Home Artis Korea Jung Hae In & Jisoo: 3 Topik HAESOO Terus Trending Setelah Hubungan...

Jung Hae In & Jisoo: 3 Topik HAESOO Terus Trending Setelah Hubungan Cinta Jisoo & Ahn Bo Hyun Disahkan

0

Jisoo BLACKPINK dan pelakon Ahn Bo Hyun disahkan sedang menjalin hubungan cinta.

Dipetik dari Dispatch, Ahn Bo-hyun kelihatan datang ke apartment Ji-soo yang berada di kawasan Yongsan. Tidak menunggu lama bagi agensi kedua-dua belah pihak untuk membenarkan khabar angin percintaan tersebut. Kedua-duanya rasmi adalah pasangan kekasih!

Namun ada yang lebih menarik!

Di platform X (Twitter) topik HAESOO menjadi trending setelah pengesahan hubungan cinta Ji-soo dan Ahn Bo Hyun.

Baca juga: D.P. Musim 2 – 4 Sebab Mengapa Perlu Tonton K-Drama Ini

Apakah itu HAESOO?

1. HAESOO adalah reaksi peminat apabila kapal Jung Hae In dan Jisoo yang karam

Ahn bo hyunSebelum disahkan bercinta dengan Ahn Bo Hyun, Ji-soo dipasangkan dengan Jung Hae In dalam drama Snowdrops (2021). Ramai peminat drama ini ingin kedua-dua watak utama kesayangan mereka benar-benar ‘berlayar’ di dunia nyata. Lagi-lagi dengan ending Kdrama Snowdrop yang sangat sedih.
Perkataan HAESOO sendiri adalah singkatan dari Jung Hae In dan Ji-soo.

Rupa-rupanya ramai peminat pasangan ini yang kecewa. Kapal HAESOO karam tanpa sempat berlayar. Semuanya adalah kerana hingga beberapa waktu terakhir juga media masih menghubungkan Ji-soo dengan Jung Hae In. Contohnya ketika tayangan perdana filem Smugglers (2023), kedua-duanya tidak sengaja datang dengan pakaian yang senada paduan biru-putih. Kenyataan mereka tidak mempunyai hubungan romantik membuatkan para peminat tambah kecewa.

Baca lagi: 8 Kdrama Popular Ahn Bo Hyun, Kekasih Jisoo BLACKPINK

2. Scam terbesar dalam dunia drama Korea

b5ecb2f0 65a5 49f5 ab58 7eb01d254636Peminat yang kecewa dengan karamnya kapal Jung Hae In dan Ji-soo menyebut HAESOO adalah scam terbesar dalam dunia hiburan Korea. Perkara ini adalah kerana selama gosip hubungan antara Jung Hae In dan Ji-soo tersebar, pihak agensi tidak pernah memberi kenyataan. Agensi kedua-dua selebriti ini nampaknya tidak menepis dan juga mengesahkan gosip berkaitan HAESOO.

Ketika fakta percintaan Jisoo dengan Ahn Bo Hyun terungkai, topik HAESOO menjadi trending di platform X (twitter). Pemimat yang kecewa sekadar menulis komen yang sinis. Sebahagian dari peminat juga menampilkan meme lucu berkaitan HAESOO.

Baca juga: Military Prosecutor Doberman: Ahn Bo Hyun Memukau Sebagai “Pendakwa Tentera” Yang Menuntut Keadilan

3. Tanggapan Jung Hae In tentang Jisoo dan Ahn Bo Hyun

JisooSelain sebagai pasangan Ji-soo dalam Kdrama Snowdrops, Jung Hae In juga diketahui berkawan rapat dengan Ahn Bo Hyun. Tidak hairanlah banyak pihak yang berfikir bahawa Jung Hae In lah yang menjadi perantara jodoh mereka berdua. Namun pada hari yang sama, Jung Hae In yang kebetulan sedang mempunyai wawancara untuk drama terbaru iaitu D.P. 2 (2023) menepis khabar tersebut.

Semasa wawancara tersebut Jung Hae In diminta untuk memberi pendapat mengenai berita percintaan kedua-dua kawannya itu. Namun ternyata bukan Jung Hae In yang jadi perantara jodoh mereka. Jung Hae In bahkan mengaku tidak tahu menahu mengenai hubungan cinta Jisoo dan Ahn Bo Hyun. Jung Hae In sendiri sebenarnya tidak tertarik dengan berita percintaan artis. Walaupun dia sendiri adalah seorang pelakon, dia mengaku percintaan adalah urusan peribadi seseorang yang perlu dijaga privasinya.

Untuk Jisoo dan Ahn Bo Hyun, Jung Hae In menyokong penuh kedua-duanya dan turut mendoakan kebaikan untuk mereka.

“Saya sebenarnya baru melihatnya di halaman depan media bahagian hiburan, sewaktu sedang bersiap-siap untuk wawancara. Saya harap mereka akan menjaga hubungan yang sihat dan indah.” seperti dipetik dari media Allkpop.

Kapal karam Jung Hae In dan Jisoo tidak perlu disesali ya. Faktanya ramai juga yang merasa Jisoo dan Ahn Bo Hyun pasangan serasi dan sama-sama istimewa. Selamat berbahagia untuk Jisoo dan Ahn Bo Hyun.

Baca lagi: Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta
Baca juga: The Night House, Filem Horror Misteri Psikologi di Disney Hotstar
Baca lagi: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023
Baca juga: “Durian’s Affair” – Mengapa Perlu Tonton Kdrama Ini?
Baca lagi: Kdrama 2023 – 7 Watak Wanita Yang Akhirnya Bahagia Dengan Cinta Pertama Mereka
Baca juga: 6 Filem Dengan Plot Twist Pecah Kepala
Baca lagi: 6 Filem Seram Asia Netflix, Menarik dan Penuh Misteri