Home Movie 4 Filem dan Siri Netflix Terbaru yang Paling Dinantikan Pada Bulan Ogos,...

4 Filem dan Siri Netflix Terbaru yang Paling Dinantikan Pada Bulan Ogos, Salah Satunya Sudah Boleh Ditonton

0

Filem dan siri Netflix pada bulan Ogos ini nampaknya akan menampilkan lebih banyak cerita menarik untuk santapan mata para peminat setia, terdapat beberapa buah filem dan siri terbaru dari Netflix yang berjaya membangkitkan selera menonton para peminat.

Berikut ini adalah antara 4 buah filem dan juga siri Netflix yang paling dinantikan yang bakal menemani anda sepanjang bulan Ogos ini.

 

Godzilla Minus One/Minus Color (1 Ogos)

Sejak filem pemenang anugerah Oscar yang sememangnya hebat ini membuat keputusan untuk ‘menghilangkan’ warna untuk keluaran semula (re-graded) di Jepun dan AS pada awal tahun ini, para peminat nampaknya teruja untuk menonton filem raksasa ini dalam bentuk warna hitam dan putih untuk melihat bagaimana keadaannya tanpa warnanya yang sangat ikonik. Adakah anda akan merindui ekor biru yang melibas-libas atau adakah sebenarnya filem ini lebih sesuai berwarna hitam putih dengan latar era pasca perang? Tonton di Netflix sekarang untuk mengetahuinya!

 

Mission Cross (9 Ogos)

IMG 6635

Netflix juga akan mengeluarkan filem original Netflix pada bulan Ogos. Filem ini mengisahkan tentang Kang Moo, seorang pesara pegawai pasukan khas, yang berusaha untuk meninggalkan masa lalunya yang berbahaya untuk membantu isteri detektifnya, Mi Sun, sebagai seorang suami yang setia.

Namun, salah faham timbul apabila dia mengesyaki Kang Moo mempunyai hubungan sulit dengan Hee Joo dan segala misteri mula muncul. Dalam usahanya untuk mendedahkan kebenaran tentang masa lalu Kang Moo, kehidupan rumah tangga mereka yang aman terganggu, mencabar perkahwinan mereka yang tidak pernah diganggu oleh konflik sebelum ini.

 

The Frog (23 Ogos)

The Frog mengikuti kisah dua orang pemilik motel yang hidup di masa berbeza. Namun, kehidupan kedua-duanya mula kucar kacir selepas kehadiran wanita misteri di motel mereka. Siri 8 episod ini fokus pada kisah Sang Joon dan Young Ha.

Netflix

Sang Joon menguruskan sebuah motel di kawasan luar bandar pada tahun 2000 dan Young Ha telah bersara serta bersendirian seorang diri di hutan semasa musim panas tahun 2021. Sebuah siri thriller Korea yang memang patut dinantikan!

 

The Deliverance (30 Ogos)

Jangan lepaskan papan ouija anda. Lee Daniels (Precious, The Butler) telah mencipta nama dalam genre seram apabila dia mengarahkan filem menggemparkan paranormal kisah benar yang ditulisnya bersama David Coggeshall (Orphan: First Kill) dan Elijah Bynum (Hot Summer Nights).

IMG 6630

Filem Netflix ini adalah berdasarkan kisah hantu seram yang mengganggu keluarga Ammon di Gary, Indiana pada tahun 2011.

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting di atas, jangan lupa menonton filem atau siri Netflix kegemaran anda nanti ya!

Baca lagi: 4 Anime di Netflix Ini Bawa Kisah Misteri dan Penyiasatan, Penonton Diajak Berfikir Bersama
Baca juga: Ji Chang Wook Bakal Meletup Lagi, 4 Kdrama dan Filem Barunya Bakal Muncul dalam Pelbagai Genre