Home News 4 Drama Terbaru dari 4 Negara

4 Drama Terbaru dari 4 Negara

0

Tengah santai santai tapi korang tak tahu nak tengok drama apa? Mesti korang tengah fikir drama baru apa yang ada sekarang.

Jangan bimbang mari Min sharekan dengan korang 4 drama terbaru dari 4 negara yang Viu bawakan untuk korang semua bulan June ini.

 Unbreak My Heart
daebaking.co 4 Drama Terbaru dari 4 Negara
Drama 2023 yang bergenre romantik ini merupakan drama terbaru daripada negara jiran kita Filipina .

Drama ini dinantikan ramai kerana merupakan pertama kali dalam sejarah hasil gabungan produksi 2 pengeluar konten terbesar di Filipina iaitu Emmanuel Quindo Palp dan Dolly Dulu.

daebaking.co unbreak my heart

Drama ini dibintangi oleh pelakon Filipina seperti :

  • Jodi Sta. Maria seperti Rose Jacinto- Zhang
  • Richard Yap seperti Matteo “Matt” Zhang
  • Gabbi Garcia seperti  Alexandra “Alex/Xandra” Jacinto- Zhang
  • Joshua Garcia seperti Lorenzo “Renz” Isidro

Jodi Sta. Maria,pelakon utama siri ini merupakan pemenang Anugerah Akademi Kreatif Asia 2022,dimana dia memenangi anugerah untuk siri The Broken Marriage Vow.daebaking.co unbreak my heart

Unbreak My Heart mengisahkan Rose (Jodi Sta. Maria) seorang chef terkenal di Filipina yang berusaha untuk menebus dosa masa lalunya dengan mencari semula anaknya.

Meninggalkan semua kehidupannya di Filipina, Rose terus terbang ke Switzerland dalam misi pencarian anak perempuannya.

daebaking.co unbreak my heart 2

Di situ Rose tanpa sengaja telah bertemu dengan Renz ( Joshua Garcia) seorang rakyat Filipina yang berkerja di sana.

Beberapa insiden di sana membuatkan mereka selalu bertemu dan semakin lama semakin rapat, sehingga mereka jatuh cinta.daebaking.co unbreaking my heart

Walau bagaimanapun, Rose akhirnya meninggalkan Renz, kerana dia bimbang dia akan membuatkan Renz terluka.

Setahun berlalu, mereka bertemu semula namun pada ketika itu Renz sudah mempunyai hubungan bersama Alex (Gabbi Garcia).

Baca lagi: Journal Saraheayo Drama Terbaru Untuk Kpoper 2023

daebaking.co unbreak my heart 3

Berbeza dengan sikap Rose yang sentiasa teragak agak, Alex pula tidak takut untuk memperjuangkan hubungannya bersama Renz.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta antara mereka bertiga?

Apa tunggu lagi jom kita tonton sekarang di Unbreak My Heart.

Delightfully Deceitful
daebaking.co delighfully deceintful
Merupakan drama terbaru daripada Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan drama bersiri mereka.

Drama yang membawakan tema dendam dan jenayah ini diarahkan oleh Lee Soo Hyun.

daebaking delightfully deceintful

Dibintangi oleh pelakon popular Korea Selatan seperti:

  • Chun Woo-Hee sebagai Lee Ro-Um
  • Kim Dong-Wook sebagai Han Moo-Young
  • Yoon Park sebagai Go Yo-Han
  • Sojin sebagai Mo Jae-In

daebaking.co deligtfully deceitful

Delightfully Deceitful mengisahkan Lee Ro-Um (Chun Woo-Hee) adalah seorang gadis yang mahir dalam kerja-kerja menggodam.

Gadis ini merupakan seorang penipu yang licik dan dia telah memperdaya ramai orang untuk mendapatkan duit dan kesenangan.

Lee Ro-um digambarkan sebagai seorang gadis yang langsung tidak mempunyai empati dan sangat mementingkan diri sendiri.

daebaking.co delightfully deceitful

Han Moo-Young (Kim Dong-wook) pula merupakan seorang peguam yang lembut hati dan penuh dengan sikap empati terhadap orang lain.

Sehingga dia sendiri seakan merasai kesakitan yang dirasakan oleh orang lain yang dilihatnya.

Takdir menemukan Lee Ro-Um dengan  Han Moo-Young yang mempunyai personaliti yang sangat kontra dan berbeza.

daebaking.co delighfully deceintfull

Mereka berdua seterusnya bekerjasama dan merancang aksi balas dendam bersama-sama kerana matlamat mereka adalah sama.

Apakah matlamat mereka yang sebenarnya?

Dan berjayakah mereka membalas dendam ?

Nak tahu kenalah tengok di Viu.

 Loneliness Society

daebaking.co loneliness societyDrama bersiri terbaru daripada Thailand ini mengisahkan tentang dua insan yang kesunyian.

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

daebaking.co loneliness society 2 2
Drama ini dibarisi pelakon terkenal Thailand seperti :

  • Woranuch Bhirombhakdi sebagai Meena
  • Joss Way Ar-Sangngern sebagai Than
  • Sittha Sapanuchart sebagai Arthit
  • Jan Ployshompoo  sebagai Cathy

daebaking.co loneliness society

Loneliness Society mengisahkan Meena (Woranuch Bhirombhakdi), seorang ex programmer yang berumur 30an yang mula kini telah mula bekerja sebagai ‘delivery girl’.

Meena telah berjumpa dengan Arthit (Sittha Sapanuchart ) sewaktu bekerja dan telah jatuh cinta pandang pertama kepadanya.

daebaking.co loneliness society 4Suatu hari , Meena telah menyaksikan Arthit terlibat dalam kemalangan , Meena tanpa berfikir panjang telah menyelamatkan Arthit dan terus membawanya ke hospital.

Di hospital Meena terpaksa menipu mengatakan dia adalah kekasih kepada Arthit kepada staff di sana.

Namun perbualan itu telah didengar oleh ahli keluarga Arthit sehingga Meena terpaksa terus berpura pura sebagai kekasih Arthit.

daebaking.co loneliness society 2Arthit telah sedar namun dia tidak mengingati Meena dan ahli keluarganya percaya ianya disebabkan oleh Amnesia.

Namun semua ini diragui oleh adik Arthit, Than (Joss Way-ar Sangngern) yang menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan Meena.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Meena seterusnya?

Jom tonton di sini.


Marriage With Benefits
daebaking marrige with benefits
Serial Marriage With Benefits merupakan drama bersiri terbaru daripada negara seberang Indonesia.

Drama ini berdasarkan sebuah novel dan adaptasi dari laman Wattpad.

Baca lagi: Oppa Pilot Di Soar Into The Sun
50610396.jpg 200×296 Google Chrome
Di bintangi oleh pelakon terkenal Indonesia seperti :

  • Jessica Mila sebagai Gea
  • Abimana sebagai Aksan
  • Ayushinta sebagai Sonya

daebaking.co marriage with benefits
Pelakon utamanya Jessica Mila mempunyai pengaruh media sosial sangat yang kuat. Dia mempunyai 22 Juta pengikut di laman sosial Instagram.

Manakala pelakon Abimana pula merupakan seorang yang amat dikenali di Indonesia. Ini kerana dia pernah melakonkan watak Gundala, sebuah filem superhero pertama di Indonesia.

daebaking.co marriage with benefits 2Marriage With Benefits mengisahkan Gea (Jessica Mila) yang merupakan seorang jurusolek dan pereka fesyen yang baru sahaja terputus pertunangannya.

Malah ibubapanya juga telah bercerai membuatkan Gea terpaksa menguburkan segala impiannya ke pentas berprestij Broadway dan pulang kembali ke negaranya Indonesia.

daebaking.co marraige with benefits

Di Indonesia , Gea telah mendapat pekerjaan di sebuah stesen TV di mana dia telah bertemu dengan Aksan ( Abimana) yang merupakan seorang pembaca berita yang sangat kecoh.

Namun Aksan sebenarnya sedang menyembunyikan hubungan skandalnya dengan Sonya (Ayushita) yang merupakan isteri kepada seorang ahli politik yang terkenal di Indonesia.

daebaking.co marriage with benefits 3Di saat media mula menghidu skandalnya bersama Sonia. Aksan mengambil jalan untuk menyelamatkan dirinya dengan mengumumkan bahawa Gea adalah bakal isterinya.

Aksan berjanji kepada Gea untuk membantu membina kembali hidup Gae jika dia sanggup membantu dirinya.
daebaking.co marriage with benefits 22 2Perkahwinan yang hanya memberikan keuntungan kepada diri masing masing, tetapi mungkinkah akan ada rasa cinta yang hadir dalam perkahwinan mereka ini?

Jangan lupa masukkan dalam list mesti tonton anda di sini.



Best kan drama terbaru yang di bawakan khas oleh Viu kepada korang semua.

Jadi korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.