Home News 4 Fakta The Worst of Evil, Kdrama Aksi Berlatarkan 90-an

4 Fakta The Worst of Evil, Kdrama Aksi Berlatarkan 90-an

0

The Worst of Evil telah ditayangkan sebanyak tiga episod pada Rabu 26 September 2023 di Disney+ Hotstar. Drama ini menyaksikan kemunculan semula Ji Chang Wook dalam genre aksi setelah sekian lama.

Berikut adalah fakta menarik tentang The Worst of Evil yang dapat dikutip dalam satu sidang media bersama pengarah Han Dong Wook:

1. Han Dong Wook banyak berbincang dengan kru tentang latar tahun 90-an

9236e248 8b39 47a1 b598 c3637ec25bd3The Worst of Evil (2023) menampilkan latar waktu tahun 90-an. Pastinya pada tahun 90an, pengarah Han Dong Wook masih terlalu kecil dan dia tidak terlalu arif tentang gambaran nyata pada waktu tersebut. “Drama ini berlatar 90-an, jadi saya menggunakan banyak permainan warna. Saya banyak berbincang dengan pereka cipta produksi Park. Dan saya masih kecil pada tahun 90-an, jadi saya meminta pendapat dengan kru produksi lain dan staf untuk mencipta nuansa 90-an,” cerita Han Dong Wook.

Pengarah Han Dong Wook ternyata lebih fokus mengembangkan dialog dan emosi setiap karakter di lokasi penggambaran. Untuk urusan mencipta latar 90-an, pasukan artistik banyak membantu. “Tentang nuansa 90-an, saya perlu berterima kasih kepada pasukan art dan pengarah lokasi. Bagi saya, saya lebih fokus kepada dialog dan emosi, serta ekspresi para pelakon,” ujarnya.

Ternyata sebab utama memilih latar 90-an, penulis dan pengarah ingin para polis terlibat secara langsung menyiasat kartel dadah, bukan dengan bantuan peralatan canggih dan teknologi kini. Selain itu, pengarah mahu menyajikan dinamika dan hubungan antara setiap karakter agar kelihatan lebih nyata.
“Kami ingin lebih fokus kepada dinamika karakter dan hubungan antara orang-orang di dalam cerita,” tambah pengarah tersebut lagi.

 

2. Idea cerita adalah inspirasi dari kejadian sebenar pada tahun 90-an

The worst of evilThe Worst of Evil (2023) menceritakan tentang kartel dadah terbesar yang diketuai oleh Jung Gi Cheol (Wi Ha Joon). Mereka mengedar dadah ke tiga negara, iaitu Korea Selatan, Cina, dan Jepun. Park Jun Mo (Ji Chang Wook) ditugaskan untuk menyusup ke kartel dalam tersebut.

Ternyata idea The Worst of Evil ini diadaptasi dari kejadian sebenar pada tahun 90-an. Penulis skrip Jang Min Suk yang menceritakan tentang kes besar tersebut kepada pengarah Han Dong Wook. “Penulis Jang memberitahu saya bahawa kisah ini terinspirasi dari kejadian sebenar yang terjadi pada tahun 90-an tentang kartel dadah di tiga buah negara, iaitu Korea Selatan, Jepun, dan Cina,” ungkapnya. Dia menambah, “Dan seperti dalam filem, ada polis yang benar-benar menangkap dan menjatuhkan kartel dadah.”

 

3. Pengarah drama ini memuji Wi Ha Joon, Ji Chang Wook, dan Lim Se Mi

c3a63b20 fea6 4b51 b0af 32676e6a8124Pengarah untuk Kdrama ini sangat berpuas hati dengan kolaborasi setiap pelakon utama dan juga pelakon pembantu dalam drama The Worst of Evil (2023). Han Dong Wook mendedahkan bahawa bukan dia yang memilih Ji Chang Wook, tetapi pelakon itu sendiri menawarkan diri untuk berlakon.
“Saya rasa Ji Chang Wook yang memilih saya,” kata-kata itu membuatkan Ji Chang Wook dan rakan media yang hadir tertawa.

Dia meneruskan, “Jang Wook, tidak banyak yang boleh dikatakan tentangnya. Kerana dia adalah pelakon serba boleh. Dia selalu memberikan persembahan terbaik. Dan karakter (Park Jun Mo) kerap berubah mengikut jalan cerita. Dan kami memerlukan pelakon berbakat yang dapat menyesuaikan diri untuk setiap babak berbeza. Dan itu adalah dia.”

Han Dong Wook juga memuji Wi Ha Joon. Penampilan Wi Ha Joon yang tampak seperti lelaki green flag, pasti menarik jika melakonkan karakter antagonis. “Ketika saya membaca skrip, saya rasa Ha Joon akan melakukannya dengan baik. Anda tahu, Ha Joon memiliki penampilan seperti orang baik. Saya suka duality tersebut (lelaki baik berlakon jadi jahat), jadi saya memilihnya,” cerita Sutradara Han.

Kali ini, dia memuji Lim Se Mi yang membawa watak Yu Eui Jung, Han Dong Wook berkata, “Ketika saya berbincang dengannya, saya tahu dia sangat memahami Eui Jung. Dan saya tahu dia sangat sesuai dengan watak ini.”

 

4. Wi Ha Joon dan Ji Chang Wook cerita tentang’ chemistry’ di belakang tabir

908e10e1 d7ec 4cc1 b27f f33579283b5e

Watak-watak yang dibawa Ji Chang Wook, Wi Ha Joon, dan Lim Se Mi dalam drama ini tidak sebulu dan hubungan mereka tidak baik. Namun, di belakang tabir, ternyata mereka sangat akrab.

“Itu yang terbaik. Dan saya rasa, bolehkah kita menemui chemistry yang lebih baik dari ini? Itu sangat mengagumkan. Saya rindu lokasi penggambaran ,” ujar Wi Ha Joon.
Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1991 itu menambah, “Ketika saya di lokasi penggambaran, saya tidak merasa sebarang kesukaran. Saya merasa selesa dan ceria sewaktu bekerja dengan mereka.”

Bukan hanya dengan para pelakon, menurut Ji Chang Wook, chemistry mereka bersama kru produksi juga baik. Dia menikmati setiap detik indah sewaktu proses penggambaran The Worst of Evil (2023). “Saya rasa chemistry antara pelakon dan kru sangat baik. Saya yakin kita semua suka kerja bersama,” ucap pelakon itu lagi.

Jangan lupa saksikan episod baru The Worst of Evil di Disney+ Hotstar nanti ya! Drama siri ini bakal menampilkan keseluruhan 12 episod, The Worst of Evil yang sedang dibintangi Ji Chang-wook, Wi Ha-joon, dan Im Se-mi. Tiga episod pertama telah dikeluarkan serentak di Disney+ pada 27 September 2023, episod selebihnya akan dikeluarkan setiap minggu.

Baca lagi: Kdrama Fantasi 2023: 13 Watak Lelaki Bernasib Paling Tragis
Baca juga: 5 Kdrama Yang Akan Mengubah Pandangan Anda Tentang Kehidupan