oleh pengarah lagenda

IMG 8021

Untuk drama Your Honor ini, Yoo Jong Seon diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi pengarah. Dia sebelum ini telah mengarahkan beberapa buah siri popular seperti What’s Wrong Secretary Kim, Descendants of the Sun, Pale Moon, dan juga Secret Royal Inspector Joy & Joy.

2. Pentas kemunculan Kim Myung Minc4c13809 9e9a 412a a42c ca3b9cd3a784

Your Honor menyaksikan kemunculan perdana bagi Kim Myung Min selepas menyepikan diri selama tiga tahun. Dia kali terakhir melibatkan diri dalam dunia Kdrama sebagai pelakon adalah melalui drama garapan JTBC bertajuk Law School yang ditayangkan pada tahun 2021.

Dalam projek terbarunya ini, pelakon hebat ini membawa watak sebagai ketua organisasi jenayah (Mafia) yang bernama Kim Kang Heon. Lelaki yang digambarkan bersifat dingin yang akan berusaha mengungkap kebenaran di sebalik kematian anak lelakinya yang mati disebabkan oleh anak seorang hakim terkenal.

3. Barisan pelakon profesional dan popular

Your honor

Son Hyun Joo yang membawa watak sebagai hakim Song Pan Ho, pelakon ini banyak berlakon dalam drama Korea thriller, misteri, aksi, dan juga sageuk. Tahun ini dia juga turut terlibat dalam drama popular ‘Captivating the King’.

Kim Do Hoon yang membawa watak sebagai Song Ho Young tahun ini membintangi drama Korea ‘The Escape of the Seven 2’ dan filem layar perak ‘Handsome Guys’.

Heo Nam Jun yang membawa watak sebagai Kim Sang Hyuk, pada tahun ini dia juga sibuk dengan pelbagai projek. Dia membintangi ‘The Impossible Heir’ dan ‘Sweet Home 3’.

Jung Eun Chae yang membawa watak sebagai pendakwa raya Kang So Young pada tahun ini nampaknya membintangi dua drama Korea yang masih ongoing iaitu ‘Your Honor’ dan akan datang ‘Pachinko 2’ serta filem ‘The Plot’.

Demikian sahaja beberapa perkara menarik untuk drama Korea Your Honor. Anda boleh menonton drama ini di saluran ENA dan juga Astro Go, sudah ditayangkan sejak 12 Ogos baru-baru ini, selamat menonton ya!

Baca lagi: The Tyrant adalah Kdrama dalam Universe sama dengan Filem The Witch, Begini Cara Tonton Ikut Turutan
Baca juga: Debaran Makin Terasa, 4 Kdrama Thriller Ini Bakal Menemani Anda Sepanjang Ogos 2024