Menjadi ibu tunggal bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui. Biasanya ibu-ibu tunggal lebih mengutamakan kepentingan anak-anak daripada diri mereka sendiri.
Kisah-kisah seperti ini rupa-rupanya kerap diangkat dalam drama Korea. Namun bukan hanya tentang bagaimana ibu tunggal menjaga anak mereka, tetapi juga tentang bagaimanakah ibu tunggal boleh membuka hati mereka lagi untuk jatuh cinta.
Berikut dibawah ini adalah beberapa buah pilihan drama Korea romantik tentang ibu tunggal yang kembali menemui cinta sejati.
1. When the Camellia Blooms
Drama Korea When The Camellia Blooms dibintangi oleh Gong Hyo-jin, Kang Ha-neul, dan Kim Ji-seok. Drama ini adalah tentang seorang ibu tunggal yang bernama Dongbaek (Gong Hyo-jin) yang merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak lelaki. Dia memiliki sebuah bar yang dikenali sebagai Camellia di kawasan Ongsan.
Kehadirannya di kawasan Ongsan menjadi buah mulut jiran tetangga kerana jiran-jirannya bimbang kalau-kalau Dongbaek menjadi perempuan penggoda. Dongbaek berada dalam dilema kerana kehadiran dua orang lelaki yang mengetuk pintu hatinya dan dia perlu membuat pilihan antara bekas kekasih yang juga ayah kepada anaknya, atau seorang polis muda yang sangat mencintainya. Seiring berjalannya waktu, Dongbaek mula mengerti ke mana hatinya perlu berlabuh.
2. My Secret Terius
Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2018 ini dibintangi oleh pelakon tampan So Ji Sub, dan pelakon wanita jelita Jung In Sun. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki misteri yang bernama Kim Bon (So Ji Sub), yang ternyata adalah seorang ejen perisik Korea. Dia tinggal dan bersembunyi di sebuah apartment.
Di apartment itu Kim Bon bertemu dengan Go Ae Rin (Jung In Sun), jirannya yang mengalami nasib malang. Suami Ae Rin tidak sengaja terlibat dalam sebuah konspirasi yang membuatnya terbunuh. Ae Rin adalah ibu kepada dua orang anak kecil.
Sebagai jiran, Kim Bon akhirnya membantu mengungkap kes kematian suami Ae Rin. Dalam perjalanannya, Kim Bon yang mulanya menutup hati dari dunia luar perlahan-lahan mula terbuka. Dia juga mula terbiasa dengan kehadiran Ae Rin dan anak-anak Ae Rin.
3. Was it Love
Was it Love tayang pada 2020. Drama Korea ini menceritakan tentang seorang ibu tunggal yang bernama No Ae Jung (Song Ji Hyo). Dia membesarkan sendiri anak perempuannya. Sejak melahirkan anaknya, Ae Jung tidak pernah memiliki teman lelaki. Namun suatu hari, tiba-tiba dia terlibat dengan empat orang lelaki yang menyukainya. Ae Jung perlu memilih salah seorang antara empat lelaki tampan tersebut.
4. Marriage Contract
Drama Korea yang tayang pada tahun 2016 ini menceritakan tentang seorang ibu tunggal bernama Kang Hye Soo (Uee). Dia hidup dan membesarkan anak dalam kemiskinan. Hye Soo juga didiagnos menghidap kanser otak. Dia perlu berjuang menghadapi penyakit sekaligus membesarkan anaknya.
Seorang lelaki yang bernama Han Ji Hoon (Lee Seo Jin) yang merupakan lelaki kaya raya sedang mencari penderma hati untuk ibunya. Kedua-dua mereka akhirnya memutuskan untuk bekerja sama. Mereka terlibat dengan perkahwinan kontrak. Namun siapa sangka perkahwinan kontrak tersebut membuka jalan untuk Kang Hye Soo pada cinta sejatinya.
Menarik? Jangan lupa untuk menonton ya!