Artis-artis Korea Selatan memang selalu menjadi perhatian oleh peminat-peminat filem dan K-drama, bukan sahaja kerana wajah cantik dan comel yang mereka miliki, tetapi kerana bakat lakonan mereka yang bagus dan semulajadi.
Selain bagus dalam lakonan, ada juga beberapa artis Korea Selatan yang pandai dan sangat mahir dalam urusan di dapur. Memasak menjadi satu bakat semulajadi buat mereka semua. Inilah yang dikatakan, sudahlah cantik, pandai masak pula tu!
Sangat mengagumkan apabila mereka juga dapat mencipta resepi masakan mereka sendiri dengan rasa yang enak dan pastinya menarik. Hobi mencipta dan mereka-reka makanan membuatkan mereka mahir memasak kadang-kadang lagaknya seperti chef profesional.
Berikut merupakan beberapa orang artis Korea Selatan yang mempunyai bakat dalam bidang masakan:
1) Park Min-young
Artis Korea Selatan pertama dalam senarai kali ini ialah Park Min-young. Dia bergandingan dengan Park Seo-joon dalam K-drama ‘What’s Wrong With Secretary Kim’. Park Min-young sememangnya dikenali sebagai individu yang rajin memasak. Park Min Young sering memasak makanan untuk keluarganya, dia pernah menyatakan bahawa memasak merupakan hobinya.
Selain itu, Park Min-young menyukai kek serta kuih-muih dan juga kopi. Park Min-young sering mengundang rakan-rakannya ke rumah untuk minum kopi dan dan merasa kek buatannya. Park Min-young pernah membuat kimchi dan kimchi tersebut dikirimkan kepada beberapa orang sahabat termasuk Sehun EXO.
2) Park Shin-hye
Park Shin-hye juga merupakan salah seorang aktres Korea Selatan yang sangat mahir dalam bidang masakan. Dalam sebuah pertandingan variety show dari Korea Selatan yang bertajuk 3 Meals A Day, Park Shin-hye menunjukkan bakatnya dalam bidang masakan. Park Shin-hye ternyata sangat handal dalam memasak hidangan-hidangan popular Korea Selatan seperti shabu-shabu, mee kuah, dan juga masakan berasaskan daging.
Sewaktu menyertai pertandingan tersebut, Park Shin-hye juga membuat kimchi lobak, serta kimchi tomato dengan resepi ciptaannya sendiri. Resepi kimchi tomato ciptaan aktres ini menjadi viral di Korea Selatan dan ramai peminat yang meniru resepi ala-ala Park Shin-hye ini.
3) Yoona Girls Generation
Aktris Korea seterusnya yang sememangnya terkenal mahir memasak adalah Yoona Girls Generation. Bukan rahsia lagi bahawa Yoona handal dalam masak-memasak pelbagai juadah. Bakat Yoona dalam masakan bukan biasa-biasa kerana dia sering berkongsi masakannya yang enak-enak serta menarik dipandang mata.
Yoona sering menunjukkan dan berkongsi bakat memasaknya kepada umum, kadang-kadang melalui hantaran laman sosial miliknya. Dia menunjukkan kehandalannya dalam bidang masakan melalui rancangan TV dan juga saluran YouTube. Yoona agak terbuka dan suka berkongsi hasil masakannya melalui hantaran di laman Instagram miliknya.
4) Lee Yu-ri
Aktres Korea terakhir dalam senarai kita kali ini adalah Lee Yu-ri. Jika anda adalah salah seorang peminat rancangan pertandingan memasak dari Korea Selatan iaitu Stars Top Recipe At Fun Restaurant, pasti anda semua akan mengetahui bagaimana Lee Yu-ri sangat pandai dalam masak-memasak.
Dalam pertandingan tersebut, dia merupakan seorang chef selebriti yang menunjukkan cara-cara memasak secara profesional dengan menggunakan resepi ciptaannya sendiri. Lee Yu Ri bukan sahaja boleh memasak juadah dalam kuantiti normal sahaja, malahan dia juga turut handal memasak dalam jumlah hidangan yang besar. Dia juga sering berkongsi resepi kesukaannya kepada masyarakat di Korea Selatan.
Baca Lagi: Jom Kenali Park Bo Young Pelakon Berwajah Keanak-Anakan!
Baca Juga: 34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023