Home Artis Korea Persamaan Marry My Husband dan Perfect Marriage Revenge, 2 Kdrama Adaptasi Webtoon...

Persamaan Marry My Husband dan Perfect Marriage Revenge, 2 Kdrama Adaptasi Webtoon Yang Digilai Ramai

0

Marry My Husband kini hangat menjadi perbincangan di media sosial, sejak tayangan perdana pada 1 Januari 2024. Kdrama terbaru Park Min Young dan Na In Woo tersebut menampilkan cerita dengan genre makjang yang dibaluti kisah penjelajahan waktu ke masa lalu.

Lebih menarik lagi apabila drama siri Marry My Husband mempunyai beberapa persamaan dengan Perfect Marriage Revenge.

Apakah persamaan kedua-dua drama  adaptasi webtoon popular ini?

 

1. Watak utama wanita dikhianati oleh suami mereka

4612954a 4082 4737 a97d ab18cf4068bdKang Ji Won (Park Min Young) dalam Marry My Husband dan Han Yi Joo (Jung Yoo Min) dalam Perfect Marriage Revenge mempunyai persamaan iaitu masing-masing dikhianati oleh pasangan mereka. Perkahwinan yang diharapkan akan bahagia tetapi sebaliknya bertukar dengan penuh drama dan pengkhianatan.

Perkahwinan Kang Ji Won dinodai dengan kecurangan suaminya bersama sahabatnya sendiri. Sementara Han Yi Joo dibutakan oleh cinta kepada suaminya yang sebenarnya menyukai adik tirinya.

Baca juga: Kenali Song Ha Yoon Watak Penyondol Dalam Marry My Husband, Buat Penonton Naik Darah

2. Dalam diam mereka dilindungi oleh lelaki yang sudah bersiap sedia mahu membantu mereka

a716a6e2 99b6 41e5 9e1d 70d5ddb7922aDalam Marry My Husband, Kang Ji Won yang kembali ke masa lalu dilayan sangat baik oleh ketua pasukan pengurusan di pejabat tempatnya bekerja. Kehadiran Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) secara tidak langsung menjadi pelindung bagi Ji Won yang seringkali berada dalam situasi berbahaya.

Hampir sama dengan Kang Ji Won, Han Yi Joo dalam Perfect Marriage Revenge juga mempunyai seorang lelaki yang selalu berada disisinya untuk membela dirinya dari segala perkara. Perhatian Seo Do Guk (Sung Hoon) berjaya membuatkan Han Yi Joo jatuh hati. Mereka akhirnya membina rumah tangga bersama.

 

3. Membawa genre makjang dengan tema penjelajahan waktu ke masa lalu

e23d5a3f f7bc 48e1 92e5 d8a9631884efMakjang ialah genre drama yang penuh dengan plot-twist dalam penceritaannya, contohnya seperti rahsia kelahiran, kecurangan, dan juga balas dendam. Perkara-perkara inilah yang membuatkan jalan cerita terasa rumit dan berbelit-belit.

Beberapa buah tema dalam drama makjang tersebut menjadi plot utama dalam cerita Perfect Marriage Revenge dan Marry My Husband. Pelakon utama wanita dalam kedua-dua drama ini sama-sama terlibat dalam penjelajahan waktu untuk memperbaiki masa depan mereka.

Baca lagi: Sukar Untuk Membenci Lee Yi Kyung ‘Gwenchana’, Walaupun Digelar Sebagai Lelaki Sampah dalam Marry My Husband

4. Merupakan adaptasi webtoon popular dengan tajuk yang sama

Marry my husbandMarry My Husband merupakan karya penulis Song So Jak. Sementara Perfect Marriage Revenge ditulis oleh So Young, Lee Beom Bae, dan Ji Ri Bol dengan tajuk yang sama seperti versi drama.

Hingga kini, Marry My Husband telah meraih 113 juta lebih pembaca dan Perfect Marriage Revenge berjaya mengumpulkan 84 juta lebih pembaca. Menariknya, webtoon Perfect Marriage Revenge masih ongoing sampai sekarang dengan jalan cerita yang berbeza dari versi drama Korea.

Sama-sama membawa genre makjang dengan konflik dan plot-twist menarik, drama Marry My Husband dan Perfect Marriage Revenge mempunyai banyak persamaan yang mencuri perhatian. Walaupun penerimaan dari para peminat drama Korea adalah berbeza-beza, tapi jalan cerita serta kualiti lakonan para pelakon memang sangat menarik.

Baca lagi: Jang Na Ra Dibelenggu Pelbagai Masalah dalam My Happy Ending, Sakit Bertubi-tubi Ditikam Belakang
Baca juga: Marry My Husband, 3 Faktor Utama Menyebabkan Penderitaan Watak Park Min Young