Home Artis Korea 4 Pelakon Utama Kdrama Baru “The Tyrant”, Kisah Perebutan Sampel Manusia Super

4 Pelakon Utama Kdrama Baru “The Tyrant”, Kisah Perebutan Sampel Manusia Super

0

Drama Korea The Tyrant merupakan drama baru yang menyaksikan kemunculan semula Kim Seon Ho selepas tiga tahun tidak berlakon dalam drama. Cha Seung Won, Kim Kang Woo, dan Jo Yoon Soo terlibat dalam menerajui drama yang akan disiarkan pada bulan Ogos ini.

IMG 6162

The Tyrant membawa genre aksi-thriller. Drama ini mengisahkan tentang kehilangan sampel terakhir dari Tyrant Programme semasa proses penghantarannya. Beberapa kumpulan terlibat dalam usaha mendapatkan sampel ini. Masing-masing cuba mendapatkan sampel dengan motif yang berbeza. Siapa yang anda fikir akan memenangi pertarungan itu?

Sebelum menonton drama tersebut, mari kita lihat empat orang pelakon utama drama Korea The Tyrant.

1. Cha Seung Won

The TyrantThe Tyrant merupakan drama yang menyaksikan kemunculan semula Cha Seung Won selepas 2 tahun menyepikan diri dari dunia lakonan drama. Sebelum ini, dia membintangi drama Our Blues (2022). Ketika itu dia melakonkan watak lelaki separuh umur yang sudah berkahwin. Berbeza dengan wataknya sebelum ini, dalam drama The Tyrant, Cha Seung Won melakonkan watak bekas ejen yang kini menjadi pembunuh upahan.

Watak yang dilakonkan oleh Cha Seung Won ialah Lim Sang. Dia ditugaskan untuk menghapuskan semua orang yang terlibat dengan Program Tyrant. Sebagai bekas ejen, Lim Sang sangat mahir. Dia juga merupakan seorang yang dingin dan sangat teratur dalam segala perbuatan. Lim Sang akan melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan misinya.

 

2. Kim Seon Ho

225a9690 8e9e 4e83 90ed 8f7f298dde88Selain Cha Seung Won, Kim Seon Ho juga akan membuat kemunculan semula menerusi drama aksi The Tyrant. Kali terakhir dia membintangi drama berjudul Hometown Cha-Cha-Cha (2021). Dalam drama ini, Kim Seon Ho memegang watak sebagai Pengarah Choi (Choi Guk Jang). Secara tidak rasmi dia bertanggungjawab mengendalikan Program Tyrant.

Pengarah Choi adalah yang paling muda dalam unit pengurusan Program Tyrant ini. Namun begitu, dia mahu melindungi Program Tyrant walau apa pun cara. Walau apa pun keadaannya, hakikatnya dia pengarah paling muda, dia tetap tenang dan bertegas dalam menghadapi sebarang masalah yang berlaku.

 

3. Kim Kang Woo

9c2f4011 e381 427e a228 ffcec4d793d1

Kim Kang Woo akan muncul semula pada tahun 2024 selepas berjaya membintangi drama Wonderful World (2024). Pada masa itu, dia memainkan watak Kang Soo Ho, seorang pembaca berita yang berjaya. Menerusi drama The Tyrant, Kim Kang Woo akan bertemu semula dengan Kim Seon Ho selepas mereka berdua membintangi filem The Childe (2023).

Dalam drama The Tyrant, Kim Kang Woo memegang watak sebagai Ejen Paul. Paul ialah ejen agensi perisikan Amerika Syarikat. Dia terlibat dalam merampas sampel terakhir program Tyrant dan ditugaskan untuk memusnahkan sampel tersebut.

 

4. Jo Yoon Soo

2cca9241 ac94 4667 b846 bb073afd297fDalam drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos depan, Jo Yoon Soo akan memegang watak sebagai jurutera wanita. Watak yang dilakonkan oleh Jo Yoon Soo ialah Chae Ja Kyung. Bersama tiga watak sebelum ini, Chae Ja Kyung juga akan terlibat dalam perjuangan untuk Program Tyrant.

Chae Ja Kyung diberi tugas mencuri sampel terakhir Program Tyrant. Walaupun dia seorang wanita, Chae Ja Kyung seorang penceroboh yang sangat mahir. Di sebalik kemahirannya, Ja Kyung adalah anak kepada seorang pembunuh. Dia dibesarkan dengan gangguan identiti disosiatif.

Senarai pelakon utama dalam The Tyrant membuatkan para peminat semakin tidak sabar untuk menonton drama ini dengan segera. The Tyrant dijadualkan ditayangkan pada 14 Ogos 2024. Jangan ketinggalan ya!

Baca lagi: Park Jae Chan DKZ Menyinar pada Tahun 2024 Ini, Terlibat dalam 3 Projek Drama
Baca juga: Shin Min Ah Buat Comeback dalam Kdrama “NO GAIN NO LOVE”, Prime Video sebagai Platform Penstriman Rasmi