3 Sebab Mengapa Leftenan Lee Choon Ho dari “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Yang Hebat Dalam Kehidupan Sebenar
“Duty After School” yang baru ditayangkan baharu ini di Viu Malaysia telah memberikan para peminat kdrama banyak sebab untuk tidak melepaskan ia dari menjadi senarai tontonan wajib pada tahun ini.
Bintang yang dibarisi dari para pelakon pelajar sekolah menengah yang cemerlang, termasuk Kim Ki Hae, Choi Moon Hee dan Lee Yeon, misteri sfera asing dan usaha berterusan untuk menyelamatkan mangsa yang terselamat hanyalah sebahagian daripada sebabnya.
Tetapi ASET SEBENAR siri ini terletak pada watak Leftenan Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo). Leftenan Lee membuktikan berkali-kali bahawa dia bukan sahaja wira yang menyelamatkan para pelajar sekolah namun dia juga harus berdepan dengan tugas berat membimbing pelajar Sekolah Menengah Sungjin di tengah-tengah ancaman dan serangan makhluk asing.
Baca Lagi: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya
Berikut 3 sebab utama mengapa Leftenan Lee akan menjadi pasangan sebenar yang sempurna:
1. LEFTENAN LEE SEORANG YANG SETIA
Leftenan Lee menunjukkan kesetiaan kepada orang di sekelilingnya sejak awal lagi, bermakna dia akan menjadi teman lelaki yang berdedikasi. Anda hanya perlu melihat cara dia berdiri di hadapan kedua-dua guru Kelas 2, Park Eun Young (Lim Se Mi) dan rakan askarnya Kim Won Bin (Lee Soon Won) untuk menyaksikan sendiri komitmennya, sentiasa kekal teguh dan memberikan bantuan apabila diperlukan.
Ini juga menyebabkan dia dihormati orang-orang di sekelilingnya, terutamanya daripada juniornya, yang mengharapkan Ketua Platun mereka untuk sokongan setianya. Dia malah mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan bersedia menerima hukuman undang-undang tertib demi untuk menyelamatkan pelajarnya dan ini menunjukkan bahawa dia sanggup berkorban untuk membantu bakal teman wanita.
2. LEFTENAN LEE SEORANG YANG BERJIWA HALUS
Walaupun ketegangan tinggi yang berterusan dalam drama sci-fi ini, Leftenan Lee masih mempunyai peluang untuk menunjukkan rasa humor dan sisi keanakannya. Ia boleh digambarkan dalam Episod 5 dan sifat perihatinnya terhadap No Ae Seol (Lee Yeon). Bagaimanapun, nampaknya dia tidak menyedari salah seorang pelajar sangat menyukainya iaitu Cha So Yeon (Shin Su Hyun) tetapi secara lucu dan spontan dia mengelak dari dipersoalkan kehidupannya di luar tentera.
3. LEFTENAN LEE TIDAK MEMENTINGKAN DIRI
Sikap tidak mementingkan diri Leftenan Lee merupakan fokus utama sepanjang “Duty After School”, menjadikannya sumber inspirasi menjadi teman lelaki yang hebat! Dia mempertaruhkan nyawanya lagi dan lagi, daripada menggunakan dirinya sebagai perisai bagi melindungi para pelajar ketika mereka mencari perlindungan daripada sfera yang semakin agresif dan teratur.
Walaupun sikap tidak mementingkan diri Leftenan Lee adalah kualitinya yang paling menawan, ia juga boleh menjadi kelemahan terbesarnya. Sebagai wanita yang berpotensi menjadi teman wanitanya, ada kemungkinan wanita itu mengambil kesempatan ke atas kebaikan Leftenan Lee.
Sumber: Kpopmap
Tidak kira apa pun sebabnya, ternyata dan tanpa rasa ragu-ragu lagi, Leftenan Lee pastinya akan menjadi teman lelaki yang dicemburui dalam kehidupan sebenar.
RINGKASAN BIODATA:
Shin Hyun Soo ialah seorang pelakon Korea Selatan yang dilahirkan pada 8 Julai 1989, di Incheon, Korea Selatan. Dia belajar Drama di Universiti Dong Seoul, dan selepas memulakan lakonannya dalam drama pentas, dia membuat penampilan TV pertamanya dalam siri drama “My Beautiful Bride” pada tahun 2015. Dia kemudiannya muncul dalam siri bertajuk “Thumping Spike” (2016), “Welcome To Waikiki” (2018) dan “Welcome To Waikiki 2” (2019).
Nantikan “Duty After School” bahagian 2 yang bakal bersiaran pada 21 April ini, hanya berbaki lagi 4 episod. Pastinya semua peminat tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apakah pengakhiran siri ini nanti!
Baca Juga: Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang Disyaki Bercinta Di Dunia Nyata