Memang bukan rahsia lagi ada berbagai-bagai latar belakang pekerjaan yang diangkat dalam sesebuah drama. Selain sebagai hiburan, penonton juga dapat melihat perkara baru tentang sesuatu bidang atau industri tertentu melalui drama-drama yang ditonton.
Ada beberapa drama Cina yang membahaskan tentang perniagaan dan pengurusan kewangan, tentunya diikuti dengan lakonan yang memukau dari para pelakon.
Berikut di bawah ini adalah beberapa pilihan drama Cina tentang perniagaan dan pengurusan kewangan yang boleh anda tonton.
1. Love is Sweet (2020)
Drama Love Is Sweet menceritakan tentang Jiang Jun (Bai Lu) yang alergi terhadap air mata dan mempunyai kelulusan berganda dalam bidang ekonomi dan psikologi. Selepas habis belajar, dia bekerja di organisasi filantropi namun selepas kemalangan ayahnya, dia memutuskan untuk bekerja di sebuah syarikat pelaburan ternama.
Di sana dia bertemu dengan Yuan Shuai (Luo Yun Xi), kawan masa kecil yang kini menjadi saingannya. Di tempatnya bekerja Jiang Jun perlu berdepan dengan orang-orang yang ingin melawannya, dia berusaha mencapai kejayaan dalam kerjaya dan percintaan. Drama ini tayang pada 27 September 2020.
Baca juga: 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama
2. Only for Love (2023)
Bai Lu juga membintangi drama Only for Love, dengan wataknya sebagai Zheng Shu Yi. Dalam drama yang ditayangkan pada 3 November 2023, dia bergandingan dengan Dylan Wang yang membawa watak sebagai Shi Yan. Drama ini menceritakan tentang Zheng Shu Yi, wartawan salah sebuah syarikat surat khabar kewangan terkemuka Cina.
Dia nekad mahu mendapat berita halaman depan dan berusaha melakukan wawancara dengan salah seorang CEO muda ternama, Shi Yan. Selepas Shi Yan mengetahui tentang laporan Zheng Shu Yi yang berjaya membuatkan ramai orang buka mata dan mengetahui lebih banyak tentang startup tempatan, dia membiarkannya menulis pelbagai cerita tentang syarikatnya dan membuatkan mereka terus bertemu.
Baca lagi: 3 Pilihan Drama Cina Tentang Kisah Bertukar Roh, Kisah Fantasi Luar Biasa
3. Master of My Own (2022)
Drama Master of My Own menceritakan tentang Ning Meng yang bercita-cita mahu menjadi pengarah pelaburan, namun sejak habis belajar dia nampaknya semakin jauh dari impiannya. Dia bekerja di syarikat pelaburan yang diketuai Lu Ji Ming, yang tidak pernah sekalipun diberikan peluang untuk memajukan kerjayanya.
Selepas kecewa, Ning Meng memutuskan untuk mencari pekerjaan di tempat lain berbekalkan pengalaman dari tempat lamanya bekerja. Selepas membantu Ning Meng secara diam-diam, Lu Ji Ming menyaksikannya tumbuh menjadi seorang profesional berbakat. Drama ini tayang pada 29 April 2022, dengan dibintangi oleh Lin Geng Xin dan Tan Song Yun.
Baca lagi: 9 Drama Cina Menarik 2024 ini Menarik untuk Ditonton, Pelbagai Genre dan Pilihan
4. City of the City (2024)
City of the City merupakan drama baru yang sudah ditayangkan sejak 9 April 2024. Drama ini menceritakan tentang Tao Wu Ji yang diterima di sebuah bank cawangan Pudong. Walau bermula sebagai teller, dia rajin dan bertekad untuk membuat kemajuan.
Tao Wu Ji akhirnya dipilih oleh Zhao Hui iaitu wakil presiden cawangan untuk direkrut ke Sunshine Project. Namun selepas menemui makna dan erti pekerjaannya di bank, mentornya itu membuat kesalahan yang membuatkan dia juga turut terpengaruh.
Bukan sekadar hiburan semata-mata, penonton juga dapat mempelajari dunia perniagaan dan pengurusan kewangan melalui pilihan-pilihan drama Cina di atas. Jangan lupa untuk menonton ya!