Home Cdrama 4 Sebab Anda Perlu Tonton Drama China “Filter”, Romcom Fantasi Penuh Kejutan

4 Sebab Anda Perlu Tonton Drama China “Filter”, Romcom Fantasi Penuh Kejutan

0

Drama China terbaru “Filter”, hadir dengan konsep unik yang menggabungkan komedi romantik dan elemen fantasi. Dengan 32 episod berdurasi 45 minit setiap satu, peminat Cdrama kini boleh strim “Filter” di platform penstriman Viu.

Dibintangi oleh Tan Jianci dan Li Landi, “Filter” mengisahkan tentang Su Chengcheng, seorang wanita biasa yang menemui gelang canggih yang mampu mengubah penampilannya.

Jika anda sedang mencari drama yang penuh kejutan, berikut adalah empat sebab utama kenapa “Filter” harus ada dalam senarai tontonan anda!

 

1. Identiti Berganda & Kisah Cinta yang Rumit

Filter

Dengan gelang ajaibnya, Su Chengcheng boleh menukar identitinya menjadi pelbagai karakter yang berbeza. Menariknya, Tang Qi, seorang lelaki dengan masalah penglihatan, jatuh cinta kepada setiap identiti yang diciptakannya, tanpa mengetahui bahawa semuanya adalah orang yang sama! Situasi ini mencetuskan konflik yang semakin tegang dan penuh emosi sepanjang cerita.

 

2. Pembohongan yang Semakin Mendalam

IMG 7880 scaled

Pembohongan Su Chengcheng yang berterusan akhirnya membawa kesan besar terhadap hubungannya dengan Tang Qi. Apabila kebenaran terbongkar, Tang Qi mengalami kekecewaan mendalam dan mula hilang kepercayaan terhadap Su Chengcheng.

Drama ini memberikan gambaran bagaimana satu pembohongan kecil boleh berkembang menjadi masalah besar yang sukar untuk diperbaiki.

 

3. Impian Su Chengcheng yang Memberi Inspirasi

IMG 7881 scaled

Selain kisah romantik, Filter turut menampilkan perjuangan Su Chengcheng dalam membina jenama kecantikannya sendiri. Dengan tekad dan kerja keras, dia berusaha mencapai impiannya sambil mengharungi pelbagai cabaran.

Kisah ini memberikan inspirasi kepada penonton tentang kepentingan berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

 

4. Gabungan Sci-Fi & Romcom yang Segar

IMG 7879 scaled

Drama ini bukan sekadar menghidangkan kisah cinta yang kelakar dan menyentuh hati, tetapi juga menyelitkan elemen fiksyen sains yang menarik. Teknologi gelang ajaib yang boleh mengubah penampilan membuka peluang kepada jalan cerita yang unik dan tidak dapat dijangka.

Dengan arahan Pengarah Chen Yue Jin dan skrip oleh Tong Hua, Filter menawarkan pengalaman menonton yang berbeza daripada drama romantik biasa. Menawarkan jalan cerita yang unik, karakter yang menarik, serta sentuhan sci-fi yang segar, Filter adalah antara drama China yang harus ditonton pada tahun 2025!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama “Filter” ini di Viu ya! Bersedia untuk terhanyut dalam kisahnya dan merasai pelbagai emosi sepanjang cerita!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre Cdrama tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: 5 Fakta Menarik “Guardians of The Dafeng”, C-Drama Viral Lakonan Dylan Wang
Baca juga: Kdrama “The Witch” Bakal Tamat, 3 Persoalan Ini Harus Dijawab dalam Episod 9 dan 10