Home Kdrama/Kmovie 4 Filem Korea Baru Yang Akan Ditayangkan Pada Bulan Jun 2024, Pelbagai...

4 Filem Korea Baru Yang Akan Ditayangkan Pada Bulan Jun 2024, Pelbagai Genre Menarik

0

Filem Korea yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2024 akan menjadi pentas kemunculan semula beberapa orang pelakon top Korea Selatan seperti Ha Jung Woo, Lee Sung Min, Park Ju Hyun dan juga Suzy.

Menariknya, filem-filem yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2024 ini sebahagian dari filem tersebut bakal didominasi oleh genre thriller dan aksi.

Buat anda yang ingin tahu tentang filem Korea yang boleh ditonton pada bulan Jun 2024 nanti, jom sama-sama kita lihat senarai empat buah filem di bawah ini.

 

1. Wonderland

Filem koreaFilem Wonderland mengikuti kisah tentang orang-orang yang menggunakan perkhidmatan video call bernama Wonderland. Dalam perkhidmatan tersebut seseorang mampu untuk berkomunikasi dengan orang yang sudah meninggal. Segala perkara yang terjadi dalam dunia Wonderland diawasi oleh Hye Ri dan Hyun Soo.

Antara orang-orang yang menggunakan perkhidmatan tersebut terdesak menggunakan perkhidmatan itu kerana orang-orang kesayangan mereka telah meninggal dunia. Contohnya seperti Bai Li yang mempunyai anak yang sudah meninggal dunia namun dia ingin merahsiakan kebenaran tentang kematiannya. Dia tetap boleh berkomunikasi menggunakan perkhidmatan video call.

Selain itu ada watak Jung In yang menggunakan Wonderland kerana dia ingin berkomunikasi dengan kekasihnya yang sedang koma selepas mengalami kemalangan.

Filem Wonderland akan ditayangkan secara perdana pada 5 Jun 2024 di pawagam seluruh Korea Selatan.

 

2. Hijacking

IMG 6960Hijacking merupakan salah sebuah filem Korea yang merupakan pentas kemunculan semula bagi Ha Jung Woo, Yeo Jin Goo, Sung Dong Il dan Chae Soo Bin. Diambil dari kisah benar, filem ini mengambil latar tahun 1971 dengan kisah rampasan kapal terbang.

Filem ini menceritakan tentang Tae In yang merupakan co-pilot sebuah kapal terbang. Dia sama-sama menguruskan kapal terbang bersama juru terbang yang bernama Gyu Sik dan pramugari Ok Soon. Tidak lama selepas kapal terbang berlepas, tiba-tiba ada letupan yang disebabkan oleh Yong Dae yang mahu pesawat itu menuju ke Korea Utara.

Hijacking akan ditayangkan secara perdana di pawagam pada 21 Jun 2024.

Baca juga: “Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini

3. Handsome Guys

0239c783 da87 4f53 9766 68c245c6cedcHandsome Guys merupakan salah sebuah filem Korea yang menyaksikan gabungan antara pelakon-pelakon hebat Korea Selatan iaitu Lee Sung Min dan Lee Hee Jun, selepas berlakon dalam The Man Standing Next (2020). Dalam filem ini mereka berdua membawa watak masing-masing sebagai tukang kayu.

Handsome Guys mengisahkan tentang Jae Pil dan Sang Gu yang sudah lama menyimpan impian ingin membeli sebuah rumah di sebuah desa. Suatu hari impian mereka tercapai, namun ada masalah besar yang menanti mereka. Terdapat sebuah rahsia di ruang bawah tanah rumah baru mereka. Proses untuk menguak rahsia itu dipenuhi dengan komedi.

Filem ini akan ditayangkan secara perdana pada 26 Jun 2024.

 

4. Drive

7885e70d 2e85 4fd8 b560 c760088fe713Drive merupakan filem Korea bergenre thriller yang dibintangi oleh Park Ju Hyun. Filem ini mengikuti kisah Yu Na seorang YouTuber dengan jumlah 700 ribu subscriber. Pada suatu hari ia diculik oleh orang yang tidak dikenal dan dikurung di dalam bonet kereta.

Untuk bebas, Yu Na perlu mendapatkan wang sebanyak 650 juta won dengan melakukan siaran langsung di dalam bonet kereta dan wang itu perlu diperolehi dalam masa satu jam.

Filem ini akan ditayangkan pada 12 Jun 2024 di pawagam Korea Selatan.

Demikian sahaja 4 buah filem Korea yang telah disahkan akan ditayangkan pada bulan Jun 2024. Filem manakah yang paling menarik perhatian anda?

Baca lagi: Watak Samseng Berjiwa Lembut dalam The Atypical Family, Siapakah Noh Hyung Tae?
Baca juga: 7 Filem Korea Fantasi Menarik Ditonton, Dari Genre Aksi hingga Komedi