Home Disney+ 3 Perkara Menarik Watak Detektif Kim Jae Young dalam The Judge from...

3 Perkara Menarik Watak Detektif Kim Jae Young dalam The Judge from Hell, Baik Tetapi Menyimpan Sisi Gelap

0

Kim Jae Young muncul sebagai pelakon utama dalam drama Korea terbaru baru garapan pasukan produksi SBS. Bertajuk ‘The Judge from Hell’, Kim Jae Young akan bergandingan dengan pelakon wanita popular Park Shin Hye sebagai pasangan watak utama.

Drama Korea The Judge from Hell ini mengusung genre fantasi, komedi, romantik, jenayah, dan misteri yang akan menampilkan jumlah tayangan 14 episod semuanya.

IMG 3136

Pihak produksi SBS bekerjasama dengan Disney Plus Hotstar telah menayangkan secara perdana drama Korea yang dinantikan ini pada 21 September 2024.

Dipetik dari laman rasmi Soompi pada 10 September 2024, berikut ini adalah 3
perkara menarik tentang watak yang dibawa oleh Kim Jae Young dalam drama Korea ‘The Judge From Hell’.

1. Kim Jae Young membawa watak sebagai Han Da On dalam The Judge from Hell

The judge from hell

Kim Jae Young membawa watak sebagai Han Da On, seorang detektif di unit jenayah berat. Anak muda ini mempunyai perwatakan yang baik dan sangat manis. Pasti disukai ramai penonton setia nanti!

2. Watak dan perwatakan Han Da On

92566667 bf67 4a86 b768 c29256d35c6b

Han Da On merupakan seorang detektif yang sangat penyayang, berhati baik dan pengasih, peka terhadap kesusahan orang lain, dan sangat lemah lembut. Dia juga sangat dikenali dengan daya pemerhatian dan pengamatan yang sangat tajam dan
merupakan antara detektif handal yang paling boleh diharap dalam pasukannya.

Han Da On juga mempunyai cita-cita dan dedikasi yang tinggi terhadap
pekerjaannya sebagai seorang detektif yang mahu menegakkan keadilan.

3. Rahsia Han Da On

IMG 3137

Walau anak muda ini dikenali sebagai seorang detektif yang sangat penyayang, Han Da On sebenarnya menyembunyikan luka pilu masa lalu yang membuatkan dia sangat emosional dan mudah tersentuh. Selain itu, Han Da On juga mempunyai sisi misteri yang membuatkan orang lain tertanya-tanya dan ingin tahu tentang kisah hidupnya.

Dalam The Judge from Hell, Han Do On bertemu dengan syaitan yang menyamar jadi hakim bernama Kang Bit Na (lakonan Park Shin Hye). Pertemuan antara Kang Bit Na dan Han Da On mencetuskan siri peristiwa tegang. Mereka mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik kes misteri dan menghentikan rancangan jahat penjenayah.

IMG 3139

Han Da On akhirnya mengetahui identiti Kang Bit Na sebagai syaitan, walaupun dia juga menyimpan rahsia besar; Han Da On telah membunuh tiga orang dan berjaya mengelak daripada hukuman.

Bagi anda yang belum lagi tonton, jangan terlepas dari menyaksikan episod 1 dan 2 yang telah ditayangkan pada 21 September 2024!

Baca lagi: 2 Episod Pertama Raih Rating Tinggi, The Judge from Hell, Park Shin Hye Ditugaskan Membawa Penjahat ke Neraka
Baca juga: 7 Perkara Menarik Tentang Watak Park Shin Hye dalam The Judge From Hell, Tayang 21 September Nanti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here