Drama Korea dengan genre fantasi masih menjadi salah satu jenis Kdrama yang disukai oleh ramai penonton. Biasanya drama-drama fantasi menampilkan jalan cerita dengan kisah watak yang unik dan antimainstream, contohnya dengan memunculkan watak penting berupa haiwan.
Kehadiran haiwan-haiwan tersebut biasanya membawa banyak petunjuk atas konflik-konflik yang melanda. Jika anda ingin tahu, mari sama-sama kita lihat empat Kdrama yang menampilkan watak penting haiwan sebagai kunci utama seperti dibawah ini.
1. Behind Your Touch (2023)
Bong Ye Bun (Han Ji Min) bekerja sebagai doktor haiwan di Bandar Mujin. Dia diberi kepercayaan untuk mewarisi klinik haiwan datuknya. Bukan hanya haiwan peliharaan, Ye Bun juga banyak memberi rawatan haiwan-haiwan ternakan milik penduduk setempat.
Menariknya, kejadian misteri memberinya kuasa luar biasa untuk membaca memori makhluk hidup termasuk haiwan. Dia dapat membaca ingatan haiwan dan benda hidup lain dengan menyentuh bahagian punggung mereka. Memori-memori ini akan digunakan untuk memecahkan kes pembunuhan bersiri di bandar Mujin.
Baca lagi: 11 Kdrama 2024 Tampilkan Kisah Rancangan Rapi Balas Dendam
2. A Good Day to be A Dog (2023)
A Good Day to be A Dog mengisahkan tentang sumpahan turun-temurun yang dialami oleh sebuah keluarga. Keturunan mereka akan berubah menjadi anjing apabila berciuman dengan manusia berlawanan jantina. Perubahan ini berterusan dari malam hingga pagi, sementara pada waktu siang mereka akan berubah seperti sedia kala.
Di samping itu, sumpahan yang aktif ini perlu ditamatkan dengan cara mencium kembali orang yang sama. Jika melampaui batasan waktu selama 60 hari, maka mereka akan menjadi anjing untuk selama-lamanya. Situasi tersebut juga dialami oleh Han Hae Na (Park Gyu Young) semasa dia berciuman dengan Jin Seo Woo (Cha Eun Woo).
3. Marry my Husband (2024)
Dalam Marry My Husband, seekor kucing berwarna oren menjadi kunci utama bagi jalan cerita. Kucing liar tersebut tinggal di sebuah kampus. Beberapa orang pelajar menjaga dan merawatnya seperti Kang Ji Hyuk (Na In Woo) dan Kim Ji Won (Park Min Young). Rupa-rupanya, Ji Hyuk menyimpan hati kepada Ji Won hingga dia selalu memerhatikan gadis itu dalam diam.
Pada masa kini, Ji Hyuk masih terus memerhatikan Ji Won yang bekerja sebagai pekerja bawahannya di syarikat. Dia mengetahui tentang kehidupan perkahwinan Ji Won yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan juga mangsa kecurangan.
Ji Hyuk diberi peluang untuk menyelamatkan wanita yang dicintainya. Dianbersama kucing yang pernah diselamatkan secara misteri kembali ke masa lalu.
Baca juga: Ji Hye Won Makin Meningkat Naik, Ini 6 Kdrama Popular Lakonannya
4. Miss Night and Day (2024)
Kehidupan Lee Min Ji (Jung Eun Ji) sangat sukar. Di usianya yang mendekati 30 tahun, dia masih menganggur akibat kesukaran mencari pekerjaan. Menariknya, Min Ji tiba-tiba berubah menjadi seorang ahjumma dalam masa semalam di tengah-tengah masalah-masalahnya. Ini semua terjadi semasa dia cuba menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam perigi.
Min Ji tidak mengetahui tentang kucing tersebut dan mengapakah perkara ini terjadi kepadanya. Walau demikian, dia berhasil mendapat pekerjaan dengan tubuh ahjumma tersebut. Min Ji menggunakan identiti Im Sun (Lee Jung Eun) yang telah lama menghilang.
Keempat-empat Kdrama ini memiliki jalan cerita menarik yang berjaya menghiburkan para penonton. Bagi anda para peminat genre fantasi, drama-drama tersebut memang sesuai untuk anda. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya! Pasti menghiburkan!