Home Kdrama/Kmovie 4 Drama Korea Romantik Tentang Cikgu dan Pelajar, Pelbagai Rintangan Kerana Berbeza...

4 Drama Korea Romantik Tentang Cikgu dan Pelajar, Pelbagai Rintangan Kerana Berbeza Usia

0

Selepas berjaya dengan Queen of Tears, tvN kembali menayangkan drama Korea terbaru mereka yang bertajuk The Midnight Romance in Hagwon (2024). Mempunyai plot cerita yang luar biasa, The Midnight Romance in Hagwon (2024) menonjolkan kisah romantik antara seorang cikgu dan bekas pelajarnya.

Walau tema ini boleh dikatakan sangat sensitif, para penonton tetap jatuh hati dengan jalan cerita yang ditampilkan. Sebelum ini, beberapa drama Korea lain juga pernah mengangkat tema cerita serupa dan meraih kejayaan. Jom kita lihat senarai drama Korea dibawah ini!

 

 

1. Loveholic (2005)

DramaDibintangi oleh Kangta dan Kim Min Sun, drama Korea ini mengisahkan tentang Lee Yeol Jo (Kim Min Sun) yang diterima menjadi guru ganti di sebuah sekolah. Disana dia bertemu dengan Seo Kang Wook (Kangta) yang terkenal sebagai pembuat masalah.

Sebenarnya Kang Wook sebelum ini adalah pelajar contoh, namun dia hilang arah apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. Kini, Kang Wook tinggal bersama neneknya. Secara kebetulan, Yeol Jo menyewa bilik di salah sebuah bilik sewa rumah nenek Kang Wook. Beberapa kali pertemuan membuat guru dan pelajar ini jatuh cinta. Tentu sahaja cinta terlarang yang tidak direstui oleh masyarakat.

Baca lagi: 10 Drama Korea Popular Tentang Perkahwinan, Pelbagai Konflik dalam Mencari Bahagia

2. Melancholia (2021)

7800f5ad 0d6b 44fb bb11 da7270fa83ddDrama Korea ini berkisar tentang seorang guru matematik bernama Ji Yoon-soo (Im Soo-jung) yang mengajar di salah sebuah sekolah tinggi swasta yang amat terkenal dan berprestij iaitu Sekolah Tinggi Ahseong. Sekolah tersebut walau mempunyai nama yang cukup baik, tapi penuh dengan skandal dan rasuah yang teruk.

Ji Yoon-soo adalah seorang guru yang tegas dan sangat komited terhadap tugas. Ji Yoon-soo adalah seorang guru yang sering mengajar para pelajar untuk berdikari dalam menyelesaikan tugasan dan masalah. Di sekolah tersebut, guru ini berjumpa dengan seorang pelajar bermasalah bernama Baek Seung-yoo (Lee Do-hyun). Baek Seung-yoo merupakan pelajar tercorot dikelasnya, Ji Yoon-soo dapat menghidu bakat Baek Seung-yoo dalam subjek matematik dan terus memberi perhatian lebih serta bantuan buat pelajar itu.

Akhirnya berkat usaha berterusan, markah ujian dan peperiksaan Baek Seung-yoo bertambah baik hingga mencapai nombor satu dalam kelas. Ji Yoon-soo tidak pernah menyangka bahawa perhatiannya yang lebih terhadap Baek Seung-yoo disalah ertikan. Kebaikannya dianggap membawa muslihat lain. Akhirnya timbul cakap-cakap belakang dan khabar angin yang mengatakan tentang skandal seks antara guru dan pelajar.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa saling bergosip menuduh Ji Yoon-soo dan Baek Seung-yoo saling menjalin hubungan sulit. Akibat tuduhan yang sungguh dasyat itu, ji Yoon-soo yang tidak bersalah telah dibuang kerja. Empat tahun kemudian, Ji Yoon-soo dan Baek Seung-yoo bertemu. Kini Baek Seung-yoo telah tumbuh menjadi dewasa. Mereka berdua berganding bahu untuk mendedahkan skandal menjijikkan yang pernah berlaku dan sedang berlaku di sekolah swasta tersebut. Mereka juga ingin mengembalikan maruah dan reputasi baik Ji Yoon-soo sebagai guru yang berkaliber.

Baca lagi: Sangat Menarik, 5 Filem dan Drama Korea Ini Tampilkan Budaya dan Tradisi Korea Selatan dengan Baik

 

3. Why Her (2022)

Drama koreaDrama Korea Why Her mengikuti kisah Oh Soo Jae (Seo Hyun Jin). Dia bekerja sebagai seorang peguam yang sangat obses dengan kerjaya dan kejayaan. Soo Jae adalah salah seorang ahli di sebuah firma guaman terkenal. Dia sangat tekad untuk memenangi sesebuah kes.

Kali ini dia mendapat sebuah kes yang sangat mengejutkan dan di luar jangkaannya. Perkara tersebut membuatkan semua kerja keras Soo Jae sebagai peguam menjadi sia-sia buat seketika. Akibatnya, dia terpaksa menjadi pembantu profesor di sekolah undang-undang. Namun, Soo Jae tidak menyerah kalah, dia mahu bangkit semula.

Usaha Soo Jae untuk mendapat semula jawatannya lebih mudah dengan kedatangan seorang pelajar yang bernama Gong Chan (Hwang In Yeop) yang kemudian menjadi rapat dengannya. Oleh sebab sering bertemu dengan Gong Chan, Soo Jae perlahan-lahan mula melupakan rasa kecewa diturunkan pangkat. Perlahan-lahan, rasa cinta kepada Soo Jae juga mula tumbuh di hati Gong Chan.

Baca juga: 5 Drama Korea Romantik Ini Buat Penonton Senyum Sendiri, Kisah Bahagia yang Mengujakan

4. The Midnight Romance in Hagwon (2024)

681f606d 664f 4568 ac01 33e78979cc8cThe Midnight Romance in Hagwon menyoroti kehidupan seorang wanita yang bernama Seo Hye Jin. Dia bekerja sebagai guru persendirian bahasa Korea di sebuah akademi pendidikan di Daechi, Gangnam selama 14 tahun.

Seo Hye Jin digambarkan sebagai watak yang pantang menyerah. Oleh sebab kejayaannya dalam membantu muridnya iaitu Lee Joon Ho untuk memdaftar ke salah sebuah universiti berbrrstij, populariti dan kredibilitinya sebagai seorang guru persendirian terus meningkat.

10 tahun kemudian, Lee Joon Ho kembali ke akademi sebagai guru persendirian pelatih yang baru. Dia memutuskan untuk mengundurkan diri dari sebuah syarikat besar demi untuk kembali kepada cinta pertamanya yang tidak lain dan tidak bukan adalah Seo Hye Jin. Walau Seo Hye Jin menentang keras keputusan Lee Joon Ho, namun lelaki tersebut langsung tidak gentar untuk terus mendekatinya.

Walau menampilkan percintaan antara cikgu dan pelajar, drama-drama di atas tetap berjaya mempersembahkan kisah cinta yang menarik. Keserasian yang ditampilkan oleh para pelakon juga berjaya membuatkan para penonton jatuh hati!

Baca lagi: Viu Original The Midnight Romance in Hagwon, Tampilkan Wi Ha Jun Kali Pertama dalam Genre Romantik
Baca juga: Rating Tinggi & Semakin Trending, Adakah Sun Jae dan Im Sol dalam Lovely Runner Bakal Berkahwin Seperti dalam Versi Web Novel?