Home Movie 4 Filem Seram Indonesia yang Diadaptasi dari Luar Negara, Ada Sijjin

4 Filem Seram Indonesia yang Diadaptasi dari Luar Negara, Ada Sijjin

0

Hingga waktu ini, ada lebih kurang empat filem seram Indonesia yang diadaptasi dari filem luar negara.

Kerja sama antara syarikat penerbitan Indonesia dengan luar negara telah terjalin lama. Ramai juga pencipta filem Indonesia membuat adaptasi filem luar negara bagi memeriahkan industri perfileman Indonesia.

Banyak faktor yang mempengaruhi para pengkarya filem Indonesia untuk menjadikan filem luar negara sebagai inspirasi dan juga remake. Antaranya adalah jalan cerita yang bagus, kejayaan menarik penonton, dan juga tema yang masuk dengan latar belakang negara Indonesia itu sendiri.

Terbaru adalah filem Sijjin yang akan tayang pada November 2023.

1. Sijjin (2023)

Filem seramKarya film terbaru dari Rapi Films yang diadaptasi dari filem Siccin berasal dari Turki. Versi Indonesia menceritakan tentang ajaran sesat yang diberikan oleh seorang wanita demi mendapatkan hati sepupunya. Dia sanggup bersekutu dengan iblis supaya dapat menyiksa isteri sepupunya sehingga meninggal dunia.

Bakal tayang pada 9 November 2023 di Indonesia dan 28 Disember di Malaysia, filem seram mistik Sijjin mempunyai beberapa fakta unik yang wajib anda ketahui sebelum menontonnya. Pertama, Sijjin diadaptasi dari filem Turki yang berjaya hingga mengeluarkan 6 siri filem. Selain itu, filem ini juga digarap oleh pengarah wanita yang terbukti telah berjaya menggarap banyak filem seram.

 

2. Hello Ghost (2023)

e8ea0de8 0951 4482 bca3 da19b7c09162Telah tayang pada awal tahun 2023. Filem ini menceritakan tentang perkara aneh yang tiba-tiba terjadi pada diri Kresna. Selepas dia gagal bunuh diri, Kresna boleh melihat orang-orang yang telah mati. Selain itu, Kresna juga kerap diganggu sehingga dianggap gila oleh orang lain kerana sikapnya yang sangat aneh.

Menampilkan ramai pelakon ternama, Hello Ghost dibintangi oleh Onadio Leonardo, Enzy Storia, Indro Warkop, Tora Sudiro, Hesti Purwadinata, dan Ciara Nadine Brosnan. Hello Ghost diadaptasi dari filem Korea Selatan bertajuk sama. Di bawah arahan Indra Gunawan, Hello Ghost berjaya menjadi filem seram yang tampil dalam balutan komedi yang menyegarkan.

 

3. Kalian Pantas Mati (2022)

b80bfc9d 21e6 4f23 a1a8 b447bb81d17aFilem yang diadaptasi dari filem Korea Selatan bertajuk Mourning Grave. Filem ini menceritakan tentang kisah hidup seorang remaja lelaki dengan kemampuan melihat makhluk halus. Kemampuan yang dimiliki dari keturunan ini membuatkan dia kerap menjadi mangsa buli dan dia diganggu oleh hantu-hantu yang ingin membahayakannya dan orang-orang di sekelilingnya.

Kalian Pantas Mati menampilkan bintang-bintang muda Indonesia, seperti Emir Mahira dan Zee JKT48. Di bawah naungan syarikat penerbitan Paragon Pictures, Kalian Pantas Mati merupakan filem keenam yang digarap dan diarahkan oleh Ginanti Rona.

 

 

4. Sunyi (2019)

0b293bce 2b55 4a91 a292 ec53c7ea2cffFilem Sunyi (2019) yang diadaptasi dari filem Korea Selatan bertajuk Whispering Corridors. Sunyi menceritakan tentang kisah masa remaja seorang lelaki bernama Alex yang kerap menjadi mangsa buli di sekolah. Alex berkawan dengan seorang gadis yang rupa-rupanya merupakan hantu mangsa bunuh diri.

Mengangkat isu buli di sekolah, Sunyi dibintangi oleh Angga Yunanda, Amanda Rawles, Arya Vasco, dan Naomi Paulinda. Pengarah filem ini adalah Awi Suryadi. Awi Suryadi merupakan pengarah yang berjaya menggarap filem KKN di Desa Penari (2022), Danur 3: Sunyaruri (2019), dan terbaru Kisah Tanah Jawa: Pocong Gundul (2023).

Walaupun filem seram yang tersenarai diatas adalah adaptasi luar negara, banyak elemen dan aspek yang disesuaikan atau diubah berdasarkan keperluan pasaran Asia. Selain itu, perubahan dilakukan supaya filem-filem tersebut boleh diterima dengan mudah oleh para penonton.

Baca lagi: Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk
Baca juga: 13 Filem Seram dan Thriller 2023 di Prime Video, Seriau dan Ngeri