Home Entertainment 4 Pasangan Hollywood Guna Kaedah Ibu Tumpang

4 Pasangan Hollywood Guna Kaedah Ibu Tumpang

0

Selain teknologi Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji, kini ada cara lain yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat keturunan. Cara tersebut adalah kaedah ibu tumpang yang sememangnya popular di kalangan ramai selebriti dunia.

Kaedah ibu tumpang adalah proses untuk mendapatkan zuriat dengan menyewa rahim seorang wanita lain untuk hamil dan melahirkan anak dari penyewa tersebut. Sel telur dan sel sperma calon ibu bapa yang menginginkan anak melalui kaedah ibu tumpang akan dipindahkan ke rahim ibu tumpang tersebut.

Dalam proses kaedah ibu tumpang ini, ibu tumpang hanya perlu menyediakan rahimnya sahaja, dalam sesetengah kes terdapat juga ibu tumpang yang menyediakan perkhidmatan sewaan rahim dan menjual sel telur miliknya.

Kaedah ibu tumpang ini cukup popular di kalangan selebriti Hollywood. Beberapa orang artis terkenal juga turut menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan keturunan. Jom kita lihat senarai pasangan selebriti yang telah menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat.

 

1. Nick Jonas dan Priyanka Chopra

7D75137B CECC 4F75 B60F 1C82AC86B26CSetelah 4 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Nick Jonas dan Priyanka Chopra dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir melalui kaedah ibu tumpang. Khabar bahagia ini telah dikongsikan melalui satu hantaran di laman Instagram rasmi milik pasangan itu pada 22 Januari 2022.

Keputusan Nick Jonas dan Priyanka Chopra untuk memiliki anak melalui kaedah ibu tumpang ini turut menimbulkan kontroversi di India yang merupakan negara asal Priyanka Chopra. Walaupun mendapat kritikan negatif, tetapi pasangan suami isteri ini nampaknya tidak mahu ambil pusing dan terus fokus membesarkan bayi perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas tersebut.

Baca Lagi: Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

2. Kim kardashian dan Kanye West

03F686D7 73EB 4829 B8D4 26421326DC0DBekas pasangan suami isteri yang sangat popular ini juga memilih untuk menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anak yang ketiga dan keempat mereka. Kaedah ibu tumpang digunakan kerana Kim Kardashian mengalami masalah dan komplikasi kehamilan yang sangat teruk sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua mereka. Komplikasi kehamilan ini ternyata menimbulkan trauma yang mendalam untuk Kim Kardashian sehingga khidmat ibu tumpang menjadi pilihan mereka bagi kelahiran anak ketiga dan keempat.

3. Paris Hilton dan Carter Reum
3A493B4F 1521 4087 9011 72055BB7E282Impian Paris Hilton untuk menjadi seorang ibu akhirnya tercapai setelah lahirnya seorang bayi lelaki melalui kaedah ibu tumpang. Selebriti wanita yang kini berusia 41 tahun tersebut mengumumkan kelahiran cahaya matanya dengan membuat hantaran sekeping foto tangan mungil bayi yang memegang jarinya. Paris dan Carter Reum telah namakan anak lelaki mereka sebagai Phoenix Barron Hilton Reum.

4. Jimmy Fallon dan Nancy Junenoven
0C68D131 1163 43AA BB0A 4924184816A2Setelah menantikan kehadiran buah hati selama lima tahun, Jimmy Fallon dan Nancy Junenoven akhirnya dikurniakan dua orang anak perempuan yang lahir dari kaedah ibu tumpang. Anak pertama mereka lahirpada tahun 2013 dan diberi nama Winnie Rose Fallon. Sementara anak kedua mereka pula lahir setahun setelah kelahiran anak pertama yang diberi nama Francis Cole Fallon.

Baca Juga: Kanye West Bersama Isteri Barunya