Home Artis Korea 3 Watak Paling Malang dalam Persahabatan untuk Kdrama Februari 2024, Ada Kawan...

3 Watak Paling Malang dalam Persahabatan untuk Kdrama Februari 2024, Ada Kawan Toksik Tikam Belakang

0

Ada banyak drama Korea tentang kisah persahabatan yang berakhir dengan kisah iri hati dan pengkhianatan. Untuk tahun 2024 setakat ini, 3 watak berikut ini bernasib malang dalam kisah persahabatan mereka. Kawan yang sepatutnya ikhlas dan menyayangi rupa-rupanya sanggup mengkhianati mereka.

Mempunyai kawan talam dua muka pasti membuatkan hati terluka dan kecewa. Kekecewaan itulah yang dialami oleh ketiga-tiga watak di bawah ini. Mereka mempunyai kawan yang sangat toksik sedangkan mereka sudah bersahabat selama berbelas tahun.

Kisah mereka ini ditonjolkan dalam drama Korea Februari 2024. Siapakah mereka?

 

1. Kang Ji Won di Marry My Husband

WatakKang Ji Won (Park Min Young) sudah lama berkawan dengan Jeong Su Min (Song Ha Yoon) dalam drama Marry My Husband. Kedua-dua mereka bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi. Namun, Jeong Su Min sebenarnya tidak pernah ikhlas pada Kang Ji Won.

Kawan yang bermuka-muka, Jeong Su Min dalam diam ingin menghancurkan hidup Kang Ji Won. Gadis itu selalu iri hati dan dengki dengan pencapaian yang dimiliki oleh Kang Ji Won dan ingin merebut segala-galanya. Dia juga sanggup curang dengan suami Kang Ji Won.

 

2. Yeo Jeong Woo dalam Doctor Slump

KdramaYeo Jeong Woo (Park Hyung Sik) dalam kdrama Doctor Slump mempunyai dua orang sahabat. Mereka adalah Son Chan Young (Kang Sang Joon) dan Kim Moo Geun (Park Won Ho). Ketiga-tiga sahabat ini rapat sejak sekolah menengah lagi dan tetap berkawan baik hingga dewasa.

Sayangnya, persahabatan ini mula retak apabila Yeo Jeong Woo dituduh melakukan kesalahan prosedur perubatan yang menyebabkan seorang pesakit meninggal dunia. Yeo Jeong Woo menghadapi hukuman dan denda berbilion won. Bukan memberi sokongan, kedua-dua kawannya menyalahkan dirinya. Kedua-dua kawannya itu juga berlagak seperti mangsa keadaan walaupun dahulunya mereka pernah dibantu oleh Yeo Jeong Woo.

 

3. Seo Jae Won dalam My Happy Ending

cebf55c6 a70d 4c8c 9762 f000f7d20fa5Seo Jae Won (Jang Nara) pada awalnya kelihatan bahagia mempunyai kehidupan sempurna dalam kdrama My Happy Ending. Dia juga mempunyai kawan baik yang bernama Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun). Kedua-dua mereka berkawan sejak zaman sekolah lagi. Namun, sebenarnya Kwon Yoon Jin selama ini bermuka-muka sahaja.

Kwon Yoon Jin obses mahu merebut kebahagiaan Seo Jae Won kerana dia ingin balas dendam. Dia curang dengan suami Seo Jae Won dan ingin menjadi ibu kepada anak Seo Jae Won. Kwon Yoon Jin juga meniru semua ciri-ciri unik Seo Jae Won supaya dia boleh menghancurkan wanita itu.

Pada awalnya, ketiga-tiga watak di atas kelihatan sangat rapat dengan kawan baik masing-masing. Malangnya, akhirnya kejahatan kawan-kawan mereka terbuka satu persatu. Orang yang mereka anggap kawan sebenarnya adalah musuh dalam selimut. Kisah mereka menunjukkan kesan emosional akibat memiliki kawan yang toksik.

Pernahkah anda mengalami keadaan dan nasib sama seperti ketiga- tiga watak diatas?

Baca lagi: 7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka
Baca juga: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri