Road movie atau filem yang bertemakan pengembaraan atau perjalanan adalah genre yang menampilkan watak utama meninggalkan rumah dalam sesebuah perjalanan dengan pelbagai maksud dan tujuan.
Biasanya dari perjalanan itu boleh mengubah perspektif dan kehidupan mereka. Untuk anda para peminat filem Korea, beberapa buah filem dari Korea dibawah ini juga kerap mengusung tema road movie.
1. Sisters on the Road (2009)
Dibintangi oleh Gong Hyo Jin dan Shin Min Ah, filem Korea Sister on the Road mengikuti kisah Myung Ju (Gong Hyo Jin) dan Myung Eun (Shin Min Ah), adik beradik dari ayah yang berbeza. Mereka mempunyai karakter dan jalan hidup yang berbeza. Myung Ju adalah seorang penjual ikan dan ibu tunggal. Namun dia menjalani hidup dengan aman.
Sebaliknya, Myung Eun adalah lulusan universiti dan memiliki kerjaya yang bagus di bandar. Tapi, Myung Eun selalu kelihatan murung. Dia merasa diabaikan oleh ayah kandungnya yang tidak pernah memberi khabar berita. Myung Eun juga merasa ‘malu’ dengan keluarganya.
Selepas kematian ibunya, Myung Eun memutuskan untuk mencari ayah kandungnya. Dia meminta Myung Ju untuk menemaninya. Maka bermulalah perjalanan mereka yang dipenuhi perselisihan kecil kerana perbezaan sifat dan cara mereka memandang hidup. Dari perjalanan ini, terungkap rahsia kecil tentang siapakah sebenarnya ayah Myung Eun.
2. The Box (2021)
Bertema muzikal dan road trip, filem Korea The Box menceritakan tentang Ji Hoon (Chanyeol), penyanyi muda berbakat yang mempunyai impian menjadi seorang penyanyi hebat. Memiliki bakat menyanyi yang hebat membuatkan Ji Hoon selalu mendendangkan suara emasnya di jalanan dan menjadi seorang seniman. Untuk mencapai cita-citanya, dia terus menyanyi tanpa mengenal lelah.
Akhirnya Ji Hoon bertemu dengan Min Soo (Jo Dal Hwan). Pertemuan ini mula mengubah kehidupan Ji Hoon. Min Soo adalah seorang produser muzik yang juga ingin meraih kejayaan dalam industri ini. Ternyata, dahulu Min Soo adalah seorang produser yang hebat. Mereka bersama-sama memulakan perjalanan yang mengharukan untuk meraih impian besar mereka menjadi penyanyi dan produser muzik yang hebat.
3. Broker (2022)
Filem Korea berjudul Broker ini mengisahkan tentang Sang Hyeon (Song Kang Ho), pemilik kedai dobi yang juga menjadi sukarelawan di gereja dekat tempatnya bekerja. Dia bersahabat dengan Dong Soo (Kang Dong Won) yang juga bekerja di gereja. Gereja tempat mereka bekerja menyediakan kotak bayi iaitu kemudahan berupa ruang kecil yang dapat digunakan ibu bapa untuk meninggalkan bayi mereka secara rahsia.
Sang Hyeon sesekali mencuri bayi dari kotak bayi tersebut dengan bantuan Dong Soo yang menghapuskan rakaman CCTV gereja demi menghilangkan jejak. Mereka kemudian mencarikan bayi itu ibu bapa baru dan membuat kesepakatan dengan ibu bapa yang ingin mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat. Sang Hyeon menganggap dirinya adalah seorang perantara (broker) dengan niat baik.
Pada suatu hari, seorang bayi diletakkan ke dalam kotak bayi oleh seorang ibu muda bernama So Young (IU). Sang Hyeon kembali melancarkan aksinya untuk menawarkan bayi tersebut kepada bakal ibu bapa angkat. Namun, So Young ternyata datang kembali dan mengetahui anaknya itu sudah hilang dari kotak tersebut. Dia akhirnya mengetahui bahawa Sang Hyeon dan Dong Soo telah membawa pergi bayinya.
Setelah berunding, So Young akhirnya memutuskan untuk mencarikan ibu bapa baru untuk bayinya dengan bantuan Sang Hyeon dan Dong Soo. Mereka terlibat dalam perjalanan untuk mencari ibu bapa yang baik bagi bayi tersebut. Di tengah-tengah perjalanan, mereka juga dikejar Detektif Soo Jin (Bae Doona) dan Detektif Lee (Lee Joo Young) yang mahu menangkap Sang Hyeon dan Dong Soo.
4. Cabriolet (2024)
Filem Korea Cabriolet akan ditayangkan pada 19 Jun 2024 tidak lama lagi. Filem Cabriolet yang mengisahkan tentang Oh Ji Ah (Geum Sae Rok), pekerja pejabat yang tidak pernah berhenti bekerja untuk menabung untuk masa depannya. Namun, pada suatu hari Oh Ji Ah mendapat berita buruk mengenai kesihatannya. Berita tersebut adalah tentang kanser yang dideritainya. Mendengar perkhabaran tersebut, Ji Ah merasa dunianya runtuh seketika.
Tidak ingin hanyut dalam kesedihan, Ji Ah memutuskan untuk menghabiskan semua duit yang dikumpulnya untuk membeli kereta cabriolet. Dia ingin mengembara mengelilingi negara untuk terakhir kalinya. Dia mengajak bekas kekasihnya, Jung Ki Seok (Kang Young Seok) untuk turut serta dalam perjalanannya ini. Dia membuat perjanjian bahawa dia akan memberi keretanya itu kepada Ki Seok jika dia mahu menemaninya selama tujuh hari.
Dalam perjalanan tersebut, mereka sampai di kawasan perkampungan. Disana, tiba-tiba Ki Seok meninggalkan Ji Ah. Merasa bingung, Ji A bertemu Lee Byung Jae (Ryu Kyung Soo) yang sedang membawa traktor. Kerana sudah ditinggalkan oleh Ki Seok, Ji Ah kini terperangkap di kampung tersebut bersama Byung Jae yang identitinya masih misteri.
Selain menampilkan indahnya pemandangan selama perjalanan yang dilalui oleh watak-watak utama, filem Korea yang bertemakan perjalanan ini juga biasanya selalu menyimpan banyak pesanan moral yang tersirat. Kadang kala, filem tentang perjalanan memiliki kesan khas yang berbekas di hati bagi para penonton.