Drama Korea Queen Woo (2024) merupakan salah satu drama Korea yang telah banyak ditonton sejak awal September 2024. Drama Korea ini menghidangkan jalan cerita yang berat, namun sangat memacu adrenalin para penonton.
Sempat dikecam teruk dengan kontroversi adegan 18+ yang disajikan, Queen Woo (2024) menampilkan jalan cerita yang unik tentang permaisuri yang mengetuai sebuah kerajaan.
Selain Queen Woo (2024), rupa-rupanya ada beberapa buah drama Korea lain yang mengusung jalan cerita yang serupa.
1. Queen Woo
Queen Woo (2024) mengisahkan tentang Won Hee (Jun Jong Seo) yang berkahwin dengan putera Go Nam Mu (Ji Chang Wook). Beberapa tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Go Nam Mu diangkat sebagai putera mahkota.
Permaisuri Woo Hee selalu mendampingi Raja Go Nam Mu untuk mempertahankan kerajaan mereka. Tetapi setelah Raja Go Nam Mu mangkat, kestabilan Kerajaan Goguryeo terancam.
Drama Korea ini akan menyajikan kisah tentang permaisuri Ratu Woo untuk mempertahankan takhtanya. Bagi Queen Woo bahagian 2, kemungkinan besar Permaisuri Woo akan terjun ke medan perang dan memimpin Kerajaan Goguryeo.
Baca lagi: 3 Teori Ending Queen Woo, Siapakah Raja Baru dan Bagaimanakah Nasib Bal Gi?
2. The Last Empress
Drama Korea sejarah The Last Empress (2018) mengisahkan tentang Oh Sunny (Jang Na Ra), wanita biasa yang pada suatu hari diangkat sebagai permaisuri dalam sebuah kerajaan diraja moden. Oh Sunny menyaksikan pelbagai sisi gelap institut istana Korea.
Hasil bantuan Na Wang Sik (Choi Jin Hyuk), Oh Sunny berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Permaisuri terakhir. Manakala Lee Hyuk (Shin Sung Rok) suaminya yang juga merupakan raja Korea telah mangkat terlebih dahulu.
3. The Empress Ki
Drama Korea The Empress Ki (2014) mengisahkan tentang Permaisuri Ki Seung Nyang (Ha Ji Won) yang berkahwin dengan Raja Ta Hwan (Ji Chang Wook). Kisah cinta mereka dipenuhi pelbagai politik kotor perebutan kuasa.
Mempunyai kebolehan untuk berperang, Permaisuri Ki kerap turun memimpin pasukan di medan perang. Permaisuri Ki akhirnya memimpin kerajaannya setelah Raja Ta Hwan mangkat.
4. The Great Queen Seondeok
Drama Korea The Great Queen Seondeok (2009) mengisahkan tentang seorang puteri raja, Deokman (Lee Yo Won) yang diasingkan ke tempat terpencil. Suatu hari, dia kembali ke Istana Silla untuk mempertahankan takhta miliknya.
Dalam perjalanannya, Deokman hilang orang-orang yang disayanginya. Walau berjaya mempertahankan takhta, Permaisuri Seondeok merasa kesepian memimpin Kerajaan Silla.
Keempat-empat orang permaisuri di atas berjaya memimpin kerajaan mereka dengan cara tersendiri. Lebih tragis lagi, dalam kepimpinan mereka pasti ada harga yang perlu mereka bayar seperti kesepian dan sakit hati serta pelbagai kisah duka.