Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Watak Yang Selalu Buat Sakit Hati dalam The Auditors Setakat Ini,...

3 Watak Yang Selalu Buat Sakit Hati dalam The Auditors Setakat Ini, Duri Dalam Daging

0

Drama Korea The Auditors menampilkan cerita tentang bagaimana perjuangan pasukan audit dalam menangkap para penjenayah licik yang bermain dengan rasuah dan pesalah penyalahgunaan kuasa di JU Construction. Oleh sebab itu, pasti sahaja drama ini akan menampilkan banyak watak toksik dan sangat dibenci penonton.

Contohnya seperti tiga watak di bawah ini, salah seorang dari mereka disyaki sebagai pelindung para perasuah dan dalang sebenar penyalahgunaan kuasa di syarikat, siapakah mereka?

1. Yum Kyung Suk

The auditorsYum Kyung Suk (Hong In) dalam drama Korea The Auditors disoroti sebagai timbalan pengurus pasukan audit syarikat JU Construction. Pada awalnya dia disebut-sebut akan menjadi pengurus bagi jabatan audit, sayangnya jawatan tersebut diisi oleh Shin Cha Il (Shin Ha Kyun).

Sikapnya mula berubah selepas jawatan idamannya itu ‘dirampas’, dia kerap membocorkan maklumat dalaman jabatan audit pada pengarah Yang Jae Seung (Baek Hyun Jin). Menurutnya, dengan membocorkan maklumat dalaman, para pimpinan akan memihak padanya dan jawatan pengurus jabatan yang sudah lama diimpikan akan bertukar tangan padanya.

Selain itu, pada tayangan episod awal, Yum Kyung Suk juga sering mempengaruhi Gu Han Soo (Lee Jung Ha) agar turut membenci Shin Cha ll, ketua baru mereka dalam jabatan audit. Dia bahkan cuba mencuci otak Gu Han Soo agar membantunya sebagai pengintip dan turut melaporkan maklumat penting tentang perkara yang dilakukan oleh Shin Cha Il.

Baca juga: Mengapa Perlu Tonton The Auditors? Kdrama Popular dan Hits Terbaru

2. Yang Jae Seung

b26bb207 46b2 458d a71a 348cc00ab60cYang Jae Seung selalu mengarahkan Yum Kyung Suk untuk membocorkan maklumat dalaman jabatan audit. Terutamanya tentang perkara terbaru yang dilakukan oleh pengurus jabatan audit, Shin Cha Il. Semuanya kerana cara Shin Cha Il bekerja berjaya membuatkan jawatannya sebagai salah seorang pengarah di JU Construction mula mengalami banyak masalah.

Selain mengambil kesempatan ke atas Yum Kyung Suk, dia juga sering menggunakan Hwang Dae Woong (Jin Goo) yang merupakan naib presiden JU Construction. Dia sanggup melakukan segala arahan ketuanya tersebut, asalkan jawatannya di syarikat pembinaan itu tetap selamat. Sayangnya, di episod 6 dia tertangkap telah berbohong oleh Hwang Dae Woong. Dia terbukti melakukan penyalahgunaan kuasa supaya besannya dapat membuka kantin makan di syarikat JU Construction.

Baca lagi: The Auditors Memaparkan 4 Realiti Persekitaran Kerja, Banyak Cabaran

3. Hwang Dae Woong

be555b86 32db 406f 843e a8679447f74dHwang Dae Woong sejak awal tayangan perdana drama ini sudah disebut sebagai pembuat masalah. Bukan orang sembarangan yang menyatakan perkara tersebut, dia adalah Mr. Bang (Jung Dong Hwan), ketua senior berpengaruh di JU Construction.

Label yang diberikan pada Hwang Dae Woong, ternyata selaras dengan sikapnya. Jawatannya sebagai naib presiden JU Construction, digunakannya untuk mencapai cita-citanya. Contohnya, mengganggu kerja-kerja jabatan audit, mempengaruhi Yoon Seo Jin (Jo Ah Ram) agar tidak lagi berpihak pada jabatan audit dan Shin Cha Il, hingga sanggup menutup kes rasuah yang dilakukan oleh para pengarah yang memihak kepadanya.

Tiga watak di atas sangat dibenci kerana sikap toksiknya di sepanjang episod drama Korea The Auditors. Bermacam masalah sengaja mereka cipta agar Shin Cha Il berhenti dari jawatannya sebagai pengurus jabatan audit. Dengan itu, mereka boleh mendapatkan jawatan yang selamat dan mereka idamkan di syarikat pembinaan tersebut.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Dan pastikan anda strim di Viu ya!

Baca lagi: Rating Meningkat Semula dalam Episod 8 “The Auditors”, Shin Ha Kyun Berjaya Membongkar Kes Baharu Lagi
Baca juga: Suka The Auditors? 9 Kdrama Ini Bawa Tema Yang Sama