Home Kdrama/Kmovie Movie 4 Filem Aksi Komedi yang Membariskan Pelakon Korea Utama Mission: Cross

4 Filem Aksi Komedi yang Membariskan Pelakon Korea Utama Mission: Cross

0

Filem aksi komedi terbaru Korea Selatan, Mission: Cross, tayang secara perdana di Netflix pada 9 Ogos 2024 baru-baru ini. Dibintangi oleh pelakon-pelakon bintang Korea Selatan serta memiliki jalan cerita yang menarik, membuatkan filem ini sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat filem Korea.

Filem yang mengusung genre aksi komedi ini menceritakan tentang Kang Moo (Hwang Jung Min), seorang bekas ejen yang kini hidup sebagai seorang suami yang menguruskan rumah tangga. Dia sengaja menyembunyikan masa lalunya dari isterinya, Mi Sun (Yum Jung Ah).

Sementara itu, Mi Sun adalah seorang detektif yang sangat cekap dari unit jenayah berat, yang salah akhirnya menganggap suaminya curang dan berlaku kejadian dahsyat dari salah faham tersebut.

Bukan hanya Mission: Cross, para pelakon filem ini juga pernah membintangi filem aksi komedi lain yang tidak kurang hebatnya. Berikut ini adalah empat filem aksi komedi yang dibintangi oleh para pelakon Mission: Cross.

 

1. Veteran (2015)

Filem koreaMerupakan salah sebuah filem aksi komedinterlaris Korea Selatan yang berjaya meraih penonton seramai 13.4 juta,Veteran menceritakan tentang Jo Tae Oh (Yoo Ah In) seorang pemuda manja yang membesar dalam keluarga konglomerat, Sinjin Group. Jo Tae Oh juga merupakan pewaris generasi ketiga dalam keluarganya. Namun, dia selalu melakukan jenayah, seperti rasuah, peras ugut, dan pembunuhan.

Ada seorang detektif yang sangat komited dan tiada belas kasihan dalam menangani setiap kes jenayah yang bernama Seo Do Cheol (Hwang Jung Min). Suatu hari dia mendapat tugas untuk menyiasat Jo Tae Oh.

Dengan berbagai-bagai cara, Seo Do Cheol mula menjalankan tugasnya dan berkeras ingin menangkap Jo Tae Oh. Sementara itu, walau mengetahui dia dicari oleh Seo Do Cheol, dia tetap tidak merasa terancam kerana dia mempunyai kekayaan dan pengaruh besar dari keluarganya.

 

2. The Spies (2012)

0e0b2451 230f 495c 905a b7d9f6a07694Selanjutnya adalah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Yum Jung Ah, iaitu The Spies. Filem ini mengisahkan tentang Kim (Kim Myung Min) seorang pengintip Korea Utara yang telah lama tinggal di Korea Selatan. Kim menyamar sebagai penjual Viagra yang diseludup dari Cina. Kim hidup bahagia bersama dengan isteri dan kedua-dua anaknya.

Hingga pada suatu hari Kim mendapat pesanan yang mengarahkannya untuk bertemu di kawasan berdekatan patung Jeneral Lee Soon Shin tepat pada pukul 12.00. Disana muncul Choi (Yu Hae Jin) iaitu ketua ejen Korea Utara. Choi memberikan tugas kepada Kim untuk membunuh seorang bekas pegawai Korea Utara yang sekarang tinggal dan dilindungi oleh Korea Selatan. Untuk membantunya, Kim mengumpulkan ketiga-tiga sahabatnya.

Pertama adalah Penasihat Yoon (Byun Hee Bong) ejen yang telah bersara dan mempunyai keinginan untuk berhenti menjadi pengintip dan kembali ke negaranya. Kedua adalah Kang (Yum Jung Ah) seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pengurus hartanah. Dan ketiga adalah Woo (Jung Gyu Won) seorang petani dan peternak lembu.

 

3. Hit-and-Run Squad (2019)

Filem aksi komediSelain Mission: Cross, Jeon Hye Jin juga pernah terlibat dalam filem aksi komedi yang berjudul Hit-and-Run Squad. Filem ini mengisahkan tentang misi menangkap Jung Jae Cheol (Jo Jung Suk) bekas pelumba Formula One yang melakukan banyak kejahatan jalanan. Eun Shin Yeon (Gong Hyo Jin) awalnya adalah leftenan polis yang kemudian dihantar ke jabatan penyiasatan langgar lari bersama Seo Min Jae (Ryu Jun Yeol) dan Woo Sun Young (Jeon Hye Jin).

Namun kerana kekurangan bukti, Shin Yeon sukar menangkap Jung Seok. Perkara itu membuatnya diturunkan ke jabatan langgar lari, hit-and-run. Walau tidak lagi bertugas di unit siasatan, Shi Yeon tetap ingin menghumban Jae Cheol ke penjara. Shi Yeon mendapati ada satu kes langgar lari yang pernah dilakukan oleh Jae Cheol namun tidak pernah diselesaikan. Dengan mengumpulkan bukti yang ada, dia bersama pasukan hit-and-run berusaha untuk membongkar kejahatan Jae Cheol.

 

4. OK! Madam (2020)

bef16b43 3b93 48f4 bda0 3d3243abec97Terakhir adalah OK! Madam yang merupakan filem aksi komedi yang dibintangi oleh Jung Man Sik. Filem aksi komedi ini menceritakan tentang usaha sekumpulan manusia menyelamatkan diri dari tawanan pesawat. Mi Young (Uhm Jung Hwa) adalah seorang suri rumah biasa yang berjualan kuih donat di pasar. Mi Young mempunyai suami yang bernama Seok Hwan (Park Sung Woong) yang merupakan sebagai juru teknik komputer.

Mi Young dan Seok Hwan selama ini menjalani hidup sederhana bersama anak mereka, Oh Na Ri (Jung Soo Bin). Suatu hari, Mi Young memenangi hadiah berupa pakej percutian mewah ke Hawaii. Mi Young sangat gembira, tapi dia memilih untuk menjual hadiah itu untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Namun, atas desakan anaknya yang ingin bercuti dan melancong, Mi Young akhirnya memutuskan untuk berangkat ke Hawaii bersama keluarga.

Hari untuk mereka pergi bercuti pun tiba, Mi Young sangat gembira kerana ini adalah kali pertama mereka menaiki kapal terbang. Namun, di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba terjadi perkara yang tidak terduga. Kapal terbang tersebut ditawan oleh pengganas yang merupakan seorang lelaki dari Korea Utara.

Tujuan jenayah ini adalah untuk mencari ejen pengintip Korea Utara yang telah menghilang selama 10 tahun dan diduga akan melarikan diri menggunakan kapal terbang ini. Suasana dalam kapal terbang menjadi kacau bilau dan huru hara, pengganas mula menawan beberapa orang penumpang, termasuk anak Mi Young. Kru penerbangan (Bae Jung Nam) dan pilot pesawat (Jung Man Sik) juga tidak boleh berbuat apa-apa.

Mi Young akhirnya mengeluarkan bakat tersembunyi yang dimilikinya selama ini. Dibantu suaminya, dia memutuskan untuk melawan pengganas tersebut demi menyelamatkan penumpang dan juga anaknya.

Semua filem-filem aksi komedi yang dibintangi oleh pelakon-pelakon Mission: Cross di atas pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk. Perlu anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda ya!

Baca lagi: “Romance in the House”, Drama Keluarga dengan Rempah Ratus Komedi Romantik Penuh Santai
Baca juga: 5 Filem dan Drama Korea Mengisahkan Tentang Keajaiban dalam Kehidupan