Nothing Uncovered telah ditayangkan sebanyak 8 episod. Dibintangi oleh Kim Ha Neul, Yeon Woo Jin, dan Jang Seung Jo, drama Korea ini mempunyai konflik yang cukup berat di mata penonton. Sesuai dengan genre thriller misteri, drama ini menyajikan berbagai-bagai kes menarik.
Kes-kes yang disajikan dalam drama “Nothing Uncovered” ini akan diselesaikan oleh wartawan terkenal, Seo Jung Won (Kim Ha Neul) dan detektif Kim Tae Heon (Yeon Woo Jin). Sebagai maklumat, Seo Jung Won merupakan bekas kekasih Kim Tae Heon dan sekarang telah menjadi isteri kepada penulis Seol Woo Jae (Jang Seung Jo).
Baca lagi: Nothing Uncovered: Kisah Lampau Terungkai dalam Episod 5 dan 6? Makin Menarik
Kes-kes apakah yang dibahaskan dalam drama ini? Berikut adalah ulasan ringkasnya.
1. Pembunuhan
Ada tiga mangsa yang dibunuh oleh watak misteri dalam drama ini. Mangsa-mangsa yang dimaksudkan adalah adalah bapa Seo Jung Won yang merupakan seorang wartawan, Seo Sang Gyeon (Sung Ki Yoon), pembantu rumah anggota dewan Mo Hyung Taek (Yoon Je Moon), Jin Myung Sook (Lee Young Sook), dan pelakon jelita Cha Eun Sae (Han Ji Eun). Persamaan ketiga-tiga mangsa tersebut adalah perut mereka ditikam sehingga mengalami pendarahan yang sangat teruk.
Untuk kes Jin Myung Sook dan Cha Eun Sae, pihak polis sudah dapat mengelaskan sesuatu yang sama. Penemuan tersebut, contohnya adalah bekas tikaman pada mangsa menggunakan pisau yang lebih kecil berbanding pisau buah, pembunuh menikam mangsa berkali-kali pada bahagian tubuh yang sama, dan tiada bateri dijumpai di jam di tempat jenayah.
Baca juga: Siapakah Suspek Pembunuhan Misteri dalam “Nothing Uncovered”? Penuh Teka-Teki
2. Kebakaran
Pada 2009 telah terjadi sebuah kebakaran di Kilang Kimia Bongto, Kota Mueoun. Menurut cerita, kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh bekas suami Jin Myung Sook. Namun, perkara ini dibantah oleh kakaknya (Seo Kyung Hwa) semasa ditanya oleh Kim Tae Heon.
Dia mengatakan bahawa adiknya bukan seperti itu kerana dia telah mengabdikan diri pada kilang tersebut selama 24 tahun. Dia juga sudah meminta bantuan Mo Hyung Taek yang pada waktu itu adalah seorang pendakwa raya untuk membela adiknya. Sayangnya, pendakwa raya tersebut tidak menghiraukan permohonannya.
Kebakaran di Kilang Bongto juga telah meragut nyawa pelajar perempuan yang bernama Lee Na Ri. Seo Jung Won yang menelusuri fakta tentang Lee Na Ri mengetahui bahawa pelajar tersebut adalah kawan Seol Woo Jae dan Yoo Yoon Young. Mujin Construction yang diketuai oleh ayah Seol Woo Jae, Seol Pan Ho (Jung Woong In), membuat tugu peringatan untuk mengenang Lee Na Ri.
Seo Jung Won dan Kim Tae Heon yang pada waktu itu berada di Kota Mueoun, bergegas ke balai polis. Mereka mahu mengetahui peristiwa kebakaran di kilang tersebut. Kim Tae Heon menemui jam rantai yang sudah tidak ada bateri. Dia teringat bahawa kes Jin Myung Sook dan Cha Eun Sae juga sama seperti itu.
Baca juga: Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu
3. Rasuah
Tiga tahun yang lalu, rakan Kim Tae Heon, Cha Jin Woo (Danny Ahn) terlibat dalam kes rasuah. Kim Tae Heon mencari lokasi Cha Jin Woo. Apabila sampai ke lokasi, dia melihat Cha Jin Woo jatuh dari bumbung sebuah bangunan dan dan meninggal dunia. Kes ini masih disiasat oleh Kim Tae Heon, dia ingin mengetahui kenapakah rakannya itu boleh terlibat dalam kes rasuah.
Kang In Han (Jung In Gi) yang merupakan majikan kepada Seo Jung Won ternyata pernah dirasuah oleh Mo Hyung Tak. Namun, belum dijelaskan secara terperinci mengenai kes apakah yang melibatkan dirinya. Mo Hyung Tak memanggil Kang In Han dengan panggilan ‘Tuan Rasuah’.
4. Kecurangan
Seol Woo Jae digambarkan sebagai watak suami penyayang. Siapa sangka, Seo Jung Won dikejutkan dengan berita bahawa suaminya menjalin hubungan dengan pelakon Cha Eun Sae. Seol Woo Jae yang pada awalnya tidak mengaku, akhirnya jujur selepas video mesra dia dan pelakon tersebut tersebar.
Kes-kes di atas ternyata saling berkaitan antara satu sama lain dan melibatkan seseorang yang merupakan dalang utama. Adakah penjenayah sebenar di sebalik kes-kes ini adalah pakar pskikologi, Yoo Yoon Young?