Masalah perkahwinan kerap menjadi tema yang diangkat dalam drama Korea. Tema ini tentunya menarik ramai penonton kerana menyimpan pelbagai nilai dan pengajaran tentang perkahwinan itu sendiri. Masalah perkahwinan seperti skandal curang, rasa tidak percaya, kurangnya komunikasi, dan juga perasaan bosan dengan hubungan suami isteri.
Menonton drama Korea sebenarnya bukan hanya sekadar untuk hiburan, tetapi anda juga dapat mengambil pengajaran dari drama-drama yang menceritakan tentang masalah dan tipu daya perkahwinan.
Berikut dibawah ini merupakan beberapa drama Korea yang menceritakan tentang masalah perkahwinan dan penuh pengajaran.
1. VIP
Drama Korea ini menceritakan tentang skandal yang terjadi di tempat kerja. Na Jeong-seon (Jang Na-ra) bekerja di di bahagian kedai serbaneka, Sung Un di bahagian pasukan yang menguruskan para pelanggan VIP. Manakala suaminya, Park Seong-joon (Lee Sang-yoon), bekerja di pejabat yang sama dan pasukan yang sama dengan Na Jeong-seon. Dia adalah ketua pasukan tersebut.
Hubungan rumah tangga Jeong-seon dan Seong-joon telah berjalan 10 tahun dan sangat harmoni. Mereka juga dipandang sebagai pasangan yang sempurna. Namun suatu hari, Na Jeong-seon tiba-tiba mendapat pesanan dari orang yang tidak dikenali di telefon bimbit miliknya, pesanan tersebut memberitahu suaminya curang dengan salah seorang rakan dalam pasukan mereka. Sejak waktu itu, dia mula mencurigai rakan-rakannya, lalu menyiasat siapakah perempuan simpanan suaminya.
2. My Wife’s Having An Affair This Week
Drama Korea ini menceritakan tentang kehidupan rumah tangga Do Hyun-Woo (Lee Sun-Kyun) dan Jung Soo-Yeon (Song Ji-Hyo). Mereka sudah berkahwin selama 8 tahun. Hyun-woo bangga dengan isterinya yang dianggap sebagai wanita hebat kerana berjaya dalam kerjaya dan juga sebagai seorang ibu.
Tapi suatu hari, secara tidak sengaja Hyun-woo melihat pesanan ringkas yang mencurigakan di telefon bimbit isterinya. Pesanan mesra dari seorang lelaki yang membuatnya bingung, terkejut, dan tertanya-tanya. Adakah isterinya curang?
Walau dunianya terasa seperti sudah runtuh, Hyun-woo merasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap rumah tangganya. Dia berada dalam kedudukan serba salah kerana langsung tidak boleh bertanya pada isterinya. Namun lama kelamaan, semua yang disembunyikan terungkap.
3. Because This My First Life
Drama Korea yang pernah hits pada tahun 2017 ini ini menceritakan tentang Nam Se-Hee (Lee Min-Ki) yang merupakan seorang lelaki bujang berusia 30-an yang memutuskan untuk tidak berkahwin. Dia mempunyai rumah, tapi banyak hutang. Yoon Ji-Ho (Jung So Min), seorang wanita bujang di usia awal 30-an, yang juga memutuskan untuk tidak berkahwin. Dia tidak memiliki rumah dan iri hati dengan mereka yang mempunyai rumah.
Lalu suatu hari, mereka bertemu dan memutuskan untuk berkahwin secara kontrak dengan alasan saling ‘memerlukan’ antara satu sama lain. Lee Min Ki memerlukan penyewa rumah untuk mendapatkan dana tambahan membayar hutang, manakala Jung So Min memerlukan rumah sewa yang murah untuk tempat tinggalnya. Lama kelamaan, perkahwinan kontrak mereka tersebut mengajar pelbagai perkara yang tidak mereka sedari sebelum ini.
4. Marriage Not Dating
Drama Korea ini menceritakan tentang perkahwinan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa keluar dating dan berkenalan. Cerita bermula ketika Kong Ki-Tae (Yeon Woo Jin), seorang doktor bedah plastik yang masih bujang, dipaksa keluarganya untuk berkahwin. Joo Jang-Mi (Han Groo) merupakan gadis biasa yang sedang jatuh cinta pada kekasihnya, Lee Hoon-Dong (Heo Jeong-Min).
Lee Hong Dong dan Kong Ki Tae adalah kawan. Kerana terus-terusan dipaksa berkahwin, Kong Ki-Tae akhirnya meminta bantuan Joo Jang-Mi. Dia memperkenalkan Joo Jang-Mi sebagai calonnya, yang baginya pasti tidak akan pernah dipersetujui oleh keluarganya. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Baca lagi: 6 Drama Korea Menampilkan Watak Wanita Hebat dan Berdikari
Baca juga: curang5 Drama Korea Menggunakan Latar Lapangan Terbang, Kisah Romantik dan Skandal Curang