Home Kdrama/Kmovie 4 Filem dan Drama Korea dengan Tema Zombie ini Sangat Underrated, Jarang...

4 Filem dan Drama Korea dengan Tema Zombie ini Sangat Underrated, Jarang Dibicarakan

0

Filem dan drama bertemakan zombie dari Korea Selatan memang sangat hangat dan laku di pasaran kerana plot ceritanya yang menegangkan dan susah untuk diteka serta ditafsir.

Tambahan pula, buat anda yang sedang mencari alternatif filem dan drama korea dengan genre yang anti-mainstream, anda perlu menonton filem dan drama tentang zombie yang dihasilkan oleh negara Korea Selatan!

Paling diingati adalah pada tahun 2022 semasa drama zombie Korea dibuka dengan siri yang sangat memikat yang bertajuk “All of Us are Dead” dan juga “Happiness”. Perhatian dan minat yang diberikan oleh para penonton seluruh dunia sangat meriah kerana kedua-dua drama zombie Korea ini menampilkan konflik yang rumit dan luar biasa, boleh membuatkan para penonton tertanya-tanya dan ingin tahu akan jalan ceritanya.

Buat anda yang ingin menonton drama dan filem zombie Korea lain, berikut ini adalah senarai 4 filem dan drama zombie Korea yang boleh dikatakan sangat underrated dan jarang dibicarakan, tapi tetap menarik dan mengujakan untuk ditonton. Mari sama-sama kita lihat ya!

 

1. Dark Hole (2021)

drama korea

Drama Korea ini menceritakan tentang perubahan manusia menjadi mutan yang disebabkan oleh sedutan asap gelap misteri dari lubang pembuangan

Baca juga: 8 Filem Zombie Barat Penuh Lawak Jenaka

2. Rampant (2018)

3c95a035 3a87 4278 96a8 b6c394f86c0b

Filem yang mempunyai latar belakang kisah istana, dengan kisah anak putera Yi Chung (Hyun Bin) melawan ‘syaitan malam’ yang telah mengganggu masyarakat Joseon

 

3. Zombie Detective (2020)

83d49219 0b3a 449c b221 43a38c65e52c

Terdapat selitan unsur komedi dalam drama Korea zombie ini. Drama ini menceritakan tentang kisah zombie yang bekerja sama dengan seorang penulis sebagai detektif persendirian untuk menyelesaikan segala kes jenayah. Sangat unik bukan? Drama ini boleh strim disini.

 

4. The Odd Family: Zombie on Sale (2019)

1d3c901a 3036 4b43 b25a b071fa571bfa

Seperti Zombie Detective yang dikemaskan dengan lawak jenaka, terdapat juga filem zombie Korea Selatan yang bertemakan komedi. Mengisahkan tentang Man Deok dan keluarganya yang bertemu seorang pemuda aneh (Jjong Bi) dan menggigitnya. Bukannya berubah menjadi zombie, tetapi dia berubah menjadi lebih muda dan bertenaga.

Walau drama dan filem zombie Korea di atas sekadar cerita fiksyen, tapi tetap menarik dan sesuai untuk ditonton buat anda yang suka memacu adrenalin dengan plot cerita yang susah diteka dan unik. Selamat menonton!

Baca lagi: 5 Drama Korea Genre Seram Pelbagai Kisah di Viu dari Misteri Thriller hinggalah Seram Romantik
Baca juga: 9 Drama Korea Thriller Jenayah, Kisah Pembunuhan Kejam