Walaupun BTS telah menempa nama sebagai salah satu boyband paling berjaya dalam sejarah, ada ketikanya mereka pernah ‘bukan sesiapa’ atau tidak dilayan dengan baik.
Semasa pertama kali memulakan debut, BTS dan agensi mereka, Big Hit Entertainment, pernah dianggap pemain kecil dalam arena K-pop.
Namun itu tidak mematahkan semangat juang mereka untuk berdiri sebaris dengan rakan artis yang lebih mapan di pentas muzik.
Hasil kerja keras dan sokongan padu daripada Army (kelab rasmi peminat BTS), akhirnya pencapaian ketujuh-tujuh anggota itu dijulang dan dikenali di seluruh dunia.
Sebelum mendaki ke tahap itu, berikut kesukaran yang pernah dialami oleh ahli-ahli BTS:
Berkongsi bilik sehingga tahun 2016
Ahli BTS berkongsi cerita mengenai asrama pertama mereka, di mana ketujuh-tujuh mereka harus berkongsi satu bilik, bahkan satu bilik mandi semasa jadi trainee.
Dalam rancangan On You Quiz on the Block, Jungkook mengatakan bahawa disebabkan dia paling muda, dia harus menunggu orang lain tertidur dulu barulah dia dapat mandi.
Turun padang ajak orang datang ke konsert secara percuma
Hari ini mereka beraksi di stadium besar sambil nama BTS ditempik- tempik peminat. Suatu ketika dulu, tak ramai pun nak tengok persembahannya.
Dalam rancangan realiti Korea, American Hustle Life, para anggotanya buka cerita yang mereka pernah bagi brosur di Hollywood Boulevard LA dan mengajak orang yang lalu-lalang untuk datang ke konsert percuma.
Kini, kedai di Hollywood Boulevard di mana tempat mereka pernah berdiri bagi brosur tu pula yang jual merchandise BTS.
Dilayan kasar dalam variety shows
Sebelum pelancaran variety show sendiri iaitu, Run BTS, kumpulan ini pernah ada kenangan tak best semasa masuk rancangan TV Korea lain.
Semasa di Weekly Idol, Suga hampir berhenti dari Bit Hit Entertainment sebagai trainee, Masa tu dia menyampaikan sebuah lagu yang dihasilkan sendiri untuk Dony dan Cony, idolanya.
Selebriti senior itu memotong lagu itu di pertengahan jalan dan berulang kali mengulangi bahawa itu “bukan gaya mereka”, malah menolak tawaran Suga untuk tujuan promosi solo.
Ketika Jungkook muncul di Flower Crew, dia menghadiahkan burger dan air soda kepada hos.
Namun bintang rancangan realiti tu kata burger itu nampak macam sisa makanan dan meminta Jungkook untuk membawanya pergi walaupun Jungkook menegaskan bahawa dia ‘ikhlas beli tu’. Ramai peminat nampak Jungkook tahan air mata dalam siaran tersebut.
Dipotong dalam siaran langsung TV Festival Busan One Asia Festival pada tahun 2016
Festival Busan One Asia merupakan acara budaya tahunan yang terkenal di Korea. Walaupun sudah bersedia, tiba-tiba penyertaan BTS disingkirkan pada saat-saat akhir.
Peminat hanya diberitahu melalui acara VLive, di mana pesanan penganjur berbunyi, “BTS tidak akan muncul dalam siaran.”
Bagaimanapun kumpulan ini masih tampil di akhir rancangan, tetapi dipotong dari siaran langsung TV. Hanya peminat je yang boleh tengok video tersebut.
Sumber: [1]