Home Kdrama/Kmovie 3 Watak Jejaka Tampan dan Baik Hati dalam Marry My Husband, Siapa...

3 Watak Jejaka Tampan dan Baik Hati dalam Marry My Husband, Siapa Pilihan anda?

0

Marry My Husband merupakan drama Korea fantasi romantik yang dibintangi oleh Park Min Young dan Na In Woo. Salah satu sorotan dalam drama ini adalah watak lelaki jahat yang dibawa oleh Lee Yi Kyung. Walau begitu, ada lebih banyak watak lelaki baik dan juga tampan dalam drama siri ini.

Sifat-sifat lelaki green flag atau baik ini dicerminkan oleh beberapa watak lelaki dalam drama Marry My Husband. Bukan hanya berjaya buat penonton jatuh hati, mereka menunjukkan sikap lelaki sejati dan cara mencintai dengan seikhlasnya. Siapakah mereka?

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler.

 

1. Yoo Ji Hyuk

fd9decd8 a2cf 49cd 8ad1 9902d20c5e3eYoo Ji Hyuk (Na In Woo) jatuh cinta pada Kang Ji Won (Park Min Young) sewaktu mereka masih di universiti. Perasaan tersebut tetap ada dan kuat walau sudah berpuluh tahun berlalu. Dia kembali ke masa lalu untuk membantu mengubah takdir tragis wanita yang dicintainya itu.

Walaupun Yoo Ji Hyuk kaya raya, dia tidak pernah bersikap angkuh atau kasar. Tidak seperti Park Min Hwan (Lee Yi Kyung). Yoo Ji Hyuk juga mencintai Kang Ji Won seadanya. Dia tidak melihat penampilan luaran wanita itu dan membantunya membina kepercayaan diri.

Yoo Ji Hyuk melakukan segala-gaanya demi Kang Ji Won di kehidupan keduanya ini. Dia ikhlas membantu wanita itu membalas dendam. Dia juga melindunginya dari Park Min Hwan yang sering menyakitinya. Dia menjaga kucing tabby orange kesayangan Kang Ji Won semasa zaman universiti dahulu.

Baca lagi: Chef Kacak dalam Marry My Husband, Lee Gi Kwang juga Berlakon dalam 9 Siri Korea ini

2. Baek Eun Ho

4a3634d0 829f 47aa b989 da6b947f9299Baek Eun Ho (Lee Gi Kwang) merupakan cinta pertama Kang Ji Won semasa di sekolah. Lelaki itu kini bekerja sebagai chef di restoran makanan Perancis. Di kehidupan kedua Kang Ji Won, kedua-duanya boleh bertemu lagi dan menyelesaikan salah faham di masa lalu.

Kang Ji Won adalah cinta pertama Baek Eun Ho. Selama belasan tahun, Baek Eun Ho belum dapat melupakan gadis itu. Selepas mereka bertemu lagi, Baek Eun Ho berusaha memikat Kang Ji Won dengan memberi bunga dan makanan-makanan yang enak.

Sewaktu Kang Ji Won menolak cintanya dengan mengatakan bahawa Baek Eun Ho adalah kawan baiknya, lelaki itu boleh menerima kenyataan dengan hati terbuka. Dia tidak memaksa Kang Ji Won membalas perasaannya. Kini dia boleh move on dan bakal jatuh cinta dengan Yoo Hee Yeon (Choi Gyu Ri).

Baca juga: BoA Sebagai Watak Antagonis Baharu, Orang Ke 3 dalam Marry My Husband

3. Lee Seok Joon

Marry my husbandDari luar, Lee Seok Joon (Ha Do Kwon) kerap dianggap kasar dan dingin. Namun sebenarnya, dia adalah orang yang jujur dan adil. Di tempat kerja, dia menilai para pekerja berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka semata-mata. Dia juga tidak mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja wanita.

Kisah cinta Lee Seok Joon dalam versi drama memang belum dimulakan hingga episod 10. Walau begitu, dia mula menunjukkan benih-benih cinta pada Yang Joo Ran (Gong Min Jeung). Pasti kedua-duanya belum menjadi pasangan hingga Yang Joo Ran bercerai kerana Lee Seok Joon bukan jenis lelaki yang berlaku curang.

Berbeza dengan suami Yang Joo Ran yang pemalas dan tidak menghargainya, Lee Seok Joon jauh lebih baik. Walau beberapa kali mengkritik Yang Joo Ran, Lee Seok Joon tidak berkata-kata kasar. Dia juga selalu menghargai Yang Joo Ran.

Ketiga-tiga watak lelaki di atas memang berjaya mencuri perhatian dalam drama Marry My Husband. Walaupun mereka menunjukkan rasa cinta dengan cara berbeza-beza, ketiga-tiga tetap prihatin pada wanita yang mereka kasihi.

Baca lagi: Marry My Husband Ep 11, Su Min Diejek Baju Kahwin Nampak Buruk
Baca juga: A Shop For Killers, 4 Pembunuh Upahan yang Memburu Jeong Jian