A Shop For Killers merupakan drama Korea yang membuka bulan Januari 2024 dengan kisah dan jalan cerita yang fokus pada hubungan dan cerita antara bapa saudara dan anak saudaranya. Kisah-kisah antara bapa saudara dan anak saudara jarang-jarang ditonjolkan bukan?
Selain Drama Korea A Shop For Killers, terdapat beberapa buah drama Korea yang mempunyai kisah utama tentang bapa saudara dan anak saudara, setiap drama korea ini adalah berbeza genre.
1. Move to Heaven (2021)
Move to Heaven mengisahkan tentang seorang anak yang menghidap sindrom Asperger yang bernama Han Geu Ru (Tang Joon Sang) dan bapa saudaranya, Cho Sang Gu (Lee Je Hoon) yang bekerja sebagai ‘pembersih trauma’.
Tugas mereka adalah membantu menguruskan dan membersihkan barang-barang milik orang yang sudah meninggal dunia untuk disampaikan kepada keluarga. Pesanan tersirat akan disampaikan melalui kebolehan Han Geu Ru.
Hubungan mereka berdua semakin baik seiring berjalannya waktu. Pekerjaannya membuatkan fikiran Cho Sang Gu semakin terbuka. Hanya 10 episod, siri original Netflix ini diadaptasi dari karya non fiksyen bertajuk Things Left Behind oleh Kim Sae Byeol.
2. Uncle (2021)
Uncle mengisahkan tentang perjuangan seorang bapa saudara yang bernama Wang Jun Hyuk (Oh Jung Se) dalam melindungi anak saudaranya, Min Ji Hu (Lee Kyung Hoon) kerana diskriminasi penduduk sekitar. Min Ji Hu mengalami gangguan obsesif-kompulsif selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Min Ji Hu yang menyukai muzik oleh neneknya untuk belajar Matematik dan Ilmu pengurusan supaya boleh meneruskan perniagaan mereka. Wang Joon Hee (Jeon Hye Jin) yang merupakan kakak kepada Wang Jun Hyuk pun telah bercerai selepas dianiaya. Bermula dari kejadian ini, Wang Jun Hyuk turut terlibat dalam membesarkan Min Ji Hu.
Namun, proses tersebut bagi Wang Jun Hyuk sangat sukar. Dia pernah dituduh menyalahgunakan dadah oleh keluarga Min Kyung Soo. Disediakan dalam 16 episod, drama ini adalah hasil remake dari siri British yang ditayangkan di BBC dengan tajuk yang sama.
3. Payback: Money and Power (2023)
Payback: Money and Power menyoroti kisah balas dendam beberapa orang individu, termasuk Eun Yong (Lee Sun Kyun) dalam melawan syarikat pelaburan yang berkonspirasi dengan undang-undang. Syarikat ini telah memperdaya ramai mangsa hingga ada yang meninggal dunia.
Usaha Eun Yong ini dibantu oleh Jang Tae Chun (Kang You Seok) yang merupakan seorang pendakwa raya. Jang Tae Chun adalah anak saudara Eun Yong. Namun, proses tersebut bukannya mudah. Jang Tae Chun kerap kali ditawarkan jawatan yang lebih tinggi jika dia mengabaikan kes tersebut.
Iman dan kepercayaan Jang Tae Chun tidak pernah goyah. Dia tetap melangkah maju kerana Eun Yong yang merupakan bapa saudaranya yang pernah berkorban menanggung pelajarannya selama ini. Berjumlah 12 episod, drama ini ini berjaya meraih rating dua digit iaitu 11.1% di negara Korea Selatan.
Baca lagi: A Shop for Killers, Musuh Dalam Selimut Muncul dalam Episod 4
4. A Shop For Killers (2024)
Siri ini mengisahkan tentang seorang bapa saudara bernama Jeong Jin Man (Lee Dong Wook) yang meninggalkan warisan berbahaya kepada anak saudaranya, Jeong Ji An (Kim Hye Jun).
Telah ditayangkan sebanyak 4 episod, warisan tersebut adalah sebuah laman sesawang haram penjualan senjata. Jeong Ji An sangat terkejut apabila mengetahui tentang perniagaan bapa saudaranya tersebut. Dia perlu berhadapan dengan musuh-musah yang mengancam nyawanya. Drama ini merupakan hasil dari adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Kang Ji Young.
Keempat-empat drama Korea ini sangat menarik dan berjaya menonjolkan kisah hubungan antara bapa saudara dan anak saudara. Bukan hanya membawa genre slice of life semata-mata, tetapi juga genre-genre lain seperti thriller.