Home Anime 4 Anime di Netflix Ini Bawa Kisah Misteri dan Penyiasatan, Penonton Diajak...

4 Anime di Netflix Ini Bawa Kisah Misteri dan Penyiasatan, Penonton Diajak Berfikir Bersama

0

Anime telah berubah menjadi tontonan global yang sangat diminati ramai. Maka tidak hairanlah penggunaan di platform penstriman semakin meningkat setiap tahun.

Walaupun genrenya agak pelbagai, anime yang membawakan tema misteri dan penyiasatan sentiasa berjaya mengumpulkan ramai penonton.

Boleh ditonton di Netflix dan platform penstriman lain, dibawah ini adalah lima senarainya!

 

1. B: The Beginning (2018 & 2021)

AnimeDalam dunia moden ini, teknologi berkembang menjadi canggih, selain itu jenayah juga semakin berleluasa di Kepulauan Cremona. B: The Beginning mengisahkan tentang Koku si protagonis, Keith yang merupakan penyiasat legenda, dan sebuah organisasi jenayah misteri.

 

2. Ron Kamonohashi’s Forbidden Deductions (2023)

1ff77c04 4418 4fa6 a30c 5311d645a11cRon Kamonohashi’s Forbidden Deductions mengisahkan tentang seorang detektif yang bekerja dengan penuh semangat untuk menyelesaikan kes pembunuhan, detektif itu bernama Totomaru Ishiki. Atas nasihat seniornya, Totomaru berhasrat untuk mendapatkan bantuan daripada Ron Kamonohashi yang dikenali sebagai detektif yang hebat. Tetapi kini diasingkan dan jauh daripada orang ramai, dia mahu menjemput Ron untuk bekerjasama, mereka berdua serius akan menyelesaikan setiap misteri yang mereka hadapi. Anime ini juga dibaluti elemen komedi.

Baca lagi: Siri Anime Terbaru Kaiju No. 8, Kini Boleh Strim di Netflix

3. Monster (2004)

58a9fd5a 23d4 4cf3 b35d ab2d586458b0Monster ialah anime misteri yang tidak boleh dilepaskan walaupun anime ini adalah edisi lama. Mengisahkan tentang Johan Liebert, seorang pemuda yang mempunyai kebolehan mengawal orang lain untuk melakukan jenayah tanpa perlu membunuh secara langsung dan digelar sebagai penjenayah paling berbahaya dalam sejarah. Dr. Kenzo Tenma, yang pernah menyelamatkan Johan dalam operasi besar, berasa bertanggungjawab terhadap kesan tindakan menyelamat tersebut.

 

4. Migi & Dali (2023)

84cd37e6 118d 4199 9674 68f67b45113bMigi & Dali adalah salah satu anime misteri yang perlu ditonton sekurang-kurangnya sekali. Mengisahkan tebtang Hitori Sonoyama yang merupakan anak yatim piatu, tetapi identitinya ini adalah peranan yang dimainkan oleh adik kembar seiras bernama Migi. Migi dan Dali Kedua-duanya menyamar sebagai anak yang tidak berdosa dan polos untuk menyusup ke dalam keluarga angkat mereka. Namun sebenarnya, Migi dan Dali mempunyai misi rahsia untuk mendedahkan siapa yang membunuh ibu mereka.

Keempat-empat anime di atas mempunyai plot yang berbeza dan pastinya mengajak penonton meneroka setiap misteri yang disajikan dalam cerita tersebut. Berminat untuk menonton? Semua tersedia untuk distrim di NETFLIX.

Baca lagi: Ji Chang Wook Bakal Meletup Lagi, 4 Kdrama dan Filem Barunya Bakal Muncul dalam Pelbagai Genre
Baca juga: Semua Inspirasi dari Webtoon, 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun